Digimon Adventure 02

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Digimon 02)
Digimon Adventure 02
Digimon Adventure 02
GenreAksi, Pengembaraan, Shonen, Komedi
Anime
PengarahHiroyuki Kakudou
StudioToei Animation
Dilesenkan olehJepunBandai Visual
Amerika SyarikatSaban Entertainment
Penyiaran AsalJepun Fuji TV
Penyiaran LainAmerika Syarikat Fox
Kanada YTV
United Kingdom ITV 1
United Kingdom Perancis Israel Jetix (formerly Fox Kids)
Australia Network Ten,Fox Kids
Indonesia Indosiar, TV7, Spacetoon, Antv, Global TV, RTV
Filipina ABS-CBN
Itali Rai Due,RaiSat Ragazzi,RaiSat Smash,Jetix,Rai Gulp,Super!,Cartoon Network
Dikeluarkan pada2 April 200025 Mac 2002
Hasil karya berkaitan

Portal Anime dan Manga

Digimon Adventure 02 (Jepun: デジモンアドベンチャー 02, Hepburn: Dejimon Adobenchā Zero Tsū) juga ditulis sebagai Digimon 02 / Digimon Zero Two, merupakan siri kedua dalam siri Digimon dan sambungan siri animasi Digimon Adventure yang mengisahkan peristiwa yang berlaku tiga tahun selepas peristiwa musim sebelumnya. Siri animasi ini dihasilkan oleh Toei Animation. Siri ini mula bersiaran pada 2 April 2000 sehingga 25 Mac 2002 di Fuji TV juga pernah bersiaran di ntv7 pada 28 April 2002 sehingga 6 April 2003 dan Astro Ceria pada tahun 2009. Selepas siri ini tamat, siri Digimon ke-3 iaitu Digimon Tamers menggantikan siri animasi ini.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah ini bermula selang tiga tahun selepas pengembaraan lapan kanak-kanak terpilih dimusim pertama. Dunia Digital sekali lagi diancam bahaya apabila munculnya Ken, seorang kanak-kanak lelaki yang kini muncul, mengelarkan dirinya sebagai Digimon Kaiser. Dia kini membuatkan semua digimon di Dunia Digital menjadi hambanya dengan mengenakan Gelang Hitam serta menubuhkan Menara Kegelapan bagi melumpuhkan digimon di wilayah yang ditakluknya. Keadaan ini membuatkan Takeru dan Hikari, iaitu kanak-kanak terpilih yang pertama harus kembali ke melanjutkan pengembaraan mereka ke Dunia Digital. Mereka disertai oleh tiga lagi kanak-kanak terpilih yang baru iaitu Daisuke, Miyako dan Iori. Mereka bersatu dengan digimon mereka untuk menentang Digimon Kaiser yang kini semakin mengganas ingin menaklukkan Dunia Digital. Bagi menjayakan misi mereka melawan Digimon Kaiser, mereka berlima harus menemui Digimental, iaitu sebuah kekuatan kuno yang wujud dalam bentuk telur. Bermula dengan Daisuke yang menemui Digimental Keberanian dan Persahabatan. Diikuti Miyako dengan Digimental Kasih Sayang dan Keikhlasan, serta Iori dengan Digimental Ingin Tahu dan Ketulusan. Manakala Takeru dengan Digimental Harapan dan Hikari dengan Digimental Cahaya. Kesemua kekuatan ini sering membantu Digimon mereka untuk menentang Digimon Kaisar. Namun Digimon Kaisar tidak berputus asa apabila dia meningkatkan kekuatan hitam yang ada pada Gelang Hitam miliknya.

Disebabkan itu kelima-lima kanak-kanak terpilih semakin untuk tidak berdaya melawan kekuatan baharu Gelang Hitam tersebut. Disaat kelima-lima mereka buntu mencari jalan untuk menewaskan Digimon Kaisar, sahabat lama Tailmon, iaitu Wizarmon datang memberikan petunjuk bagaimana untuk menewaskan Digimon Kaisar. Kerana petunjuk tersebut, mereka berhasil membuatkan Ken, menjadi dirinya semula. Setelah Ken kembali kepada dirinya yang asal, Miyako, Takeru, Iori dan Hikari tidak mempercayai jika Ken sudah benar-benar berubah dan tidak akan kembali menjadi Digimon Kaisar semula. Keraguan mereka kepada Ken masih melanda mereka. Namun Daisuke berhasil memujuk rakan-rakannya yang lain. Semua itu bermula apabila munculnya musuh baru mereka, iaitu Archnemon dan Mummymon yang mampu menghasilkan Digimon daripada Menara Kegelapan. Mereka harus bergabung dengan Ken untuk mengalahkan Digimon yang dihasilkan oleh Archnemon. Disaat itu juga, munculnya Oikawa, iaitu ketua kepada Archnemon dan Mummymon. Oikawa kini menghantui Ken dengan membongkarkan kisah kelam Ken sewaktu kecil. Oikawa juga telah mendedahkan bahawa dialah dalang disebalik kejadian Ken menjadi Digimon Kaisar sebelum ini. Ken juga terkejut apabila dia mengetahui terdapat benih kegelapan yang ditanam didalam tubuhnya. Kini Oikawa datang untuk mengambil benih kegelapan tersebut. Setelah beberapa pertarungan yang dialami keenam-enam kanak-kanak terpilih tersebut, mereka akhirnya mengetahui identiti sebenar Oikawa. Mereka berasa terkejut kerana melihat ada makhluk lain yang keluar daripada badan Oikawa. Makhluk tersebut adalah musuh lama mereka, iaitu Vandemon yang kini menjelma menjadi BelialVamdemon. Vandemon telah bersembunyi disebalik badan Oikawa selama ini selepas dia dikalahkan oleh lapan kanak-kanak terpilih sebelum ini. Selepas melihat perlakuan kekejaman BelialVamdemon yang membunuh dua pembantunya, Archnemon dan Mummymon membuatkan Ken, Takeru, Hikari, Miyako dan Iori menjadi ketakutan untuk menentang BelialVamdemon. Namun Daisuke berjaya menyakinkan mereka agar menentang musuh terkuat mereka itu. Berkat kekuatan mereka serta bantuan daripada kanak-kanak terpilih dari seluruh dunia, mereka telah berhasil mengalahkan BelialVamdemon. Manakala Oikawa menjadi cahaya dengan menerangi Dunia Digital selepas kematiannya. Dunia Digital dan Dunia Nyata kini menjadi aman semula. Manakala kesemua kanak-kanak terpilih mampu memiliki keluarga bahagia.

Watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Watak Pelakon Suara Bahasa Jepun Digimon Bahasa Jepun Suara pelakon
Daisuke Motomiya (Jepun: 本宮 大輔, Hepburn: Motomiya Daisuke) Reiko Kiuchi V-mon Junko Noda
Miyako Inoue (Jepun: 井ノ上 京, Hepburn: Inoue Miyako) Rio Natsuki Hawkmon Kōichi Tōchika
Iori Hida (Jepun: 火田 伊織, Hepburn: Hida Iori) Megumi Urawa Armadimon Megumi Urawa
Takeru Takaishi (Jepun: 高石 タケル, Hepburn: Takaishi Takeru) Taisuke Yamamoto Patamon Miwa Matsumoto
Hikari Yagami (Jepun: 八神 ヒカリ, Hepburn: Yagami Hikari) Kae Araki Tailmon Yuka Tokumitsu
Ken Ichijouji (Jepun: 一乗寺 賢, Hepburn: Ichijōji Ken) Romi Park Wormmon Naozumi Takahashi

Watak sampingan[sunting | sunting sumber]

Watak Pelakon Suara Bahasa Jepun Digimon Pelakon Suara Bahasa Jepun
Taichi Yagami (Jepun: 八神 太一, Hepburn: Yagami Taichi) Toshiko Fujita Agumon Chika Sakamoto
Yamato Ishida (Jepun: 石田 ヤマト, Hepburn: Ishida Yamato) Yūto Kazama Gabumon Mayumi Yamaguchi
Sora Takenouchi (Jepun: 武之内 空, Hepburn: Takenouchi Sora) Yuko Mizutani Piyomon Atori Shigematsu
Koushiro Izumi (Jepun: 泉 光子郎, Hepburn: Izumi Kōshirō) Umi Tenjin Tentomon Takahiro Sakurai
Mimi Tachikawa (Jepun: 太刀川 ミミ, Hepburn: Tachikawa Mimi) Ai Maeda Palmon Ai Maeda
Joe Kido (Jepun: 城戸 丈, Hepburn: Kido Jō) Masami Kikuchi Gomamon Junko Takeuchi

Watak lain[sunting | sunting sumber]

Sekutu
  • Gennai
  • Qinglongmon
Musuh
  • Digimon Kaiser
  • Chimeramon
  • Archnemon & Mummymon
  • BlackWarGreymon
  • Dagomon
  • Demon
    • MarineDevimon
    • LadyDevimon
    • SkullSatamon
  • Oikawa Yukio
  • Belial Vamdemon

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

  • Episod 1 : Seseorang yang mewarisi Keberanian
  • Episod 2 : Gerbang Digital, Terbuka
  • Episod 3 : Digimental Up
  • Episod 4 : Raja Kegelapan, Digimon Kaisar
  • Episod 5 : Hancurkan Menara Kegelapan
  • Episod 6 : Perkelahan yang Berbahaya
  • Episod 7 : Kenangan Hikari
  • Episod 8 : Kesunyian Digimon Kaisar
  • Episod 9 : Bertambahnya Kekuatan Jahat Gelang Hitam
  • Episod 10 : MetalGreymon Adalah Musuh
  • Episod 11 : Kilat Biru, Lighdramon
  • Episod 12 : Pertarungan di Daerah Barat
  • Episod 13 : Panggilan Dagomon
  • Episod 14 : Aingin Shurimon
  • Episod 15 : Bela Diri Shurimon
  • Episod 16 : Submarimon - Melarikan Diri dari Bawah Laut
  • Episod 17 : Kenangan Odaiba
  • Episod 18 : Menjejak Markas Kaisar
  • Episod 19 : Haiwan Sintetik, Chimeramon
  • Episod 20 : Perubahan Tertinggi! Golden Magnamon
  • Episod 21 : Selamat Tinggal, Ken-chan
  • Episod 22 : Perubahan Keberanian! XV-mon
  • Episod 23 : Ketika Digivice Tercemar Kegelapan
  • Episod 24 : Perisai Dari Bumi, Ankylomon
  • Episod 25 : Kesatria Dari Langit, Aquilamon
  • Episod 26 : Perubahan Jogress, Dua Hati Menjadi Satu
  • Episod 27 : Gabungan yang Tak Terkalahkan! Paildramon
  • Episod 28 : Perangkap Serangga Penipu
  • Episod 29 : Archnemon - Kesalahan Wanita Labah-labah
  • Episod 30 : Mega Kegelapan, BlackWarGreymon
  • Episod 31 : Ribut Kasih Sayang - Silphymon
  • Episod 32 : Sesuatu Misteri - Batu Suci
  • Episod 33 : Hari Miyako di Kyoto
  • Episod 34 : Lindungi Titik Suci
  • Episod 35 : Hadapi! BlackWarGreymon
  • Episod 36 : Malaikat Keluli, Shakkoumon
  • Episod 37 : Digimon Unggul yang Hebat, Qinglongmon
  • Episod 38 : Malam Suci - Kembalinya Raksasa Digimon
  • Episod 39 : Pergerakan Awal! Imperialdramon
  • Episod 40 : Pertempuran Besar di New York dan Hong Kong!
  • Episod 41 : Pertempuran Besar di Coral dan Versailles
  • Episod 42 : Pertempuran sengit Cinta dan Borscht
  • Episod 43 : Serangan Tentera Demon
  • Episod 44 : Pertarungan Maut Menentang Digimon Kegelapan
  • Episod 45 : Gerbang Kegelapan
  • Episod 46 : BlackWarGreymon VS WarGreymon
  • Episod 47 : Meterai BlackWarGreymon
  • Episod 48 : Keganasan BelialVamdemon
  • Episod 49 : Evolusi Armor Terakhir
  • Episod 50 : Dunia Digital Kami

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Musim kali ini bentuk 'Digivice' milik kanak-kanak terpilih agak berbeza daripada musim pertama dimana Digivice yang baharu ini mampu membuka gerbang Dunia Digital pada bila-bila masa sahaja, dimana ianya tampak sedikit canggih berbanding Digivice kanak-kanak terpilih musim pertama. Ini kerana bagi mengimbangi kekuatan hitam Digivice Kegelapan milik Ken yang menjadi Digimon Kaiser pada ketika itu.
  • Tiga Digimon baharu telah terlahir daripada kekuatan Digimental iaitu V-mon, Hawkmon dan Armadimon yang berasal daripada telur. Setiap digimon-digimon ini mampu berubah menggunakan dua Digimental berbeza dalam satu masa bagi menggantikan perubahan Level Sempurna yang tidak dapat dilakukan digimon kali ini. V-mon memiliki Digimental Keberanian dan Persahabatan, manakala Hawkmon memiliki Digimental Kasih Sayang dan Ketulusan dan Armadimon memiliki Digimental Pengetahuan dan Kejujuran. Ia merupakan lambang lencana daripada enam kanak-kanak terpilih yang asal.
  • Berbeza dengan Digimon musim pertama, iaitu Patamon dan Tailmon yang hanya terikat dengan satu Digimental setiap seorang iaitu mengikut lambang lencana asal mereka sendiri iaitu Digimental Harapan (Takeru) dan juga Digimental Cahaya (Hikari) bagi menggantikan perubahan Level Sempurna yang tidak dapat dilakukan mereka kali ini disebabkan kekuatan lencana Takeru, Hikari dan enam lagi kanak-kanak terpilih yang asal telahpun digunakan untuk memperbaiki keseimbangan Dunia Nyata dan Dunia Digital setelah mereka berhasil mengalahkan Apocalymon dimusim pertama.
  • Ichijouji Ken, iaitu salah satu kanak-kanak terpilih pada mulanya adalah watak antagonis sewaktu dia menjadi Digimon Kaisar. Namun berkat petunjuk dan bantuan roh Wizardmon dan usaha Daisuke dan yang lain-lain dia mampu berubah kembali ke dirinya yang asal melalui cahaya emas dari sebuah digimental dan lencana 'Kebaikan' miliknya.
  • Menara Hitam Kegelapan ditubuhkan dalam musim kali ini oleh Digimon Kaisar dan Archnemon untuk melumpuhkan Digimon-Digimon di Dunia Digital agar mereka tidak mampu untuk berubah ke level seterusnya, ini termasuklah kelapan-lapan Digimon musim pertama.
  • Perubahan Jogress, iaitu perubahan yang mengabungkan dua Digimon untuk berubah ke level yang lebih tinggi diperkenalkan dalam musim kali ini bagi menggantikan perubahan Level Sempurna bagi untuk menentang musuh-musuh mereka yang lebih kuat daripada mereka.
  • Digimon milik Ken, iaitu Wormmon hanya mempunyai satu perubahan bentuk ke Level Dewasa, iaitu Stingmon dimana dia tidak memiliki sebuah Digimental pun untuk berubah kepada Perubahan Armor, tidak seperti yang lain. Dia merupakan Digimon kedua yang hanya mempunyai satu bentuk perubahan sahaja dalam suatu masa selepas Tailmon yang hanya mempunyai perubahan ke Level Sempurnanya, iaitu Angewomon pada musim pertama.
  • Watak Gennai dalam musim kedua kali ini ditampilkan sebagai lelaki muda yang kacak berbanding penampilannya sebagai lelaki tua pada musim yang pertama.
  • Qinglongmon, iaitu Digimon Level Ultimate adalah merupakan salah satu daripada empat Digimon penjaga yang terbesar di Dunia Digital yang membantu kanak-kanak terpilih untuk menentang kejahatan pada kali ini. Keempat-keempat Raja Penguasa Digimon ini ditampilkan di Digimon Tamers.

Media[sunting | sunting sumber]

Anime[sunting | sunting sumber]

Digimon Adventure 02 disiarkan sebanyak 50 episod di Fuji TV di Jepun bermula pada 2 April 2000 sehingga 25 Mac 2001. Syarikat Saban Entertainment menghasilkan dalam versi Bahasa Inggeris yang disiarkan di Fox Kids (sekarang digelar Disney XD) di Amerika Syarikat dan di Kanada YTV pada 19 Ogos 2000 dan 19 Mei 2001. Versi Jepun disiarkan dengan sarikata Bahasa Inggeris pada Crunchyroll pada tahun 2008, diikuti oleh Funimation Entertainment pada April 2009. Versi Bahasa Melayu telah bersiaran di ntv7 pada 28 April 2002 sehingga 6 April 2003 juga ulangi bersiaran di Astro Ceria pada tahun 2009. Digimon Adventure 02 sekali lagi bersiaran bermula 24 September 2017, di Tv9 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 7:00 petang

Lagu tema[sunting | sunting sumber]

Tema pembukaan
Tema penutupan
  • "Ashita wa Atashi no Kaze ga Fuku" (Jepun: 明日はあたしの風が吹く, "Esok Ialah Apabila Angin Bertiup Saya") oleh AiM (Episod 1 - 25)
  • "Itsumo Itsudemo" (Jepun: いつもいつでも, "Sentiasa Bila-bila Masa") oleh AiM (Episod 26 - 50)
Sisipan lagu
  • "brave heart" ("Jantung Berani") oleh Ayumi Miyazaki (lagu pertukaran)
  • "Break up!" ("Berpecah!") oleh Ayumi Miyazaki (lagu pertukaran Armor)
  • "Beat Hit!" ("Mengalahkan Cabutan!") oleh Ayumi Miyazaki (lagu pertukaran Jogress)
  • "Boku wa Boku Datte" (Jepun: 僕は僕だって, "Saya Walaupun Saya") oleh Kouji Wada
  • "Now is the time!!" oleh Ai Maeda
  • "Bokura no Digital World" (Jepun: 僕らのデジタルワールド, Hepburn: Bokura no Degitaru Wārudo, "Dunia Digital Kami") oleh Digimon All Stars bersama-sama Kouji Wada & Ai Maeda

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Senarai lagu
  1. Target - Akai Shougeki (TV Size)
  2. Avant 02
  3. Subtitle 02
  4. Adventure Heart - Daisuke no Theme
  5. Dancin' On The Sky - Miyako no Theme
  6. Power Of Earth - Iori no Theme
  7. Happy Friends - Takeru no Theme
  8. Sunshine Smile - Hikari no Theme
  9. Tanoshii Houkago
  10. Saa, Digital World e Ikou!
  11. Zukkoke, Okkake, Oosawagi!?
  12. Ken-chan... - Wormmon no Theme
  13. Teki no Wana da, Ki wo Tsukero!
  14. Eyecatch 02
  15. Gekitotsu!!
  16. Aku no Butai ga Yatte Kita
  17. Break Up! (TV Size)
  18. Kurihirogaru Battle
  19. Ankoku no Hohoemi - Digimon Kaisar no Theme
  20. Ie ni Kaerou - Target Instruments

Staf pengeluar siri Anime[sunting | sunting sumber]

  • Kongsep asal: Akiyoshi Hongo
  • Pengarah: Hiroyuki Kakudou
  • Siri komposisi, penulis: Atsushi Maekawa, Genki Yoshimura
  • Penulis: Hiro Masaki, Reiko Yoshida, Yoshio Urasawa, Satoru Nishizono (Episod 8), Chiaki J. Konaka (Episod 13)
  • Reka bentuk watak: Katsuyoshi Nakatsuru
  • Ketua pengarah animasi: Setsuko Nobuzane
  • Pengarah seni: Yukiko Iijima, Tetsuhiro Shimizu
  • Reka bentuk warna: Yasue Itasaka
  • Pengarah photografi: Atsushi Iwazaki, Kazuhiro Yoshino, Fumio Hirokawa
  • Penyunting: Kouichi Katagiri
  • Pengarah suara: Sadashi Kuramoto
  • Muzik: Takanori Arisawa
  • Pengeluar: Daisuke Kawakami (Fuji TV), Kyotaro Kimura (Yomiuri Advertising), Hiromi Seki (Toei Animation)
  • Kerjasama pengeluaran: Toei Animation
  • Pengeluaran: Fuji TV, Yomiuri Advertising, Toei Animation

Pautan luar[sunting | sunting sumber]