Donat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Donut)
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail
Glazed-Donut.jpg
Donut gelang bersadur gula kastor
Asal
Negara asal Amerika Syarikat
Jenis hidangan Doh goreng

Donut merupakan satu makanan berbentuk bulat yang hasilnya dari doh mahupun satu adunan cair. Kebanyakan donut boleh didapati dalam pelbagai jenis, antara yang biasa dilihat ialah donut seperti gelang atau cincin, dan donut yang berinti yang dimasukkan kastard, krim dan jem, serta lain-lain manisan (dalam bentuk cecair dan krim).

Waktu pemakanan dan penyedian kuih ini sering dilakukan pada waktu pagi hingga ke petang. Pemakanan kuih ini lebih bercirikan snek dan manisan.

Di antara penggunaan bahan asas utama donut adalah ibu roti atau yis. Setiap penggunaan ibu roti sebagai bahan penaik roti, ia dikenali sebagai roti penaik. Manakala roti yang tidak digunakan ibu roti, dikenali roti tanpa penaik.

Donut yang sedang digoreng.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Di Hawaii, donut yang popular ialah Malasada. Dikatakan jenis donut ini adalah berasal dari orang Portugal yang berhijrah ke pulau ini.

Gereja-gereja diselatan Pennsylvania, menjual sejenis donut yang dibuat dari kanji kentang yang digelar Fasnachts yang ada berkaitan dengan keagamaan kristian iaitu hari Fastnacht.

Terdapat cara pemakanan donut dinegara ini yang menggunakan sirap maple semasa musim bunga dibelah kawasan Timur Laut, manakala donut jus epal juga dibuat semasa musim tuaian buah epal.

Bendera Belanda Belanda[sunting | sunting sumber]

Oliebollen merujuk kepada buku masakan ialah Donut Belanda, sejenis cucur yang mengandungi epal atau/dan buah-buahan kering seperti kismis; kebanyakkannya dimakan sebahagian dari perayaan Tahun Baru.

Bendera China China[sunting | sunting sumber]

Masakan cina juga terdapat jenis donut yang digoreng dengan minyak yang banyak, berbentuk panjang, dan ia dinamakan sebagai Youtiou dalam Mandrin. Youtiou tidak diisikan dengan manisan mahupun disaluti manisan atau gula. Sering ia dimakan dengan bubur nasi dikalangan orang-orang cina, cara pemakanannya dengan mencelupkan ia sedikit didalam bubur atau dicarik-carikkan sedikit dan dimasukkan didalam bubur.

Bendera Greece Greece[sunting | sunting sumber]

Di Greece, snek iras donut, dipanggil loukoumas, berbentuk nombor 8 (garing) dan nombor 0 (besar dan lembut).

Bendera India India[sunting | sunting sumber]

Donut dinegara ini merujuk kepada vadai.

 Indonesia[sunting | sunting sumber]

Donut dinegara ini adalah satu jenis donut yang dibuat dari kentang. Ia dibuat dari campuran kentang, tepung dan disaluti dengan gula ising.

Bendera Iran Iran[sunting | sunting sumber]

Orang Parsi menggelarkan ia zooloobiya, cucur yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz, diliputi dengan sirap pekat manis

Bendera Israel Israel[sunting | sunting sumber]

Donut atau sufganiyah (Ibrani:סופגנייה; banyak, sufganiyot: סופגנייות) berbentuk bulat sepert bola. Ia digoreng dulu, dilubangkan dan dimasukkan jem atau kastard, kemudian diliputi dengan gula tepung. Perkataan sufganiyah berasal dari perkataan Greek iaitu sufgan yang membawa maksud "dikembungkan dan digoreng". Sufgnaiyah ini dijadikan makanan rasmi ketika upacara Hanukkah atau juga ditulis Chanukah.

Bendera Itali Itali[sunting | sunting sumber]

Donut Itali dikenali sebagai ciambelle, "krafen" atau "bomboloni".

Bendera Jepun Jepun[sunting | sunting sumber]

Di bahagian Okinawa, penduduk dikawasan ini mempunyai satu masakan iaitu sata andagi, yakni sejenis pastri yang berbentuk sfera.

Bendera Jerman Jerman[sunting | sunting sumber]

Berliner Jerman

Di Jerman, doh yang iras dengan donut dipanggil Berliner, manakala penduduk Berlin menggelarkan ia Pfannkuchen, dan dikawasan tengah Jerman memanggilnya Kreppel, diselatan Jerman pula memanggilnya Krapfen

Bendera Lithuania Lithuania[sunting | sunting sumber]

Dinegara ini, sejenis donut yang dipanggil spurgos amat dikenali oleh penduduknya. Kadang kala, ia hampir sama dengan donut orang Poland.

 Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rupa kuih keria serupa dengan donut yang disaluti gula

Sejarah pemakanan awal donut di Malaysia adalah tidak diketahui. Namun, donut sering dimakan ketika sarapan dan minum petang. Donut yang sering didapati di negara ini tidak begitu padat pada isinya, ruang dohnya selepas digoreng adalah tidak rapat. Di negara ini, donut dimasak secara menggoreng dengan minyak yang banyak dan kemudian disaluti dengan gula kastor, gula halus mahupun gula ising. Donut mudah didapati digerai-gerai jalanan dan warung saja. Donut di negara ini tidak dikomersialkan secara meluas seperti pembukaan syarikat Dunkin' Donuts.

Kuih ini berbeza dengan cucur keria atau kuih gelang dari bahan penyediaan dan penggunaan, walaupun mempunyai persamaan rupa bentuk yang bulat. Cucur keria tidak menggunakan bahan penaik iaitu yis. Bahan utama ialah keledek. Kuih keria atau kuih gelang, sering disalut dengan gula halus atau gula biasa yang dicairkan.

Bendera Sepanyol Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Donut di Sepanyol dikenali sebagai rosco, buñuelo, dona, dan rosquilla. Rosquilla juga merujuk kepada bagel.

Bendera Poland Poland[sunting | sunting sumber]

Inti jem yang terdapat didalam pączki

Bagi di Poland, dan sebahagian kawasan di Amerika Syarikat seperti di Chicago dan Detroit, di mana kawasan ini banyak orang Poland, donut yang bulat, diisikan dengan jem, dimakan dan juga dihidang ketika keraiaan seperti Karnival, dipanggil pączki (disebut pawnch-kee). Sekiranya donut ini banyak, ia digelar pączek. Di Rusia "пончики", ponchiki dan Ukraine "пампушки", pampushky, bentuk adalah sama dengan yang di Poland, tapi tidak berintikan jem. Tetapi, yang terdapat di Romania iaitu gogoşi , adalah sama dengan di Poland.

Nota[sunting | sunting sumber]