Donald Trump

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Donald Trump
DonaldTrumpFeb09.jpg
Trump in February 2009
Photo by Michele Sandberg
Lahir: 14 Jun 1946 (68 tahun)
Bandar Raya New York, New York
Pekerjaan: Ketua pegawai eksekutif
Gaji: $32 million (2007)[1]
Nilai bersih: $1.6 billion (2008)[1]
Pasangan: Ivana Trump (1977-1992)
Marla Maples (1993-1999)
Melania Trump (2005-)
Anak-anak: Donald Trump, Jr. (b.1977)
Ivanka Trump (b.1981)
Eric Trump (b.1984)
Tiffany Trump (b.1993)
Barron Trump (b.2006)
Laman sesawang: The Trump Organization

Donald John Trump (lahir 14 Jun 1946) ialah seorang usahawan, sosialit, pengacara televisyen dan pengarang berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Trump Organization, sebuah pertubuhan pemaju hartanah di Amerika Syarikat. Trump juga merupakan pengasas syarikat Trump Entertainment Resorts yanbg mengendali berbilang kasino dan hotel di seluruh dunia. Gaya hidup mewah dan sifat terus terang yang dimiliki oleh Trump menjadikannya seorang selebriti, ditambah lagi dengan kejayaan mengacarakan rancangan televisyen realiti The Apprentice.

Donald adalah yang keempat dari lima anak Fred Trump, seorang pemaju hartanah yang bertapak di Bandar Raya New York. Donald kuat dipengaruhi oleh bapanya untuk mencapai cita-cita menjayakan kerjaya pembangunan hartanah.[2] Selepas tamat pengajian di Maktab Wharton di Universiti Pennsylvania pada tahun 1968, Donald Trump pun menyertai syarikat milik bapanya iaitu The Trump Organization.

Bermula dengan kerja-kerja pengubahsuaian Hotel Commodore menjadi Grand Hyatt bersama keluarga Pritzker, beliau turut mengusahakan Menara Trump di Bandar Raya New York di samping pelbagai projek perumahan. Kemudian, Trump menceburi industri penerbangan (dengan membeli laluan penerbangan Eastern Shuttle),[3] dan perniagaan kasino Atlantic City, termasuklah membeli Taj Mahal Casino yang menghadapi kemuflisan dari keluarga Crosby. Walau bagaimanapun, kegiatan peluasan yang dilakukannya ini, baik secara peribadi mahupun perniagaan, menyebabkan dirinya semakin berhutang keliling pinggang.[4] Pada awal 1990-an beliau berdepan dengan perhatian akhbar yang berlebihan kerana masalah kewangan, jamin keluar oleh pemiutang, hubungan luar nikah bersama Marla Maples, dan penceraian dari isteri pertamanya iaitu Ivana Trump.

Zaman penghujung 1990-an menyaksikan pulihnya kedudukan kewangan dan nama beliau. Pada tahun 2001, beliau menyiapkan bangunan Trump World Tower, sebuah pangsapuri 72 tingkat yang terletak di hadapan Ibu Pejabat Bangsa-bangsa Bersatu.[5] Tambahan pula, beliau memulakan pembinaan Trump Place, sebuah projek pembangunan berbilang bangunan di sepanjang Sungai Hudson. Trump juga memiliki ruang perniagaan di Trump International Hotel and Tower, sebuah menara pelbagai kegunaan 44 tingkat (hotel dan kondominium) di Columbus Circle. Trump kini memiliki beberapa juta kaki persegi hartanah perdana di Manhattan.[6] Beliau kekal sebagai seorang tokoh utama dalam bidang hartanah di Amerika Syarikat di samping bertaraf selebriti kerana kisah-kisahnya sering didedahkan oleh media.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "#368 Donald Trump". Forbes. Diperoleh pada 2008-05-22. 
  2. "Donald(John) Trump biography". biography.com. Diperoleh pada 2008-07-06. 
  3. "The Art of the Greater Fool: How the Shuttle Business Got Grounded". The Washington Post. Diperoleh pada 2008-05-22. 
  4. "Trump Trips Up". Time. 1991-05-06. Diperoleh pada 2008-05-22. 
  5. "Trump World Tower". Emporis. Diperoleh pada 2008-05-22. 
  6. "What is Trump Worth?". Forbes. Diarkibkan daripada asal pada 2012-12-08. Diperoleh pada 2008-07-04. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: