Dmitri Mendeleev

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dmitri Mendeleev

Dmitri Mendeleev (1839 – 1907), seorang profesor kimia dari Rusia telah mengelaskan unsur supaya menghasilkan satu bentuk Jadual Berkala Unsuryang memuaskan pada tahun 1869.

Jadual Berkala Mendeleev ini menjadi asas kepada bentuk Jadual Berkala sekarang ini.Mendeleev menunjukkan bahawa sifat-sifat unsur berubah secara berkala mengikut jisim atom.

Mendeleev menyusun unsur-unsur mengikut tertib jisim atom menaik seperti yang dilkukan oleh John Newlands, tetapi dengan beberapa perbezaan seperti berikut:

  • Semua unsur dengan sifat-sifat yang sama tergolong dalam lajur(kumpulan) yang sama.
  • Beliau meninggalkan tempat-tempat kosong dalam Jadual Berkala Unsur untuk unsur-unsur yang belum dijumpai pada masa itu.
  • Beliau menggunakan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala untuk meramalkan sifat-sifat bagi unsur-unsur yang beliau temui pada masa itu.Ramalannya disahkan benar apabila unsur-unsur tersebut ditemui beberapa tahun kemudian.Misalnya Mendeleev telah meramalkan unsur yang diberi nama Eka-silikon yang bermaksud selepas Silikon.Menurut ramalannya Eka-silikon mempunyai sifat-sifat yang serupa dengan Silikon.Apabila unsur Germanium dijumpai pada tahun 1886, didapati sifat-sifatnya adalah sama dengan sifat Eka-silikon seperti yang diramalkan oleh Mendeleev sebelum itu.Unsur-unsur lain yang telah diramalkan oleh beliau ialah Galium dan Skandium.

Unsur-unsur yang tidak sesuai diletakkan ke mana-mana kumpulan biasa disusun ke dalam satu blok yang berasingan iaitu ke kumpulan logam peralihan.Contoh unsur-unsur tersebut ialah:

Walaupun unsur-unsur disusun mengikut tertib jisim atom menaik, tetapi beliau menerbalikkan dua pasangan unsur iaitu Nikel(jisim atom 58.7) dengan Kobalt(jisim atom 58.9) dan Iodin(jisim atom 126.9) dengan Telurium(jisim atom 127.6) supaya unsur-unsur tdengan sifat kimia yang sama dapat dikumpulkan dalam kumpulan yang sama.Penyusunan ini dapat disahkan benar apabila unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom dalam Jadual Berkala Moden.