Di-Gata Defenders

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Di-Gata Defenders
Format Siri televisyen animasi (Aksi/Pengembaraan)
Pencipta Greg Collinson
Dibintangi Noah Cappe
Martha MacIsaac
Dan Petronijevic
Lawrence Bayne
Ron Rubin
Stephanie Beard
Jeremy From
Maurice Dean Wint
Jaun Chioran
Alexander Conti
Negara asal Kanada, Luxembourg, Iraq
Bilangan musim 2
Bilangan episod

48 ditayangkan, 52 kesemuanya

(Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaran ~ 22 minit
Penyiaran
Saluran asal Teletoon (Kanada)
FOX (Amerika Syarikat)
Siaran asal 16 September 2006 (Kanada) – kini
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Di-Gata Defenders merupakan sebuah rancangan animasi yang telah dihasilkan oleh Greg Collinson di Kanada. Ia telah dilancarkan pada 16 September 2006, dan kini sedang disiarkan di serata dunia, termasuk saluran Astro Ceria di Malaysia.

Siri ini mengikuti kisah pengembaraan 6 wira muda di dalam usaha mereka mempertahankan bumi RaDos menentang kuasa jahat Order of Infinis. Dengan bantuan pelindung yang mempunyai kuasa, 6 wira ini akan beradu kekuatan untuk menentukan nasib 4 batu permata suci. Merekalah benteng terakhir yang akan memberikan perlindungan di antara penduduk RaDos yang baik dan kuasa jahat ingin memerintah mereka.

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Sekitar tahun 2005, Nelvana melancarkan projek Funpack. Tujuannya adalah untuk membolehkan semua pereka memperkembangkan bakat mereka. Pada masa itu, Greg Collinson tiada apa-apa rancangan untuk projek ini, sehinggalah pembantunya berbincang mengenainya secara ringkas. Dia menghabiskan masa 2 minggu untuk menyiapkan 'kitab' bagi idea sirinya, yang pada mulanya bertajuk "Power Stone Warriors". Dalam kitab ini, dia merancang prototaip watak, fakta dan keseluruhannya. Dia kemudiannya menyerahkan kitab itu kepada para eksekutif. Alhamdulillah, dapat juga siri ini disiarkan. Ia dilancarkan pada 16 September 2006 dengan tajuk baru - Di-Gata Defenders.

Sejarah RaDos[sunting | sunting sumber]

Menceritakan Primodrials yang kawal kawasan itu. Badan mereka mempunyai kuasa mistik akibat kesukaran hisup. Mereka ini bertukar jadi batu dan berada di Gunung Di-Gata. Manusia kemudiannya dapat memiliki batu-batu itu, tetapi untuk menyembuhkan tenaga melalui 8 daripada 11 sigil. Banyak batu Di-Gata bertukar dalam bentuk kiub, dan simbol sigil terbentuk pada batu tersebut.

Terdapat 11 sigil yang ditemui, iaitu Ogama, Nega, Dako, Yin, Yan, Altas, Sum, Infinis, Vitus, Nostrum Vitae dan Ethos. Kesemuanya menghasilkan kuasa tersendiri. Jika digabungkan, akan terbentuknya Henge. Dua kuasa sigil - Olm-Ra dan Mal-Ra hilang entah ke mana...

Pengendali perlu tahu cara-cara untuk menggunakannya. Satu jenis sigil saja tidak membantu, tetapi jika guna 2 atau 3 sigil, akan mengeluarkan kuasa yang lebih baik. Biasanya jumlah itulah yang diguna pakai agar pengendali dapat mengawal kuasa yang terhasil dengan lebih berkesan. Kalau tidak (apabila Henge tidak sempurna), maka usahanya akan jadi sia-sia.

Daerah RaDos[sunting | sunting sumber]

Ada 8 daerah di kota Rados, iaitu Ogama-gar, Dakor, Nega-la, Yantos, Altamor,Infinor, Sumos dan Yin-tos. Kesemuanya menpunyai rahsia yang tersendiri.

Watak dan perwatakan[sunting | sunting sumber]

Terdapat enam watak utama dalam siri ini - Seth, Erik, Kara, Melosa, Adam dan Rion. Selebihnya adalah watak sampingan dan musuh.

Persatuan[sunting | sunting sumber]

10 persatuan telah wujud dalam siri ini, iaitu Order of Infinis, Ethos, Wizard of Yan, Rougon, Di-Gata Defenders, Yin-Tos army, Gatashin monks, Zad, Yan-Nega class Wizards dan Ogaman Federations. Ada yang baik dan ada yang jahat. Semuanya ingin mendapatkan Batu Di-Gata itu untuk tujuan tertentu, sama ada baik atau sebaliknya.

Permainan[sunting | sunting sumber]

Ada 4 permainan yang ditawarkan berdasarkan siri ini - ATV Racer, Di-Gata online, Battle Arena dan Training Battle Arena. Permainan ini boleh dicapai melalui http://www.digata.com atau http://www.teletoon.com. Ada juga yang perlu dibayar, iaitu sebanyak $15 CDN. Permainan Di-Gata Defenders boleh didapati dalam Nintendo DS.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]