Douglas DC-2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Douglas DC-2
Douglas DC-2.jpg
DC-2 PH-AJU came second in the MacRobertson Air Race
Peranan Passenger & military transport
Pengeluar Douglas Aircraft Company, Fokker
Penerbangan pertama May 11, 1934
Diperkenalkan May 18, 1934
Syarikat penerbangan utama United States
Australia
Germany
United Kingdom
Jumlah dibina 156
Dibangunkan dari Douglas DC-1
Variasi Douglas DC-3

Douglas DC-2 adalah pesawat berkipas yang dibina oleh Douglas Aircraft Company pada 1930-an. Pesaing utamanya ketika itu ialah Boeing 247. Pada tahun 1936 pula, Douglas melancarkan model baru diberi nama DC-3 yang menjadi sebuah pesawat penumpang antara yang paling berjaya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal 1930-an, kebanyakkan orang takutkan perjalanan udara kerana kecelakaan sebuah pesawat Fokker yang dibina dengan kayu. Kesannya, industri aviasi Amerika menggunakan logam sebagai struktur utama pesawat. United Airlines ketika itu merupakan monopoli Boeing 247 dan pesaingnya Transcontinental and Western Air mengkehendaki sebuah pesawat binaan logam sepenuhnya.

Sebagai respon, Douglas Aircraft Company mereka DC-1. Prototaipnya mempunyai sayap menirus yang tahan lasak, berkaki lipat dan dikuasai 2 enjin Wright Radial. Ia memuatkan 12 orang penumpang.

TWA menerima rekaan asasnya tetapi membuat tempahan sebanyak 20 buah DC-2 yang dijana lebih kuasa dan memuatkan 14 orang penumpang. Rekaan ini dikagumi penerbangan Amerika dan Eropah dan hasilnya, beberapa tempahan menyusuli. Pembinaan pesawat ini bagi tempahan pelanggan Eropahnya seperti KLM, LOT, Swissair, CLS dan LAPE dibuat oleh Fokker.

Walaupun kejayaannya seringkali didahului oleh DC-3, DC-2lah yang membuktikan bahawa perjalanan udara selamat, selesa dan efisien. Sebagai penghargaan, KLM menerbangkan DC-2 pertama mereka (PH-AJU) yang diberi nama Uiver dari London ke Melbourne pada Oktober 1934. Perjalanan ini mengambil masa 90 jam 13 minit.

Sebanyak 156 DC-2 dibina oleh Douglas.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Sesetengah DC-2 diubah suai untuk memenuhi keperluan ketenteraan seperti:

  • 1 C-32 : Menerbangkan pos perintah
  • 18 C-33 : Pengangkutan kargo dengan pintu kargo dibelakang fiuslajnya
  • 2 C-34 : Pengangkutan orang-orang terpenting
  • 1 C-38 : Ubah suai dari C-33 dan dilenkapi dengan sayap berbentuk seperti DC-3, Dijana oleh 2 Wright R-1820-45
  • 35 C-39 : Sebuah cantuman komponen DC-2 & DC-3, berenjin Wright R-1820-55 dengan kuasa 975 hp (727 kW) setiap satu
  • 1 C-41 : Pengangkutan orang-orang terpenting, dijana Pratt & Whitney R-1830-21 berkuasa 1200 hp (895 kW) setiap satu
  • 1 C-42 : Pengangkutan orang-orang terpenting, enjinnya Wright R-1820-53 berjana 1200 hp (895 kW) setiap satu
  • 24 C-32A: Pesawat komersil DC-2 digunakan ketika perang dunia kedua
Kandungan berkaitan
Perkembangan Terkini

Douglas DC-3 - B-18 Bolo

Pesawat udara setara

Boeing 247

Siri Diberi

DC-1 - DC-2 - DC-3 - DC-4 - DC-5 - DC-6 - DC-7 - DC-8 - DC-9 - DC-10 - MD-11 - MD-12

Daftar Berkaitan

Daftar syarikat penerbangan - Daftar pesawat awam

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Douglas aircraft