Donald Peter Mojuntin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Donald Peter Mojuntin atau Donald Mojuntin merupakan ahli parlimen P174 Penampang, Sabah, Malaysia. Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 atas tiket Barisan Nasional -UPKO.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Donald Peter Mojuntin dilahirkan di St. Joseph Maternitiy Home, Penampang pada 26 Januari 1965. Isterinya Pornnipa Rattanaruangjit yang dikahwininya pada 26 Jun 1989 ketika mereka berdua belajar di London. Isterinya berasal dari Chiengmai, utara Thailand. Isterinya itu telah tinggal di Sabah lebih 14 tahun tetapi masih berstatus PR (kad pengenalan merah) sedangkan mereka telah berkahwin selama 16 tahun.

Beliau meminati sukan badminton, bolasepak dan golf.

Pendidikan dan Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Sacred Heart Primary School, Kota Kinabalu (1971-1976) dan La Salle Secondary School, Kota Kinabalu (1977-1979). Seterusnya belajar peringkat A dan O level di Ratcliffe College, Syston, United Kingdom (1980-1984). Beliau seterusnya melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah di polytechnics of Central London, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian pada tahun 1984. Beliau juga pernah mendapat pengajian di The Council of Legal Education, United Kingdom (1987-1988). Beliau dianugerah Pelajar Cemerlang sebanyak dua kali. Pernah bertugas di firma guaman seperti di Messrs. Richard Malajum, Idang & Rantau (1991-1992), Mojuntin & Doudlim (1992-1993), dan Donald Mojuntin & Seibing Gunting (1994-1995).

Aktiviti sosial[sunting | sunting sumber]

Donald menjadi Pengerusi Pertubuhan Takziah Hugunosukod Penampang (2002) dan ahli seumur hidup Kadazandusun Cultural Association (KDCA) sejak tahun 1988.

Politik[sunting | sunting sumber]

Menjadi Setiausaha Politik kepada YB Menteri Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar Sabah pada tahun 1995, Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sabah (1998-1999) dan Setiusaha Sulit Kanan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (2002-2003). Donald menyertai United Pasokmomugun Kadazan Dusun Murut Organisation (UPKO) Penampang pada tahun 1994. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UPKO dan Pengerusi UPKO Bahagian Kepayan. Pernah menjadi Ketua Pemuda UPKO Penampang, Timbalan Pengerusi 111 UPKO Penampang.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Donald telah bertanding di kerusi Penampang dan berjaya menewaskan percabarnya Bliase Mosidin @ Frederick Fracsis daripada Parti Keadilan Rakyat dan Jomilon Mojuntin @ Conrad Mojuntin daripada DAP serta seorang calon BEBAS, Joseph Suleiman dengan majoriti 3189 undi. Beliau mendapat 16,032 undi pada pilihanraya itu. Selain bertugas sebagai ahli Parlimen Penampang, beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas untuk mengkaji Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Rang Undang-Undang Kanun Tataara Jenayah (Pindaan) 2004.