Diyu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Diyu (Cina Tradisional: 地獄; Cina Ringkas: 地狱; pinyin: Dìyù; Wade-Giles: Ti-yü; secara harfiah "penjara bumi") merupakan tempat orang mati atau "neraka" dalam mitologi Cina. Ia secara longgarnya berasaskan kepada konsep Naraka (Buddhisme) yang digabungkan dengan kepercayaan hidup sesudah mati Cina tradisional dan berbagai perkembangan popular dan tafsiran semula dua tradisi ini.

Diperintah oleh Raja Neraka Yanluo Wang, Diyu merupakan pagar sesat aras bawah tanah dan bilik di mana jiwa dibawa untuk menebus kesalahan untuk dosa mereka ketika di dunia.

Menggabungkan idea-idea daripada Taoisme dan fahaman Buddha dan agama tradisional rakyat Cina, Diyu ialah sejenis tempat penyeksaan yang bukan saja untuk menghukum tetapi juga untuk membaharui roh supaya bersedia untuk kehidupan mereka yang berikutnya.

Jumlah tepat tahap dalam Neraka Cina - dan dewa bersekutunya - berbeza mengikut tanggapan Buddhisme atau Taoisme. Sesetengah mengatakan tiga hingga empat 'mahkamah', yang lain lebih dari sepuluh. Sepuluh hakim itu dikenali juga sebagai 10 Raja Yama. Setiap mahkamah membereskan aspek berbeza penebusan. Sebagai contoh, tuduhan membunuh dihukum di satu mahkamah, berzina dalam yang lain. Mengikut legenda Cina, terdapat lapan belas tahap dalam neraka. Hukuman juga berbeza-beza mengikut kepercayaan, tetapi kebanyakan legenda menyebut mengenai bilik imaginatif di mana pesalah dipotong separuh, dicantas kepala, dicampakkan ke dalam lubang kotoran atau terpaksa mendaki pokok dihiasi dengan pisau tajam.

Walau bagaimanapun, kebanyakan legenda bersetuju apabila seseorang roh (biasanya disebut sebagai 'hantu') telah menebus perbuatan mereka dan menyesal, dia diberikan Minuman Sifat Pelupa oleh Meng Po dan dihantar kembali ke dunia untuk dilahirkan semula, mungkin sebagai haiwan atau orang miskin atau sakit, untuk hukuman selanjutnya. Satu gambaran Diyu terdapat dalam Rekod Jed atau Yuli.