Ringgit Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dolar Brunei)
Ringgit Brunei
ريڠڬيت بروني
Fail:BruneiNew1Dollar65.jpg Fail:Brunei 5 dollar 2011 polymer note.jpg
Wang kertas polimer 1 dolar baharu (2011)Wang kertas polimer 5 dolar baharu (2011)
ISO 4217
KodBND
Jenis mata wang
Subunit
 1/100sen
SimbolB$
Wang kertas
 Kerap digunakan$1, $5, $10, $50, $100
 Jarang digunakan$20, $25, $500, $1,000, $10,000
Syiling1, 5, 10, 20, 50 sen
Demografi
Pengguna
 Brunei
 Singapura (di samping dolar Singapura)
Pengeluaran
Autoriti Monetari Brunei Darussalam
 Tapak web
www.ambd.gov.bn
Penilaian
Inflasi
1.33% pada bulan Mei 2015
 SumberThe World Factbook, 2012
Dolar Singapura pada tara
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
50 Sen Brunei
[[|250px|alt=]]
Depan: Potret Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dengan nama baginda terukir. Belakang: Panji-panji Negara Brunei Darussalam, nilai muka dan tahun.
Sejumlah 788,000 keping duit syiling telah ditempa pada tahun 1967.

Ringgit Brunei (juga Dolar Brunei) merupakan mata wang rasmi Negara Brunei Darussalam. Ia dipaut pada dolar Singapura dengan kadar 1:1.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Brunei menggunakan sistem kewangan Singapura dari 1800-an sehingga 1967. Pada 1800-an Dolar Dagang perak Mexico (XMSD - silver Mexico Trade Dollar) digunakan sebagai mata wang tetapi setelah penubuhan daerah perlindungan British (British protectorate), Dolar Penempatan Selat (STSD) menjadi mata wang rasmi negeri-negeri selat. Dolar Selat ini dipautkan pada Paun Britain pada kadar satu dolar STSD bersamaan 28 pence dan dikeluarkan oleh kerajaan Negeri-negeri Selat.

Pada 1862, India mengeluarkan mata wang rasmi penempatan Selat setelah kuasa pemerintahan Negeri-Negeri Selat dipindahkan ke India. Mata wang ini digunakan oleh Negeri-negeri selat (1871 sehingga 1941), kerajaan Sarawak (1863 sehingga 1941), dan Syarikat British Borneo Utara (1967 sehingga 1941).

Jepun menduduki Brunei dari 16 Disember 1941 hingga Jun 1945. Dolar Gumpyo Jepun diperkenalkan oleh kerajaan Jepun dan mempunyai nilai yang sama dengan Dolar Selat. Bank Pembangunan Selatan ditubuhkan pada 20 Februari 1942 dan merupakan bank pusat untuk Brunei, Myanmar, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura. Pada 26 Mac 1943, bank ini dibenarkan untuk mengeluarkan wang kertas Jepun.

Apabila Perang Dunia II tamat dan penempatan Selat dibubarkan (1 April 1946), Dolar Penempatan Selat turut terbubar dan digantikan oleh Dolar Malaya. Dolar Malaya dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata wang Malaya dari 1946 hingga 31 Disember 1951 dan Lembaga Pesuruhjaya Mata wang Malaya - Borneo British dari 1952 hingga 1967. Brunei menubuhkan lembaga mata wang pada 12 Jun 1967 dan mula mengeluarkan mata wangnya sendiri pada 1967. Mata wang Brunei diikat pada Dolar Singapura. Mata wang yang dikeluarkan oleh Lembaga Mata wang Malaya - Borneo British tidak boleh digunakan di Brunei, Malaysia dan Singapura bermula secara efektif pada 16 Januari 1969. Wang kertas dikeluarkan oleh kerajaan Brunei (Governmant of Brunei) dari 1967 hingga 1988, dan kemudiannya dikeluarkan oleh Negara Brunei Darussalem sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun nama lain bagi Dolar Brunei (B$) ialah Ringgit tetapi orang Melayu Brunei tetap memanggilnya sebagai Ringgit Brunei (RB). Dolar Brunei boleh dibahagi kepada 100 sen.

Perjanjian Pertukaran pada 1967 ditandatangani antara Brunei, Malaysia, dan Singapura pada 12 Jun 1967, di mana bank dan pihak berkuasa di ketiga tiga negara ini akan menerima wang kertas dan syiling daripada dua negara yang lain tanpa yuran pertukaran. Walau bagaimanpun, Malaysia menamatkan perjanjian ini dengan Singapura pada 8 Mei 1973. Brunei dan Singapura masih meneruskan perjanjian itu sehingga sekarang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]