Pergigian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Doktor gigi)
Doktor gigi dan Pembantu Doktor Gigi menjalankan pembedahan ke atas pesakit.

Pergigian ialah "penilaian, diagnosis, pencegahan dan/atau rawatan (bukan pembedahan, pembedahan atau prosedur berkaitan) bagi penyakit dan/atau keadaan kaviti mulut, kawasan rahang dan/atau struktur bersebelahan dan berkaitan serta kesannya terhadap tubuh manusia".[1] Bagi mereka yang melibatkan diri dalam bidang pergigian, mereka dikenali sebagai doktor gigi.

Amalan biasa[sunting | sunting sumber]

Pembedahan[sunting | sunting sumber]

Pergigian melibatkan sebilangan amalan yang berkaitan dengan kaviti mulut. Rawatan yang paling biasa yang melibatkan pembedahan gigi ialah rawatan untuk karies atau pereputan gigi. Gigi yang mereput diisi dengan amalgam gigi, komposit gigi, atau porselin gigi. Pembedahan mulut dan rahang adalah salah satu bentuk pembedahan gigi yang lebih terperinci. Doktor gigi boleh mempreskripsikan perubatan, sinar-x, dan peralatan bagi kegunaan rumah dan pejabat. Kebanyakan penyakit mulut (seperti keratosis odontogenik dwisisi) dan keganjilan (seperti beberapa batang gigi yang tidak tanggal) boleh menandakan penyakit bersistem, saraf ataupun lain-lain penyakit. Kebanyakan pengamal pergigian melakukan pembaikan, pemasangan gigi palsu, terapi endodontik tetap, terapi periodontal tetap dan eksodontia mudah, dan juga pemeriksaan. Kebanyakan pengamal am selesa merawat kes rumit seperti menanam implan dan dan mengekstrak gigi bongsu. Semua doktor gigi harus mencapai beberapa peringkat kemahiran dalam pelbagai bidang untuk lulus dari sekolah pergigian dan memperoleh lesen.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Takrifan Pergigian[pautan mati kekal], oleh laman web Persatuan Pergigian Amerika.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]