Dido Florian Cloud de Bounevialle O'Malley Armstrong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dido
Nama lahir Florian Cloud de Bounevialle Armstrong
Kelahiran 25 Disember 1971 (42 tahun)
Kensington, London, England, UK
Genre Pop
Instrumen vokal, piano, gitar, dram
Tahun aktif 1995–kini
Label RCA Records[1]
Cheeky, Arista, Sony Music, Legacy
Kegiatan berkait Rollo Armstrong, Faithless, Dusted, Sister Bliss, Eminem
Laman web didomusic.com
Instrumen utama
Gibson J-200

Dido Florian Cloud de Bounevialle O'Malley Armstrong[2] (lahir 25 Disember 1971 di London, England) atau lebih dikenali sebagai Dido merupakan penyanyi dan pencipta lagu dari England

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dido atau Florian Cloud de Bounevialle Armstrong[3][4] dilahirkan di Hospital St. Mary Abbots di Kensington, London pada hari Natal pada tahun 1971.[5] Ibu beliau, Clare merupakan penyajak Perancis[4] dan ayah beliau, William O'Malley Armstrong merupakan seorang bangsa Ireland yang merupakan seorang penerbit dan bekas pengarah pengurus Sidgwick & Jackson.[6][7] Beliau turut mempunyai seorang abang, Rowland Constantine O'Malley Armstrong[8] seorang penerbit rekod Rollo Armstrong. Dido telah menjelaskan bahawa nama "Dido" merupakan nama sebenar beliau dan bukannya nama panggilan dan nama di atas pentas.[2][9][10]

Dido mendapat pendidikan di Thornhill Primary School, City of London School for Girls dan Westminster School. Setelah mencuri rekoder di sekolah ketika berusia lima tahun,[11] ibu bapanya telah mendaftarkannya di Sekolah Muzik Guildhall di London, England. Beliau mula mempelajari piano, rekoder dan biola. Beliau kemudiannya mengambil pengajian undang-undang di Birkbeck, Universiti London. Beliau tidak menghabiskan pengajiannya, tetapi membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada muzik sepenuhnya. Selepas mempelajari gitar, beliau telah mempersembahkan bakatnya kepada khalayak pada jelajah Life for Rent 2004.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1995, Dido memulakan rakaman demo dan mengumpul kesemua rakaman ke dalam koleksinya berjudul Odds & Ends untuk dihantar kepada pengurusan Nettwerk. Nettwerk telah menandatangani perjanjian setelah beliau menyakinkan pihak pengurusan dengan kolaborasi dengan Faithless dan abangnya, Rollo Armstrong. Odds & Ends telah diedarkan oleh Nettwerk pada tahun 1995 dan telah memikat Arista Records, yang menandatangani perjanjian dengan beliau untuk pasaran Amerika Syarikat. "Take My Hand" yang terdapat dalam album Odds & Ends dimasukkan ke dalam semua edisi No Angel sebagai lagu bonus; "Sweet Eyed Baby" telah diolah dan dinamakan "Don't Think of Me", sementara "Worthless" dan "Me" telah dilancarkan secara ekslusif untuk edisi Jepun.

Cheeky Records (syarikat yang Dido tandatangani) dijual kepada BMG records pada 1999. Ini menyebabkan pelancaran No Angel di United Kingdom terpaksa ditangguhkan, namun ia memberi peluang kepada Dido untuk menumpukan perhatian kepada promosi di pasaran Amerika Syarikat, termasuk menyertai Sarah McLachlan di dalam jelajah Lilith Fair. Lagu pertama yang dipilih untuk disiarkan adalah "Here with Me" dan lagu ini telah digunakan sebagai muzik tema untuk siri TV, Roswell.

Pada tahun 1998, filem Sliding Doors telah memilih lagu "Thank You" untuk bunyi runut filem terbabit.

Eminem juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan Dido kepada pasaran Amerika pada tahun 2000 apabile menggunakan sebahagian daripada lagi "Thank You" untuk dimasukkan ke dalam lagu "Stan", setelah mendapat kebenaran daripada Dido sendiri; beliau turut muncul di dalam video Stan sebagai teman wanita Stan yang sudah lama menderita. Beliau dilaporkan menolak untuk beraksi dalam video klip terbabit kerana tidak selesa melakukan aksi diikat dengan mulut yang ditutup dengan pita pelekat, namun akhirnya bersetuju dan segalanya berjalan dengan lancar.

No Angel menjadi album paling laris di UK untuk tahun 2001 dengan meletakkan lagu "Here with Me" dan "Thank You" dalam kedudukan 10 terbaik.

Life for Rent pula merupakan album keduanya (secara rasmi) dilancarkan pada 29 September 2003 (secara amnya), 30 September 2003 (untuk pasaran Amerika Syarikat & Kanada) dan menjadi antara album yang paling cepat dijual dalam sejarah penjualan album di UK, mendapat tempat pertama dalam carta di UK, Ireland, Perancis, Denmark, Switzerland, Afrika Selatan, Australia, Greece, Mexico, Hong Kong, Malaysia, Thailand, Amerika, Itali, New Zealand, Belanda, Jerman, Austria dan banyak lagi. Bermula dengan lagu "White Flag", video muziknya menampilkan pelakon terkenal David Boreanaz. Album ini terjual melebihi 152,000 buah pada hari pertama jualannya di UK, dan melebihi 400,000 pada minggu pertama. Lagu lain yang turut dijadikan taruhan ialah "Life for Rent", "Don't Leave Home" dan "Sand in My Shoes".

Dido memulakan kerja untuk album ketiganya pada Oktober 2005 di Los Angeles. Album ini (Safe Trip Home) diterbitkan oleh Jon Brion dan dirinya sendiri. Antara yang terbabit termasuklah Brian Eno, Questlove, Mick Fleetwood, Rollo Armstrong danMatt Chamberlain. Sesi rakaman dilakukan di London's Abbey Road dan studio Jon Brion di Los Angeles.

Tarikh pelancaran album ini telah diubah sebanyak beberapa kali. Lagu taruhan pertama, "Don't Believe in Love" bocor di Internet pada 5 September 2008. Album penuh ini pula bocor di Internet pada 1 November 2008 iaitu 16 hari sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Pada 13 November 2008, album penuh ini boleh didengar secara rasminya di iLike.[12]

Pada 22 Ogos 2008, laman web rasmi Dido mengesahkan album yang berjudul Safe Trip Home, akan dilancarkan pada 17 November 2008. Lagu dari album ini, "Look No Further" telah dibenarkan untuk dimuat turun secara percuma di Internet untuk kesekian masa. Lagu lain yang terdapat dalam album ini ialah: "It Comes And It Goes", "The Day Before", "Never Want To Say It's Love" dan "Grafton Street". The latter was composed in collaboration with Brian Eno.[13]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Semasa pelancaran No Angel (19990, selepas promosi jangka panjang ke atas album ini, Dido telah putus dengan tunangnya yang juga peguam hiburan, Bob Page, selepas membina hubungan selama tujuh tahun.[14]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • 2001: Pencalonan MTV Video Music Award untuk Best Female Video – "Thank You"
  • 2001: Memenangi MTV Europe Music Award untuk the best new act
  • 2001: Pencalonan MTV Video Music Awards untuk Best Video of the Year, Best Rap Video, Best Male Video, Best Directed Video dan Best Cinematography – "Stan" (Eminem featuring Dido)
  • 2002: Memenagi NRJ Award untuk Best Newcomer
  • 2002: Memenangi NRJ Award untuk Best Album No Angel
  • 2002: Memenangi BRIT Award untuk Best British Female Artist
  • 2002: Memenagi BRIT Award untuk Best British AlbumNo Angel
  • 2003: Pencalonan Anugerah Grammy untuk Best Pop Vocal Performance, Female – "White Flag"
  • 2003: Memenangi Ivor Novello award untuk Songwriter of the year - "White Flag"
  • 2004: Memenangi BRIT Award untuk Best British Female Artist
  • 2004: Memenangi BRIT Award untuk Best British Single – "White Flag"
  • 2004: Memenangi NRJ Award untuk Best international artist
  • 2004: Memenangi NRJ Award untuk Best AlbumLife for Rent
  • 2007: Memenangi American Society of Composers, Authors, and Publishers (ASCAP) UK Award
  • 2008: Memenangi ASCAP UK Award untuk Songwriter of the Year

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • No Angel (1999)
  • Life for Rent (2003)
  • Safe Trip Home (2008)
  • Girl Who Got Away (2013)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "RCA's Peter Edge, Tom Corson on the Shuttering of Jive, J and Arista". Billboard.biz. 7 October 2011. http://www.billboard.biz/bbbiz/industry/record-labels/rca-s-peter-edge-tom-corson-on-the-shuttering-1005394732.story. Capaian 31 December 2011. 
  2. 2.0 2.1 Sharon Osbourne interviews Dido. The Sharon Osbourne Show. "It's Dido Florian Cloud de Bounevialle O'Malley Armstrong"  when asked to say her real name.
  3. "ARMSTRONG Florian Cloud De B.", Births Registered in January, February, and March 1972 (London: General Register Office): page 37.  Scanned image of the original document.
  4. 4.0 4.1 Sheryl Garratt (2001-05-20). "How Dido did it". Comment & Features. The Observer. http://www.guardian.co.uk/theobserver/2001/may/20/features.magazine27. Capaian 2008-10-02. 
  5. Clare Teresa Armstrong (Mother) (1972-02-04), "BIRTH — Florian Cloud De Bounevialle Armstrong", Registration District of Kensington (London: General Register Office) GRO Volume 5C: page 2242.  "CERTIFIED to be a true copy of an entry in the register of Births, Still-births or Deaths in the District above mentioned." This is an authorized copy of Dido's birth certificate, © Crown copyright.
  6. Patrick Janson-Smith (2007-01-17). "William Armstrong — Publisher at Sidgwick & Jackson". Obituaries. The Independent. http://news.independent.co.uk/people/obituaries/article2160041.ece. Capaian 2008-10-08. 
  7. Margaret Willes (2007-01-12). "A rebel at heart — Margaret Willes remembers William Armstrong". PN Archive. Publishing News. http://www.publishingnews.co.uk/pnarchive/display.asp?K=e2007011113181138&st_01=william+armstrong&pl=10&fields=default&sort=date%2Fd&sf_01=KEYWORD&stem=false&sf_03=type&sf_02=date&m=1&dc=6. Capaian 2008-10-08. 
  8. "ARMSTRONG ROWLAND CONSTANTINE O'M.", Births Registered in April, May, and June 1966 (London: General Register Office): page J66B0032B.  Scanned image of the original document.
  9. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Williamson tidak disediakan
  10. "MoRe and mOrE Questions & Answers 2002!!! =)". The Official Dido Message Boards. http://forum.dido.co.uk/viewtopic.php?t=15532. Capaian 2008-09-30. "Q: Is Dido a stage name like Sister Bliss or is it your real name? A: Dido is my real name" 
  11. Vinod Advani (2001-08-03). "In tune with Dido". Features. The Hindu. http://www.hinduonnet.com/thehindu/2001/08/03/stories/1303140n.htm. Capaian 2008-10-08. 
  12. [1] [[Full album [safe trip home] world premier]] 2008
  13. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Q_interview tidak disediakan
  14. Nadia Cohen. "Dido cancels her wedding". TV & Showbiz. Daily Mail. http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-111929/Dido-cancels-wedding.html. Capaian 2008-10-19. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: