Didie Alias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fadzilah binti Mohd Ali
Placeholder female superhero c.png
Kelahiran Fadzilah Mohd @ Ali
11 Januari 1972 (42 tahun)[1]
Melaka,  Malaysia
Tempat tinggal Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Nama lain Didie Alias
Pekerjaan pelawak dan pelakon wanita
Terkenal kerana drama seram Kum Kum The Series
Agama Islam
Pasangan Ridzuan Hashim (1992 - 2002)
Norisham Ismail (2009 - kini)
Anak Dhaniyah,Dhanial,Dinie,Danie, dan Diyana

Fadzilah Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Didie Alias merupakan seorang pelawak dan pelakon wanita Malaysia yang popular. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang seni lakon sejak tahun 1988. Antara filem terawal lakonannya adalah filem aksi Boss dan Kanta Serigala sebelum aktif di layar kaca.

Karier[sunting | sunting sumber]

Penglibatan Didie dalam dunia lakonan bermula selepas aktres ini menempa nama dalam bidang modeling dan komersial. Beliau kemudian dilamar oleh Berjaya Filem untuk membintangi filem arahan Hussein Abu Hassan berjudul Kanta Serigala bergandingan bersama Rosyam Nor dan Faizal Hussein. Wajah Didie yang mirip pan-asian nyata berjaya menarik perhatian ramai.

Sejak itu Didie mula meniti populariti sebagai seorang aktres yang cenderung berlakon filem-filem aksi. Namun ketika popularitinya mula meningkat, Didie mengambil keputusan untuk berkahwin dengan aktor yang sangat popular ketika itu, Ridzuan Hashim pada tahun 1992. Akhirnya Didie terpaksa mengorbankan seketika kerjaya lakonannya untuk memberi perhatian kepada keluarga.

Didie banyak muncul dalam drama TV yang tidak menuntut banyak komitmen berbanding filem. Lakonannya sering mendapat pujian malahan terbukti apabila dua kali dicalonkan di Anugerah Skrin.

Penceraian dan persaraan sementara[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2002, Didie dan Ridzuan memutuskan untuk bercerai dan Didie ketika itu merupakan ibu kepada 5 orang anak. Sejak itu Didie mula menjauhkan diri dari bidang seni ekoran sering ditanya mengenai punca penceraian pasangan artis yang popular itu.

Didie pernah melalui zaman sukar sehinggakan pernah tinggal di ceruk dapur rumah kawannya selepas bercerai[2]. Didie terpaksa menumpang di rumah kawannya yang sekadar menyewa bilik di apartment itu demi mencari rezeki dan meneruskan kehidupan. Berkat pertolongan rakannya itu, Didie berjaya mendapat jawatan sebagai Pegawai Pemasaran. Dengan gaji itulah Didie mula menyara anak-anaknya serta menabung untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Berusaha membesarkan anak-anak seramai lima orang iaitu Nurdania (lahir 1993), Mohd. Danial (1994), Dinie (1996), Danie (1998), dan Diana (1999), Didie bersama adiknya, Farah dan seorang rakan kongsi (Norisham Ismail) mengumpul modal sebanyak RM20,000 membuka syarikat Didie’s Entertainment & Management pada 2003.

Sebagai pengendali dan pengacara majlis, Didie bukan sekadar dapat membesarkan anak-anak tetapi juga memiliki rumah sendiri.

Kembali ke dunia hiburan[sunting | sunting sumber]

Sejak muncul dalam drama Labuna Labuni yang menjalani penggambaran akhir 2004 bersama pelawak Alliza 'Enot' Abdullah, nama Didie mula menjadi sebutan di kalangan rakan-rakan artis terutama ketika dia dicalonkan sebagai Aktres Komedi Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2006 sekaligus meletakkan beliau sebaris dengan nama-nama seperti Jasmin Hamid, Nik Sayyidah Fatihah dan Sheila Rusly. Dan sejak itulah tawaran untuknya berlakon, datang tidak henti-henti.

Ketika itu Didie bukan setakat sibuk berlakon tetapi juga diberi tanggungjawab sebagai penyelaras penggambaran (coordinator) untuk drama Takdir Yang Terindah, drama 30 episod terbitan Suhan Movies serta berkhidmat sebagai pengurus produksi untuk syarikat penerbitan rakan baiknya Sheila Rusly.

Banyak bekerja di belakang tabir untuk drama-drama terbitan Rosyam Nor dan Sheila Rusly, akhirnya Didie mula memberanikan diri untuk berlakon dengan lebih aktif lagi. Kini nama Didie mula kembali meniti bibir peminat malahan sudah mula mencipta nama sebagai aktres komedi yang popular.

Persahabatan dengan Erra Fazira[sunting | sunting sumber]

Ketika membintangi telefilem Pontianak Kampung Batu pada tahun 2010, Didie membuka rahsia mengenai persahabatannya dengan primadona filem Melayu Erra Fazira yang telah terjalin sejak aktres itu mula-mula berkecimpung dalam dunia perfilemanan. Didie yang teruja kerana berganding bersama Erra dalam drama tersebut menceritakan suatu ketika dahulu, beliau dan Erra sering berkongsi cerita dan masalah malah hubungan mereka yang sebaya itu akrab sekali. Namun, sejak aktres itu meraih populariti sebagai pelakon paling popular di Malaysia manakala Didie meneruskan kehidupan sebagai isteri dan kemudian bergelar ibu tunggal; masing-masing membawa haluan sendiri.

Didie bagaimanapun menafikan wujud perselisihan faham antara mereka sebaliknya mengatakan persahabatan itu renggang tanpa mereka sedari kerana suatu ketika kedua-duanya meniti jalan yang berbeza dalam karier. Hubungan Didie dan Erra kini kembali rapat semenjak Didie kembali aktif di pentas lakonan. Kini Didie kembali bersahabat dengan Erra Fazira selepas membintangi drama Kelaas Kau Maria arahan Michael Ang.[3]

Perkahwinan kedua[sunting | sunting sumber]

Didie kembali bergelar isteri apabila disunting bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail pada 8 Mei 2009. Kesahihan berita itu yang pada awalnya diragui bagaimanapun terjawab apabila wartawan hiburan berjaya mendapatkan pengakuan Didie pada penghujung Jun 2009, lengkap dengan gambar percutian romantiknya di Jakarta seminggu selepas bernikah.

Majlis pernikahan ringkas Didie dan Norisham yang berlangsung di Pejabat Agama Keramat itu hanya dihadiri keluarga, anak-anak dan teman rapat. Kesuntukan masa serta jadual yang sangat padat menyebabkan pasangan ini terpaksa mengambil keputusan melaksanakan yang wajib saja, malah media tidak dimaklumkan mengenai berita gembira itu.

Didie sebenarnya banyak bekerjasama dengan Norisham menguruskan kerja produksi drama pendek Mangsa dan Pemburu untuk program realiti Pilih Kasih terbitan Rosyam Nor. Pasangan yang turut berkongsi modal untuk memajukan syarikat pengurusan acara yang diusahakan sejak 2003 ini berkata, perkenalan mereka diatur teman rapat. Keserasian mula dirasai selepas beberapa bulan mengenali hati masing-masing. Meskipun tidak mampu meminggirkan perasaan bimbang dan fobia andai terluka lagi, Didie akhirnya akur dengan keikhlasan suaminya yang muda 3 tahun daripadanya.

Didie dan Norisham menyertai program realiti Sehati Berdansa Musim ke-3 pada tahun 2009 dan meraih tempat ketiga. Program TV tersebut menyaksikan pasangan selebriti menari untuk mendapatkan dana untuk badan kebajikan.

Populariti duo 1 vs 0[sunting | sunting sumber]

Gandingan Didie yang kurus bersama Enot yang gempal mencipta fenomena tersendiri. Kedua-dua pelawak ini sering muncul bersama dalam banyak drama komedi selepas kejayaan Labuna Labuni. Kedua-dua mereka menjadi sahabat baik selepas seringkali berlakon bersama. Terbaru, Didie dan Enot digandingkan pula sebagai hos dalam game show terbaru Astro Warna (saluran 132) iaitu Kalau Berani 1 VS 0 yang memulakan siarannya 16 Julai 2009.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Kanta Serigala (1991)
  2. Boss (1991)
  3. Pesona Cinta (1995)
  4. Ghazal Untuk Rabiah (1997)
  5. Kum Kum : The Movie (2010)
  6. Oh Mak Kau ! (2013)

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  1. Masih Ada Harapan (1995)
  2. MoU (1996)
  3. Labuna Labuni (2006)
  4. Ta'in (2008-2009)
  5. Aku Anak Artis (2009)
  6. Diva-diva Pencen (2009)
  7. Dalil Cinta (2010)
  8. Zamara Tamara (2010)
  9. Pontianak Kampung Batu (2011)
  10. Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Drama[sunting | sunting sumber]

  1. Dalam Hati Ada Taman
  2. Kum Kum : The Series (2010)

Siri Komedi[sunting | sunting sumber]

  1. Cinta Gila (2008)
  2. Friday Im In Love (2012)

Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

  1. 1 vs O (2009-2011)
  2. Anugerah Planet Muzik 2011 di Singapura
  3. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Rancangan Realiti[sunting | sunting sumber]

  1. Sehati Berdansa (2009)
  2. Maharaja Lawak Mega (2011) bersama Enot & Yassin Yahya
  3. Maharaja Lawak Mega 2013 (2013) bersama Along Cham (Raja Lawak 2) & Soya

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]