Diktator Rom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Topik-topik Kerajaan Rom
Kemaharajaan Rom
Republik Rom
Empayar Rom
Prinsipat Dominat
Empayar Barat Empayar Timur
Majistret biasa
Majistret luar biasa
Jawatan, gelaran, dan gelaran kehormat
Politik dan undang-undang:

Diktator (bahasa Latin untuk "orang yang menetapkan arahan") ialah satu jawatan politik yang merupakan satu pembaharuan undang-undang Republik Rom. "Diktator" — dikenali secara rasmi sebagai Magister Populi ("Penguasa Rakyat"), Praetor Maximus ("Praetor Agung"), atau Magister Peditum ("Penguasa Infantri") — ialah majistret luar biasa (magistratus extraordinarius), serta majistret tertinggi dalam tertib taraf (Praetor Maximus). Beliau dibantu oleh 24 orang liktor.

Fungsi diktator adalah untuk melaksanakan tugas-tugas yang melewati kuasa mana-mana satu majistret biasa. Senat Rom meluluskan senatus consultum yang memberikan kuasa kepada konsul-konsul untuk mencalonkan seorang diktator yang merupakan kekecualian tunggal terhadap prinsip-prinsip kekolejan (pemegang berbilang untuk jawatan yang sama) dan tanggungjawab (bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk kesemua tindakan semasa memegang jawatan) dalam undang-undang Rom. Hanya satu diktator boleh dilantik pada mana-mana satu masa atas apa-apa alasan, dan diktator tidak perlu bertanggungjawab di sisi undang-undang kepada tindakannya semasa memegang jawatan.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]