Digitigrad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Digitigrad ialah haiwan yang berdiri atau berjalan dengan jari-jarinya, termasuk burung yang berjalan, kucing, anjing, dan banyak lagi mamalia yang lain, kecuali manusia, beruang, dan lain-lain yang tergolong sebagai plantigrad atau unguligrad. Digitigrad biasanya lebih pantas dan lebih senyap daripada mamalia lain.

Manusia berjalan dengan tapak kaki menyentuhbumi (plantigrad), manakala haiwan digitigrad berjalan dengan falanks distal dan falanks perantaraannya. Kerana gerak alih digitigradlah kaki anjing berbentuk bengkok.

Terdapat perbezaan anatomi antara kaki plantigrad dan kaki digitigrad. Haiwan digitidrad mempunyai tulang karpal dan tarsus yang agak panjang, iaitu tulang-tulang yang berpadan dengan buku lali manusia itu lebih tinggi parasnya pada tungkai berbanding manusia, sekaligus memanjangkan kaki sehingga kaki haiwan digitigrad selalu disangka bersamaan dengan tulang jari manusia.

Haiwan-haiwan unguligrad seperti kuda dan lembu hanya berjalan dengan hujung paling distal pada jarinya, manakala dalam haiwan digitigrad, lebih daripada satu segmen jari menyentuh bumi, sama ada secara terus (bagi burung) atau menerusi pad kaki (bagi anjing).

Contoh digitigrad[sunting | sunting sumber]

Rangka serigala menunjukkan susunan tulang kaki yang biasa terdapat pada digitigrad

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "APPEARANCE/ MORPHOLOGY: LEGS, SPINE AND TRACKS with literature reports for the Asian Elephant - Elephas maximus (editorial comment)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-14. Dicapai pada 2010-12-19.

Templat:Gerak alih