Dominic Monaghan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dominic Monaghan
Dominic Monaghan dalam baju suit bergaya.
Kelahiran
Dominic Bernard Patrick Luke Monaghan

(1976-12-18) 18 Disember 1976 (umur 47)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1996–kini
Rakan kongsi domestikEvangeline Lilly (2004–2007)

Dominic Monaghan (lahir 8 Disember 1976 di Berlin) adalah seorang pelakon Inggeris berketurunan Ireland. Beliau menerima perhatian pada kejayaan adaptasi Peter Jackson pada buku J. R. R. Tolkien Lord of the Rings dengan bermain Meriadoc Brandybuck, dan juga wataknya sebagai Charlie Pace dalam rancangan televisyen Lost.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Hidup awal[sunting | sunting sumber]

Monaghan dilahirkan dan dibesarkan di Berlin, Germany. Keluarganya berpindah ke Stockport, England sewaktu umurnya 12 tahun. Tambahnya lagi pada kefasihan Bahasa Jermannya, dia dikenali dengan kebolehannya untuk menyamar orang lain dan dapat juga cara percakapan mereka. Dominic menghadiri Sekolah Menengah St Anne (di mana pak ciknya mengajar dan kemudian menjadi Ketua Guru) dan Aquinas College di mana dia belajar Kesusasteraan Inggeris, Sandiwara dan Geografi. Sewaktu di kolej, dia mendapat watak besar pertamanya dalam siri televisyen BBC, Hetty Wainthropp Investigates, di mana dia bermain teman sampingan Hetty.

Hidup Peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 8 November 2005 gambar tabloid Monaghan dan rakan pelakon sama Evangeline Lilly diterbitkan dalam berbagai majalah dan laman, mengambarkan kedua mereka bercium dengan ghairah. [1] Diarkibkan 2006-03-17 di Wayback Machine Pada 9 Ogos 2006, kedua mereka masih tidak mendakwa sifat perhubungan mereka, dengan Lilly menyatakan, "Ada khabar angin bahawa (yang kita sedang berkeluar)... Dom adalah seorang yang hebat dan saya senang jika ia hanya kekal begitu."[2] Diarkibkan 2006-08-12 di Wayback Machine

Monaghan adalah seorang aktivis alam sekitar, dan telah menjadi aktif dalam penanaman dan pemeliharaan pokok-pokok dan perhutanan. Dia memiliki sebuah kawasan perhutanan kecil di India.

Di lengan kanannya terdapat tatu yang tertulis perkataan pari-pari "sembilan", satu rujukan bagi penglibatannya dalam filem Lord of the Rings. Beberapa pelakon lain juga mempunyai tatu yang agak sama. Pada lengan kirinya tertulis perkataan "Hidup lebih mudah dengan mata anda tertutup".

Monaghan juga menulis Ringers: Lord of the Fans, sebuah dokumentari mengenai peminat Lord of the Rings.

Trivia[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]