Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dinasti Kedua Puluh Satu, Kedua Puluh Dua, Kedua Puluh Tiga, Kedua Puluh Empat dan Kedua Puluh Lima Mesir purba sering digabungkan bersama di bawah kumpulan Tempoh Perantaraan Ketiga Mesir.

Pemerintah[sunting | sunting sumber]

Pemerintah yang diketahui, dalam sejarah Mesir, bagi Dinasti Kedua Puluh Dua adalah seperti berikut:

Firaun Dinasti Kedua Puluh Dua
Firaun Nama Horus Pemerintahan (SM) Pasangan Ulasan
Shoshenq I Hedjkheperre-Setepenre 943-922 SM Patareshnes
Karomama A
mungkin Shishaq yang disebut dalam Injil.
Osorkon I Sekhemkheperre-Setepenre 922 - 887 SM Maatkare B
Tashedkhonsu
Shepensopdet A
Shoshenq II Heqakheperre-Setepenre 887- 885 SM Nesitanebetashru
Nesitaudjatakhet
menikmati pemerintahan bebas selama 2 tahun di Tanis menurut Von Beckerath
Takelot I Hedjkheperre-Setepenre 885-872 SM Kapes
Osorkon II Usermaetre-Setepenamun 872-837 SM Isetemkheb G
Karomama B
Djedmutesankh
sekutu Israel yang menentang Shalmaneser III dari Assyria pada pertarungan Qarqar pada 853 SM.
Shoshenq III Usermaetre-Setepenre 837-798 SM Tadibast II
Tentamenopet
Djedbastiusankh
Shoshenq (IV)"quartus" Hedjkheperre-Setepenre 798-785 SM jangan keliru dengan Shoshenq VI; Shoshenq IV yang asli dalam penerbitan sebelum 1993
Pami Usermaetre-Setepenamun 785-778 SM mengebumikan dua ekor lembu Apis semasa pemerintahannya
Shoshenq V Akheperre 778-740 SM
Pedubast II Sehetepibenre 740-730 SM Tadibast III Tidak tertera dalam senarai semua raja
Osorkon IV Akheperre-Setepenamun 730 - 716 SM Tidak selalu disenaraikan sebagai ahli sebenar Dinasti ke-XXII, tetapi mewarisi Shoshenq V di Tanis. Firaun So dalam Injil.

Raja-raja Dinasti kedua puluh dua Mesir adalah kumpulan Meshwesh Libya yang memerintah sekitar 943 SM hingga 720 SM. Mereka menetap di Mesir sejak Dinasti kedua puluh. Manetho menyatakan yang dinasti ini berasal dari Bubastis, tetapi raja-rajanya dikatakan memerintah dari Tanis, yang juga merupakan ibu negara mereka dan itu juga bandar yang pernah dijadikan makam-makam mereka.

Raja lain yang termasuk dalam kumpulan ini ialah Tutkheperre Shoshenq.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]