Djamasp

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Djamasp dari Parsi)

Djamasp (juga ditranskripsikan sebagai Jamasp atau Zamasp) ialah raja Sasan yang memerintah antara 496-498. Baginda dimahkotai selepas penggulingan abangnya, raja Kavadh I, oleh kaum bangsawan.

Tidak banyak diketahui tentang Jasmasp. Namanya muncul hanya berkenaan dengan masa peralihan pemerintahan yang ringkas itu. Keterangan Byzantine tentang peristiwa itu (Joshua si Stilit dan Procopius) menyebut bahawa Kavadh digulingkan kerana tekadnya untuk menyebarkan sebuah "agama" yang baharu yang menganjurkan pengagihan semula harta. Selepas penggulingan dan pemenjaraan Kavadah, Djasmasp dipilih oleh kaum bangsawan untuk mewarisi abangnya.

Sumber Islam yang kemudian seperti Tabari dan Dinawari mengatakan bahawa Djamasp merupakan raja yang berhati baik. Baginda menurunkan cukai agar meringankan beban kewangan petani dan orang miskin. Djamasp juga penganut agama Mazda (Zoroastrianisme) yang warak, dengan pengalihan perhatiannya kepada agama akhirnya mengakibatkan kehilangan takhta dan kebebasannya.

Sumber yang sedia ada juga mengatakan bahawa sebaik sahaja Kavadh pulang dengan seangkatan tentera yang besar yang diberikannya oleh raja Hun putih, Djamasp turun takhta dengan setia dan memulihkan takhta kepada abangnya. Tidak tedapat sebarang sebutan tentang Djamasp selepas pemulihan takta kepada Kavadh dan tidak terdapat sebarang alasan juga untuk menganggap apa-apa selain daripada beliau diperlakukan dengan baik di istana abangnya.

Didahului oleh
Kavadh I
Raja Sasan
496498
Diikuti oleh:
Kavadh I (kemahkotaan kedua)