Diktator

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Diktator merupakan seorang pemimpin negara yang berkuasa mutlak. Diktator biasanya bukan dipilih secara demokratik oleh rakyat negaranya, dan merampas kuasa melalui cara kekerasan. Seorang diktator berupaya melaksanakan undang-undang sendiri tanpa perundingan dengan pihak atau badan lain. Biasanya, diktator merupakan ketua tentera atau parti dominan satu negara.

Di negara-negara Barat, istilah "diktator" biasanya dikaitkan dengan kekerasan dan penindasan yang kejam. Contoh-contoh orang yang dianggap diktator ialah Benito Mussolini dari Itali, Adolf Hitler dari Jerman, Idi Amin dari Uganda dan Francisco Franco, bekas Ketua Negara Sepanyol.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.