Divergent (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Divergent
PengarahNeil Burger
Lakon layarEvan Daugherty
Vanessa Taylor
BerdasarkanDivergent oleh
Veronica Roth
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiAlwin H. Küchler
Disunting olehRichard Francis-Bruce
Muzik olehJunkie XL
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSummit Entertainment
Lionsgate
Tarikh tayangan
Masa tayangan
139 minit[1]
NegaraAmerika Serikat
BahasaInggeris
Bajet$85 juta[2]
Pecah panggung$281,803,000[3]

Divergent ialah sebuah filem sains fiksyen Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Neil Burger berdasarkan novel dengan tajuk yang sama oleh Veronica Roth. Filem ini merupakan filem pertama dalam siri Divergent dan dihasilkan oleh Lucy Fisher, Pouya Shabazian dan Douglas Wick dengan lakon layar oleh Evan Daugherty dan Vanessa Taylor.[4] Ia dibintangi Shailene Woodley, Theo James, Ashley Judd, Jai Courtney, Ray Stevenson, Zoë Kravitz, Miles Teller, Tony Goldwyn, Ansel Elgort, Maggie Q dan Kate Winslet.[5][6]

Divergent ditayangkan pada Mac 21, 2014 di Amerika Syarikat. Filem ini menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Walaupun begitu, ia mencapai kejayaan komersial dengan mengutip US$288 juta di seluruh dunia berbanding bajet US$85 juta.[7][8]

Sebuah sekuel, The Divergent Series: Insurgent ditayangkan pada Mac 20, 2015 di Amerika Syarikat.

Plot[sunting | sunting sumber]

Manusia dewasa akan diklasifikasikan menjadi 5 puak mengikut watak mereka masing-masing. Ke-5 puak tersebut adalah Candor yang mempunyai sifat jujur, Erudite yang mempunyai sifat genius, Amity mempunyai sifat suka damai, Dauntless yakni yang mempunyai sifat berani, dan abnegation sebagai penolong tanpa mementingkan diri sendiri.

Divergent hanya sebagai istilah untuk orang yang tidak masuk dalam 5 puak watak tersebut, kerana mempunyai banyak macam keperibadian yg menonjol didalam dirinya.

Sebelum masuk puak, seseorang harus melewati ujian penentuan puak (ujian kelayakan) masa sudah menginjak usia enam belas tahun. Beatrice Prior atau yang lebih dikenali Tris (Shailene Woodley) adalah salah satunya. Namun ketika menjalani ujian, ia merasa ada yang tidak beres. Ternyata, hasilnya Tris tergolong tahap yang seimbang antara perpaduan puak abnegation, Dauntless, dan Erudite, yang menunjukkan bahawa ia adalah seorang Divergent.

Seorang wanita bernama Tori (Maggie Q) yang sedang menguji dirinya menyuruh untuk merahsiakan identiti diri Tris sebagai Divergent. Kerana, selain berbeza golongan Divergent dianggap sangat berbahaya dan akan mencelakakan puak-puak lain.

Maka dari itulah Tris harus berjuang agar dapat diterima di puak Dauntless yang selalu ia banggakan. Ia berusaha untuk lulus dalam ujian keberanian yang sewaktu-waktu boleh mengancam nyawanya itu.

Fakta yang mengejutkan adalah ketika Tris tahu bahawa salah satu instrukturnya, Four (Theo James), juga seorang Divergent. Tris dan Fourpun tetap berusaha untuk bertahan hidup di tengah persaingan politik yang ingin menyingkirkan para Divergent. Terutama menegakkan keadilan dari Erudite (yang dipimpin oleh seorang genius dan berbahaya, Jeanine Matthews (Kate Winslet) yang mengusahakan faksinya menjadi puak paling besar. Ditambah lagi abangnya, Caleb (Ansel Elgort) yang terpilih ke dalam puak tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Box office[sunting | sunting sumber]

Divergent mengutip $150,947,895 di Amerika Utara dan $137,800,000 di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak$288,747,895. Mengambil kira semua perbelanjaan, Deadline.com menganggarkan filem ini membuat keuntungan sebanyak $71.87 juta.[9]

Respons kritikal[sunting | sunting sumber]

Divergent menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Laman web Rotten Tomatoes, memberikan filem ini rating 40% berdasarkan ulasan daripada 198 pengkritik dengan purata skor 5.4/10.[10] Metacritic memberi filem ini skor 48 berdasarkan ulasan daripada 38 pengkritik.[11] Penonton yang dikaji selidik oleh CinemaScore memberi filem ini gred "A".[12][13]

Sekuel[sunting | sunting sumber]

Sekuel filem ini ditayangkan pada Mac 20, 2015. Filem ketiga, berdasarkan novel Allegiant pada mulanya diumumkan sebagai filem tunggal dijadual ditayangkan pada Mac 18, 2016.[14][15]

Pada April 11, 2014, Summit Entertainment mengumumkan bahawa filem ketiga akan dibahagikan kepada dua filem bertajuk The Divergent Series: Allegiant – Part 1 dan The Divergent Series: Allegiant – Part 2 dengan Part 1 dijadual ditayangkan pada Mac 18, 2016 dan Part 2 dijadual ditayangkan pada Mac 24, 2017.[16] On December 5, 2014, it was announced that Robert Schwentke would return to direct Part 1.[17] Pada September 10, 2015, ia telah diumumkan bahawa kedua-dua filem ini akan dinamakan semula dengan Part 1 dinamakan semula sebagai The Divergent Series: Allegiant dan Part 2 sebagai The Divergent Series: Ascendant.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "DIVERGENT (12A)". Entertainment One. British Board of Film Classification. March 11, 2014. Dicapai pada March 11, 2014.
  2. ^ Alyssa Ashley Lucas (March 24, 2014). "'Divergent' Movie Earns $56M in its Weekend Premiere; Sequel to Come Out in 2015". International Business Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-21. Dicapai pada March 31, 2014.
  3. ^ "Divergent (2014)". Box Office Mojo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-07. Dicapai pada April 21, 2014.
  4. ^ Adam Chitwood (July 20, 2013). "Neil Burger's DIVERGENT Starring Shailene Woodley, Theo James, and Kate Winslet to Be Released in IMAX". Collider.com. Dicapai pada March 25, 2013.
  5. ^ Schillaci, Sophie (May 15, 2013). "'Divergent': Shailene Woodley Braves Initiation in New Film Still (Photo)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada June 6, 2013.
  6. ^ Hillary Busis (May 1, 2013). "'Divergent': The movie's most highly anticipated scenes—and a few we're worried about". Entertainment Weekly. Dicapai pada June 6, 2013.
  7. ^ Gregg Kilday (September 12, 2012). "Summit Sets Release Date for Film Adaptation of 'Divergent'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada March 25, 2013.
  8. ^ "Weekend Wrap-Up".
  9. ^ Mike Fleming Jr (March 10, 2015). "No. 17 'Divergent' – 2014 Most Valuable Movie Blockbuster Tournament". Deadline.com. Dicapai pada March 21, 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  10. ^ "Divergent (2014)". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada May 2, 2014.
  11. ^ "Divergent: Reviews (2014)". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada March 17, 2014.
  12. ^ McClintock, Pamela (March 23, 2014). "Box Office: 'Divergent' Breaks YA Curse With $56 Million Debut; 'Muppets 2' Bombs". The Hollywood Reporter.
  13. ^ "'Divergent' Scores $56 Million Box-Office Opening, 'A' CinemaScore – And a Franchise Is Born (Video)". Dicapai pada March 24, 2014.
  14. ^ Trumbore, Dave (December 16, 2013). "Summit Sets Release Dates for Divergent Threequel Allegiant, Plus Gods of Egypt and Step Up All In". Collider.com. Dicapai pada December 17, 2013.
  15. ^ Sims, Andrew (December 16, 2013). "Summit sets March 2016 date for 'Allegiant,' avoids a split (for now)". hypable.com. Dicapai pada January 5, 2014.
  16. ^ "Lionsgate Splitting Third 'Divergent' Book 'Allegiant' into Two Films". Variety.
  17. ^ "'Insurgent' Director Robert Schwentke Returning for 'Allegiant Part 1′ (EXCLUSIVE)". Variety.
  18. ^ Mia Galuppo (September 10, 2015). "Final Two 'Divergent' Films Get New Titles, Logos". The Hollywood Reporter. (Prometheus Global Media). Dicapai pada September 11, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]