Dorayaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dorayaki

Dorayaki (Jepun: どらやき。銅鑼焼き、ドラ焼き) ialah kuih yang berasal dari Jepun. Dorayaki termasuk ke dalam golongan kuih tradisional Jepun(wagashi) yang bentuknya bundar, sedikit tembam, terdiri daripada dua lapis kuih yang dilekatkan dengan mentega kacang merah. Dorayaki memiliki tekstur yang lembut dan menyerupai dengan kuih Jepun yang disebut Kastela kerana adunan yang mengandung madu.

Di Malaysia, makanan ringan ini mulai diperkenalkan di bersama dengan anime Doraemon. Watak robot Doraemon mempunyai kegemaran memakan dorayaki. Dorayaki yang dijual di kedai-kedai Malaysia kebanyakannya sudah disesuaikan dengan selera tempatan seperti dorayaki berisi coklat dan kaya. Dorayaki juga dikenali dengan sebutan Obanyaki.

Di Jepun, Obanyaki lebih dikenali dengan nama Imagawayaki (Jepun: 今川焼き). Walaupun Obanyaki mempunyai bentuk yang hampir sama dengan Dorayaki, kuih Obanyaki lebih tebal dibandingkan dengan Dorayaki. Obanyaki juga biasanya dipanggang di hadapan pembeli sedangkan Dorayaki sudah dipanggang sebelumnya dan dijual dalam bungkusan.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, Dorayaki hanya terdiri daripada satu lapis kuih bundar dengan pinggir yang dilipat sedikit hingga berbentuk segi empat. Di bahagian tengah kuih diberi salutan mentega kacang yang disebut azuki.

Pada tahun 1914, Dorayaki yang terdiri dari dua lapis diperkenalkan oleh perusahaan Usagiya dengan menggunakan adunan yang mirip adunan Kastela. Dorayaki yang terdiri daripada dua lapis kuih dan berbentuk bundar kemudian menjadi popular di seluruh Jepun.

Menurut cerita yang dipercayai, kuih ini dinamakan Dorayaki kerana bentuknya yang menyerupai gong (bahasa Jepun: dora). Menurut cerita lain, pendekar bernama Saito Musashibo Benkeiialah pencipta Dorayaki. Benkei menderita luka dan harus dirawat di rumah penduduk. Setelah sembuh, Benkei memanggang adunan dari campuran air dan tepung gandum di atas gong. Hasilnya berupa kuih bundar berisi mentega kacang dan kemudian diberikan kepada orang yang merawatnya sebagai ucapan terima kasih. Masih ada beberapa cerita lain tentang asal-usul Dorayaki sehingga sukar dipastikan yang mana paling benar.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]