Diponegoro, Pangeran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pangeran Diponegoro (11 November 1785 - 8 Januari 1855; juga digelarkan Ontowiryo) ialah seorang putera Indonesia yang menentang Belanda secara terbuka, dan mendapat simpati dan dukungan rakyat sehingga wujudnya Perang Diponegoro. Pada tahun 1830, Belanda berjaya menangkap beliau, setelah menghabiskan tidak kurang daripada 15,000 tentera. Beliau kemudian dibuang negeri ke kota Makassar oleh pihak Belanda.

Dilahirkan di Yogyakarta, Diponegoro ialah putera Hamengkubuwono III (Sultan Raja), seorang raja Mataram di Yogyakarta. Ibunya R.A. Mangkarawati yang berasal dari Pacitan. Diponegoro meninggal dunia di Makassar, Sulawesi, Indonesia.