Digital

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sistem digital (serapan kata sifat Latin: digitalis terbitan kata dasar digitus "jari"[1]) ialah satu teknologi data yang menggunakan nilai-nilai diskrit/tersendiri.[2] Berlawanan dengan sistem bukan digital (atau analog) yang menggunakan julat nilai-nilai yang selanjar untuk mewakili maklumat. Walaupun pewakilan digital adalah diskrit, maklumat yang boleh diwakilkan adalah sama ada diskrit; misalnya nombor, huruf atau arca, atau selanjar; misalnya bunyi, imej, dan lain-lain pengukuran sistem selanjar.

Perkataan ini paling sering digunakan dalam pengkomputeran dan elektronik, terutamanya di mana maklumat dunia sebenar ditukarkan kepada bentuk perduaan sebagaimana di dalam audio digital dan fotografi digital.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "dĭgĭtus". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 247.
  2. ^ Tocci, R. 2006. Digital Systems: Principles and Applications (10th Edition). Prentice Hall. ISBN 0131725793