Dharmasraya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dharmasraya telah menjadi sebuah kerajaan merdeka selepas jatuhnya kerajaan Sriwijaya pada 1025. Selepas serangan dari Rajendra raja Chola dari Koromandel, pihak berkuasa dinasti Sailendra ke atas pulau-pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu menjadi semakin lemah. Sesetengah waktu kemudian datang dinasti baru yang mengambil alih peranan Dinasti Sailendra, digelar dengan nama dinasti Mauli[1].

Inskripsi yang mana nama Dharmasraya dan nama raja Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa bermuncul juga berasal dari abad ke-13, ternyata inskripsi Padang Roco di keliling kepala perairan Batang Hari (kini Dharmasraya di Sumatera Barat), bertarikh 1286. Tetapi sebelum itu, pada 1183, dari inskripsi Grahi di Chaiya (Selatan Thailand), Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa nama raja Kerajaan Melayu juga bermuncul.

[sunting] Senarai Pemerintah

Maharaja Dharmasraya:

Tarikh Nama raja Ibu negeri Inskripsi batu atau duta besar ke China dan peristiwa
1183 Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa Dharmasraya Inskripsi Grahi 1183 di Chaiya, Selatan Thailand, perintah kepada pemangku raja Grahi, dinamakan Mahasenapati Galanai untuk membuat sebuah batu patung Buddha.
1286 Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa Dharmasraya Inskripsi Padang Roco 1286 di Siguntur, (kini pemerintahan pemangku raja Dharmasraya), ekspedisi Pamalayu.
1347 Srimat Sri Udayadityawarman Pratapaparakrama Rajendra Mauli Warmadewa Pagar Ruyung Dipindah ke Pagaruyung

Patung Amoghapasa 1347 di Dharmasraya, inskripsi Kuburajo di Pagar Ruyung (kini pemerintahan pemangku raja Tanah Datar).

[sunting] Rujukan

  1. Muljana, Slamet (2006), Sriwijaya, Yogyakarta: LKiS, ISBN 9798451627.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain