Dia (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dia
GenreDrama
Cinta
Konflik
Ditulis olehZarihah Hassan
Nasir Sulaiman
Azidah Jaafar
Azmy Ariff
Shuhadatul Ain
PengarahEoon Shuhaini
Omar Olly Alaydrus
Zamri Zakaria
Dibintangi oleh
Irwansyah
Janna Nick
Izara Aishah
Adi Putra
Sandrinna Michelle
Kevin Andrean
Emma Maembong
Zamarul Hisham
Aleza Shadan
Fazlina Ahmad Daud
Julia Moechtar
Farouk Hussain
Tatiana Sivek
Adithya Alkatiri
Lagu pembukaanDia - Dayang Nurfaizah
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan episod60
Penerbitan
Penerbit eksekutifVareen Kaur
Dato' Sadupal Singh
PenerbitDato' Sri Jaspal S. Korotana
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Drama Eksklusif)
Siaran asal14 Oktober 2017 – 11 Mac 2018

Dia 2 ialah sebuah drama 60 episod yang menggabungkan pelakon-pelakon Malaysia dan Indonesia.[1][2]

Drama ini juga turut diinspirasikan untuk menjadi sebuah novel karya Umie Nadzimah.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Adit tidak menyangka keputusannya untuk ke Kuala Lumpur bagi mengikuti program pertukaran pelajar Indonesia-Malaysia telah membongkar satu rahsia. Keluarga Aidit sudah menetapkan calon isteri buat Aidit iaitu Emelda, anak majikan orang tua Aira. Dengan hanya satu sebab Aidit perlu berkorban. Korbankan cintanya terhadap Aira.

Dalam melayani duka lara hati, Zaid muncul membawa rasa cinta buat Aira. Pelbagai cara yang Zaid lakukan untuk menambat hati Aira. Zaid mengambil kesempatan untuk mendekati Aira sementelah Aira di bawah seliaannya semasa menjadi peguam pelatih. Bertahun-tahun Zaid menunggu untuk Aira membalas cintanya, akhirnya Zaid gembira apabila Aira bersetuju menjadi tunangannya.

Adit pula berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodoh antara pasangan suami isteri ini tidak bertahan lama apabila Emelda meninggal dunia selepas melahirkan anak sulung yang diberi nama Icha Aulia.

Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Kehadiran semula Aidit dan Icha Aulia selepas Emelda meninggalkan Adit ternyata mengganggu perhubungan Aira dan Zaid. Walaupun sudah sekian lama Aira tidak bersua muka dengan Adit, jelas kedatangan Adit membuatkan hatinya berantakan kerana Adit mahu menggapai semula hati Aira.

Namun pada saat yang diimpikan tiba, Zaid membiarkan Aira pergi mencari cinta sejatinya. Aira dalam dilema. Antara Zaid, tunangnya yang setia atau Adit, cinta pertamanya yang menjadi pilihan Aira?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

  • Qody Rany - Dia
  • Caliph Buskers - Kaulah Dia
  • Profile Band - Rindu Yang Terluka
  • Syed Shamim - I Love You
  • Elyana - Ikhlas Dalam Resah
  • Wan Azlyn - Izinkan Aku Pergi
  • Tasha Manshahar - Cinta Apa Ada Nya
  • Tasha Manshahar - Bukan Aku
  • Tasha Manshahar - Masih Perlu
  • Ernie Zakri - Takkan Pudar
  • Haqiem Rusli - Segalanya
  • Wani - 1 Cinta
  • Ernie Zakri - Ini Yang Ku Mahu
  • Afee Utopia - Di Hujung Air Maya
  • Syed Shamim - Cinta Terbaik
  • Oly Xandria - Harapan Pengertian
  • Tasha Manshahar Feat. FJ - Terima Kasih Cinta
  • Yus Zainal - Kerja
  • Hez Hazmi - Aku Mula Rindu
  • Azren Al Bakri - Jangan Kejutkan Aku
  • Aaron Abul - Syairkan Lah
  • Jiwa - Qistina
  • Zizi Kirana - Rahsia Hati
  • Aisyah Hasnah Feat. Waris - Kan Bersama Mu
  • Farah Farhana - Tak Mahu
  • Eleena Harris - Iya Iya
  • Sandra Dianne - Hey Kau
  • Dayang Nurfaizah - Separuh Mati Ku Bercinta
  • Nastia - Xpressi
  • Najwa Latif - Hilang
  • Ari Lasso Feat. Bunga Citra Lestari - Aku dan Dirimu

Siaran semula[sunting | sunting sumber]

  • Dia diulang siar di TV9 mulai 29 Januari 2019.
  • Diulang siar di Telenovela TV3 bermula 8 Disember 2020

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Keliru pilih antara 2 gadis.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-29. Dicapai pada 2017-04-29.
  3. ^ Dalam ‘Dia’ di TV3 mulai 14 Okt

Pautan luar[sunting | sunting sumber]