Dhab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dhab
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Famili: Agamidae
Genus: Uromastyx
Spesies: U. aegyptius
Binomial: Uromastyx aegyptius microlepis


Dhab merupakan sejenis biawak (dalam budaya Melayu) yang terdapat di padang pasir. Dari segi sains ia dikelaskan sebagai dalam keluarga cicak. Nama Inggerisnya Egyptian Mastigure atau Egyptian dab lizard atau Egyptian spiny-tailed lizard manakala nama sainsnya pula : Uromastyx aegyptius microlepis.

Biawak ini halal dimakan oleh orang Islam [1] dan dikatakan merupakan sejenis ubat perangsang tenaga batin tradisional. Bagaimanapun tiada kajian saintifik pernah dilakukan mengenainya.

Sebagai sejenis biawak, Dhab merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur, dan mempunyai kulit bersisik tebal.

Kehidupan Seekor Dhab[sunting | sunting sumber]

Dhab adalah tergolong dalam keluarga cicak. Dhab adalah vegetarian. Ia menghabiskan banyak masanya dalam lubang yang digalinya menyembunyikan dirinya atau dicelah-celah batuan yang selamat untuk berlindung. Panjang seekor dhab lebih kurang dari 14 inci ke 36 inci atau lebih.

Cara proses untuk makan[sunting | sunting sumber]

Orang Arab Badwi biasa memakannya dan mereka menunjukkan cara untuk menyembelihnya [2].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]