Dietilamida asid lisergik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dietilamida asid lisergik
Dietilamida asid lisergik chemical structure
Nama Sistematik (IUPAC)
(6aR,9R)- N,N- diethyl- 7-methyl- 4,6,6a,7,8,9-
hexahydroindolo- [4,3-fg] quinoline- 9-carboxamide
Pengecam
Nombor CAS 50-37-3
Kod ATC  ?
PubChem 5761
Data kimia
Formula C20H25N3O 
Berat molekul 323.43 g/mol
SMILES eMolecules & PubChem
Sinonim LSD, LSD-25,
lysergide,
D-lysergic acid diethyl amide,
N,N- diethyl- D- lysergamide
Data fizikal
Takat lebur 80°C (176°F)
Data farmakokinetik
Bioketersediaan  ?
Metabolisme Hepatic
Separuh hayat 3-5 hours[1][2]
Perkumuhan Renal
Pertimbangan Terapi
Kategori Kehamilan

X(AU) X (AS)

Status undang-undang

? (AU) ? (UK) ? (AS)

Kaedah Oral, Intravenous

Dietilamida asid lisergik, LSD-25, LSD (dahulunya lisergida, dan biasanya dikenali sebagai asid) ialah drug psikedelik separa tiruan daripada keluarga ergolina. LSD tidak menagihkan, tidak toksik, dan dikenali untuk kesan psikologinya yang boleh merangkumi:

selain daripada peranan utamanya dalam budaya saingan 1960-an. Ia digunakan terutamanya oleh psikonaut sebagai enteogen serta juga dalam terapi psikedelik.

LSD disintesiskan buat pertama kali oleh Albert Hofmann pada 1938 daripada ergot, kulat bijian yang biasanya tumbuh pada pokok gandum. Bentuk nama pendek LSD berasal daripada nama kodnya yang awal, LSD-25, yang merupakan pula singkatan daripada perkataan Jerman, "Lysergsäure-diethylamid", diikuti oleh satu nombor jujukan.[3][4]

LSD peka terhadap oksigen, cahaya ultraungu, dan klorin (khususnya dalam bentuk larutan), sungguhpun potensinya dapat bertahan selama bertahun-tahun jika disimpan jauh dari cahaya dan lembapan pada suhu rendah. Dalam bentuk tulen, ia tidak berwarna, tidak berbau, dan sedikit pahit.[5]

LSD biasanya diberikan melalui mulut di atas substrat seperti kertas telap, kiub gula, atau gelatin. Dalam bentuk cecair, ia boleh diberikan melalui suntikan intraotot atau terapi intravena. Aras ambang dos yang diperlukan untuk menghasilkan kesan psikoaktif untuk manusia ialah antara 20 dan 30 µg (mikrogram).[6]

Diperkenalkan oleh Sandoz Laboratories (Makmal Sandoz), dengan tanda dagang Delysid, sebagai satu ubat dengan pelbagai kegunaan psikiatri pada 1947, LSD dengan pantasnya menjadi satu agen terapeutik yang memberikan harapan. Bagaimanapun, penggunaan rekreasi drug itu oleh budaya belia di dunia Barat sewaktu 1960-an mencetuskan kontroversi politik yang akhirnya mengakibatkan larangannya.[7] Sebilangan pertubuhan, termasuk Beckley Foundation, MAPS, Heffter Research Institute, dan Albert Hofmann Foundation, membiayai, menggalakkan, dan menyelaraskan penyelidikan LSD bagi tujuan kegunaan perubatan.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Aghajanian, George K.; Bing, Oscar H. L. (1964). "Persistence of lysergic acid diethylamide in the plasma of human subjects" (PDF). Clinical Pharmacology and Therapeutics 5: 611–614. PMID 14209776. Diperoleh pada 2009-09-17. 
  2. Papac, DI; Foltz, RL (May/June 1990). "Measurement of lysergic acid diethylamide (LSD) in human plasma by gas chromatography/negative ion chemical ionization mass spectrometry" (PDF). Journal of Analytical Toxicology 14 (3): 189–190. PMID 2374410. Diperoleh pada 2009-09-17. 
  3. Hofmann, Albert. LSD—My Problem Child (McGraw-Hill, 1980). ISBN 0-07-029325-2.
  4. Alexander and Ann Shulgin. "LSD", in TiHKAL (Berkeley: Transform Press, 1997). ISBN 0-9630096-9-9.
  5. Shulgin, Alexander; Shulgin, Ann (1991). "Burt". PiHKAL (edisi ke-1st). Transform Press. ms. 21. ISBN 978-0-9630096-0-9. 
  6. Greiner T, Burch NR, Edelberg R (1958). "Psychopathology and psychophysiology of minimal LSD-25 dosage; a preliminary dosage-response spectrum". AMA Arch Neurol Psychiatry 79 (2): 208–10. PMID 13497365. 
  7. "LSD: cultural revolution and medical advances". Royal Society of Chemistr. Diperoleh pada 2007-09-27. 
  8. "The Albert Hofmann Foundation". Hofmann Foundation. Diperoleh pada 2007-09-27. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Wikinews-logo.svg
Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan: