Dr. Slump

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dr. Slump
DrSlump.jpg
Manga Dr.Slump
Dr.スランプ
(Dr. Slump)
Genre Komedi, Fiksyen Sains
Manga
Pengarang Akira Toriyama
Penerbit JepunShueisha
Amerika Syarikat Viz Media
Perancis Glenat
Sepanyol Planeta DeAgostini Comics
Jerman Carlsen Comics
Poland Japonica Polonica Fantastica
BrazilConrad Editora
Malaysia Comics House
Anime
Siri 1
Pengarah Minoru Okazaki, Shigeyasu Yamauchi
Studio Toei Animation
Penyiaran Asal Jepun Fuji TV
Perancis TF1
Malaysia RTM 2, Astro Ceria
Dikeluarkan pada 8 April 198119 Februari 1986
Episod 243
Portal Anime dan Manga

Dr. Slump (Bahasa Jepun: Dr. スランプ Dr. Suranpu) merupakan salah satu manga yang terkenal karya Akira Toriyama. Isu pertama diterbitkan pada 1980 dalam antologi komik Shueisha iaitu Mingguan Shonen Jump, dan isu-isu selepas itu telah menaikkan nama Toriyama dalam kerjaya manga,

Manga tersebut tamat pada 1984 dan kemudiannya dijadikan 18 jilid tankōbon. Dr. Slump merupakan manga jenaka, dan hampir serupa dengan manga terkenal Toriyama, Dragon Ball Z.

Manga Dr. Slump dijadikan dua anime berlainan. Yang pertamanya, Dr. Slump & Arale-chan (Bahasa Jepunnya: Dr.スランプ アラレちゃん) ditayangkan dari 1981 hingga 1986 dan merangkumi 243 episod. Anime kedua ditayangkan dari 1997 hingga 1999 dan hanya mempunyai 74 episod. Sebagai tambahan kepada siri, 10 filem animasi diadakan.

Dr. Slump mengandungi kata-kata dan perlakuan tidak senonoh, dan ajukan budaya Jepun dan Amerika. Sebagai contoh, watak "Suppaman" yang pendek dan gemuk bertukar kepada gaya Superman dengan hanya memakan asam ("suppai") umeboshi. Tidak seperti Superman, Suppaman tidak boleh terbang, malah berpura-pura terbang dengan menelentang di atas papan luncur dan bergerak dijalan-jalan.

Dr. Slump berlatarkan Kampung Penguin (ペンギン村 Pengin Mura), sebuah tempat yang manusia hidup bersama haiwan jadian serta antropomorfik serta lain-lain objek ganjil. Di kampung ini, tinggalnya Senbe Norimaki (則巻千兵衛 Norimaki Senbe), seorang pereka cipta (namanya diambil dari Senbe iaitu biskut nasi). Nama gelarannya ialah "Dr. Slump." Dalam jilid yang pertama, dia mencipta sebuah robot perempuan yang dia namakan Arale Norimaki (則巻アラレ Norimaki Arare, juga dari nama arare, sejenis biskut nasi), dalam babak yang menjenakakan klasik kanak-kanak Itali Pinocchio (catatan: "Arale" merupakan ejaan peromanan Toriyama yang pertama untuk nama Arale). Oleh kerana Senbe merupaka pencipta yang cuai, robot tersebut memerlukan cermin mata. Arale sangat tak matang hinggakan boleh membawa seekor beruang ke rumah yang disalah sangkakan sebagai binatang peliharaan. Tetapi, dia turut memiliki kekuatan super. Secara umumnya, manga ini berkisar tentang kurang faham Arale akan kehidupan manusia dan ciptaan, cabaran dan percintaan Senbe.

Watak[sunting | sunting sumber]

Keluarga Norimaki[sunting | sunting sumber]

  • Senbe Norimaki (則巻千兵衛 Norimaki Senbei, "Biskut nasi berbungkus rumpai laut "), si dungu Kampung Penguin, pereka cipta pintar tetapi berkelakuan gasang, dia juga bleh menjelma menjadi lebih kacak dan lebih tinggi dalam versinya (hanya untuk tempoh tiga minit – ajukan Ultraman.)
  • Arale Norimaki (則巻アラレ Norimaki Arare; "Biskut nasi mini berbungkus rumpai laut"), "adik perempuan" Senbe yang rabun ini sebenarnya adalah robot ciptaan Senbe. Arale sangat naïf tetapi sangat kuat dengan teknik seperti Chikyuwari (地球割り, Teknik Memecah Bumi) dan Nchaho (んちゃ砲, Meriam Ncha / Meriam Salam)
  • Gajira "Gatsu" Norimaki (則巻ガジラ Norimaki Gajira) / Gadzilla "Gatsu" Norimaki, makhluk yang seperti kanak-kanak comel dengan rambut hijau dan bersayap, yang mengikuti Senbe kembali dari masa silam; yang kemudian melahirkan kembarnya sendiri. Gatsu boleh makan hampir semuanya, selain getah, dan amat suka makan logam. dia turut mampu menembak sinaran dari sesungutnya. Gatsu hanya berkata dalam bahasanya yang berbunyi seperti "pupipopipi" yang hanya Arale dan Turbo yang mampu memahaminya. Kemudian, diketahui yang Gatsu dihantar oleh Dewa untuk menghalang sebarang ketamadunan manusia di atas bumi setelah melihat ketamadunan planet lain hancur akibat ketamadunan. Dewa tersebut menghantarkan Gatsu dalam bentuk telur ke bumi untuk "membiak" dan kemampuannya untuk memakan logam adalah memastikam manusia sentiasa primitive dan kuno. Setelah melihatkan Gatsu gagal dalam misinya (disebabkan Gatsu dibawa Senbe ke masa akan datang), Dewa itu ingin memusnahkan manusia. Oleh kerana selepas melihat keharmonian dan keamanaan kampung Penguin, Dewa tersebut mengubah fikiran dan meninggalkan bumi begitu sahaja. Nama sebenar Gatsu adalah campuran nama Gamera dan Gojira, yang dikenali sebagai Godzilla; iaitu Gajira yang jika diikutkan melalui romannya adalah "Gadzilla".
  • Turbo Norimaki (則巻ターボ Norimaki Tābo) (Turbo berbungkus rumpai laut, "Turbo" adalah nama anjing Toriyama ketika itu), merupakan anak pertama Senbe dan Midori, yang hampir terbunuh akibat terlanggar dengan kapal angkasa makhluk asing yang kemudiannya dipulihkan mereka. Oleh kerana mereka tidak mempunyai maklumat tentang manusia, mereka turut memberikan Turbo kuasa khas yang membuatnya mampu bercakap dalam usia bayi, terbang, dan telekinesis (menggerakkan objek dari jauh). Kepintarannya juga jauh mengatasi kepintaran bapanya.
  • Midori Yamabuki (山吹みどり "Jingga-kuning Hijau" Yamabuki Midori), guru sekolah menengah rendah ini pernah menjadi guru Arale. Beliau amat cantik dan menjadi idaman Senbe yang kemudiannya menjadi isterinya. Beberapa tahun setelah mempunyai anak, Midori menjadi guru tadika pula.
  • Obotchaman (オボッチャマン Budak baik yang membesar dengan persekitaran yang baik+Man), robot yang dicipta oleh Dr. Mashirit dengan menggunakan pelan yang sama dengan Arale, tetapi lelaki. Beliau sangat sopan dan baik yang kemudiannya jatuh hati dengan Arale.

Keluarga Kimidori[sunting | sunting sumber]

  • Akane Kimidori (木緑あかね Kimidori Akane "Kuning-hijau Merah"), kawan baik Arale yang nakal (atau jahat). Beliau sangat ganas dan tidak pandai bersopan.
  • Aoi Kimidori (木緑葵 Kimidori Aoi "Kuning-hijuan Biru"), kakak Akane yang bekerja di kedai kopi.
  • Kon Kimidori (木緑紺 Kimidori Kon "Kuning-hijau Biru laut"), bapa Akane dan Aoi.
  • Murasaki Kimidori (木緑紫Kimidori Murasaki "Kuning-hijau Ungu"), ibu Akane dan Aoi yang sering menggedikkan punggungnya dan mengurat.

Keluarga Soramame[sunting | sunting sumber]

  • Taro Soramame (空豆タロウ Soramame Tarō), kawan lelaki Arale yang nakal (atau jahat) sajak sekolah lagi dan seuka berlagak hebat.
  • Piske Soramame (空豆ピースケ Soramame Piisuke, Kacang Pea+penamat nama bagi lelaki, "Peasuke" dalam terjemahan Inggeris), adik lelaki Taro yang kelihatan seperti kanak-kanak dan sering memakai topi haiwan.
  • Clincinton Soramame (空豆クリキントン Soramame Kurikinton), ketua keluarga Soramame yang bekerja sebagai tukang gunting rambut. Beliau merupakan bekas polis. Dia kelihatan seakan-akan Clint Eastwood.
  • Mame Soramame (空豆まめ Soramame Mame Kacang besar), ibu Taro dan Piske, yang juga suka memakai topi haiwan.

Keluarga Tsun[sunting | sunting sumber]

Keluarga Cina yang mahir dalam Seni Mempertahankan diri yang kapal angkasa mereka terhempas di Kampung Penguin.

  • Tsururin Tsun (摘鶴燐 Tsun Tsururin), anak perempuan. Mempunyai kuasa telekinetic dan mampu terapung. Dia kemudiannya mula bertemu janji dengan Taro.
  • Tsukutsun Tsun (摘突詰 Tsun Tsukutsun), anak lelaki. Sering kelihatan lebih kuat dari Arale. Dia disumpah yang akan bertukar menjadi harimau sekiranya menyentuh perempuan dan hanya akan bertukar kembali apabila menyentuh lelaki. Dia kemudiannya bertemu janji dengan Akane (yang kemudiannya ditimpa musibah).
  • Tsuruten Tsun (摘鶴天 Tsun Tsuruten), bapa. Membina kapal angkasa yang kemudiannya terhempas di Kampung Penguin. Dia juga seperti Senbe, pencipta yang gatal dan mereka berdua menjdai sahabat baik.
  • Tsuntsunodanoteiyuugou Tsun (摘詰角田野廷遊豪 Tsun Tsuntsunodanoteiyuugou), ibu yang tegas.

Pasukan Polis Kampung Penguin[sunting | sunting sumber]

  • Pagos (パゴス), peronda yang tinggi yang sering bergandingan dengan Gara yang kereta mereka sentiasa dilangar Arale secara kebetulan.
  • Gara (ガラ), peronda yang pendek.
  • Gyaosu (ギャオス), ketua polis.
  • Polly Bakettsu (ポリー・バケッツ), polis wanita yang gilakan senjata.
  • Chami Yamada (チャーミー山田), polis yang sangat berdedikasi yang menyertai kumpulan tersebut pada penghujung siri.

Watak lain[sunting | sunting sumber]

  • Dr. Mashirit (マシリト Mashirito, nama yang diambil dari nama penyunting Toriyama yang tegas ketika itu, Kazuhiko Torishima, diterbalikkan), musuh saintis utama Senbe yang dilukis betul-betul berdasarkan muka bos Toriyama.
  • Suppaman (スッパマン Masam+Man, bunyi seperti Superman), kononnya wira penyelamat dunia yang datang dari planet yang jauh yang tidak mempunyai kuasa dan tidak bersemangat untuk menegakkan keadilan apabila berhadapan dengan masalah sebenar; sering melunjur di atas papan luncur, membaling batu, menukar pakaian di dalam pondok telefon, memakan asam umeboshi untuk berubah. Suppaman bekerja sebagai wartawan televisyen apabila sebagai Kenta Kuraaku (暗悪健太 Kuraaku Kenta, Si Bulat yang jahat) perhatikan yang Kuraaku Kenta berbunyi seperti Clark Kent.
  • Raja Nikochan (ニコチャン大王 Nikochan Daiou), raja planet asing. Kaumnya mempunyai punggung di atas kepala dan hidungnya seperti sesungut. Dia berniat untuk menghancurkan/menakluk bumi tetapi kapalnya telah hancur (malah, dia adalah si bodoh yang pemarah).
  • Pembantu Nikochan (ニコチャン家来 Nikochan Kerai), pembantu Raja Nikochan yang memakai cermin mata. Dia sering bersama dengan rajanya dan lebih bijak daripada rajanya.
  • Parzan (パーザン, Pazan, Yang kalah+Zan (seperti Tarzan)), kononnya Tarzan yang muka kelihata seperti Suppaman
  • Bubibinman (ブビビンマン Bunyi lalat berdengung+Man), kononnya wira yang datang dari planet Suppaman, yang datang ke Bumi selepas Suppaman (yang dianggap lemah) menjadi wira di sini, mampu menggunakan kuasa terbang dan kekuatan tetappi malangnya cenderung bersikap seperti lalat (seperti pemakanan).
  • Kinoko Sarada (皿田きのこ Sarada Kinoko Salad Cendawan), kanak-kanak yang tinggal di Kampung Penguin dan menghabiskan masanya mengayuh basikal dan menggelakkan orang lain yang fesyen seperti orang kampung.
  • Daigorou Kurigashira (栗頭大五郎 Kurigashira Daigorou kepala kacang berangan Daigorou), guru Arale di sekolah menengah tinggi. Kepalanya sangat besar dan berbentuk biji berangan (kuri dalam namanya bermaksud biji berangan).
  • Donbe (ドンベ), musang yang mampu mengubah bentuk dan menakutkan orang ramai.
  • Hiyoko (ヒヨコ), teman wanita Piske yang diselamatkan dari kumbang selepas ditembak pistol pengecil Senbe.
  • Unchi Kun (うんち君 Encik Tahi), satu daripada tahi yang berlingkar yang sering muncul, mempunyai kaki untuk bergerak
  • Toriyama (トリヤマ), pencipta siri yang sering muncul dalam cerita, kadang kala dalam bentuk burung (tori bermaksud bird), robot, atau orang yang memakai topeng pembedahan.
  • Matsuyama (松山), pembantu kedua Toriyama selepas Hisuwashi berpindah.

Trivia[sunting | sunting sumber]

Selepas manga asal tamat, watak Dr. Slump kembali untuk kemunculan dalam manga (dan anime) Dragon Ball yang juga oleh Akira Toriyama. Arale dan Son Goku bekerjasama untuk mengalahkan Jeneral Blue. Arale juga membuat kemunculan kecil dalam filem ketiga Dragon Ball, Makafushigi Dai-Bōken. Oleh kerana kemunculan dan persamaan lain, banyak peminat menganggap yang kedua-dua siri berlaku dalam ruang masa yang sama.

Kemunculan dalam manga kelihatan berbeza dengan cara pelukis melukis ketika itu yang membuatkan watak kelihatan lebih membulat. Watak-watak tersebut muncul semuala dalam satu cerita pendek yang dipanggil "Chotto Kaettekita Dr. Slump" ("Dr. Slump Kembali Untuk Sementara").

Beberapa perkataan dijadikan tanda seperti:

  • "Hoyoyo" (perkataan yang digunakan Arale ketika keliru ataupun sedang teruja)
  • "Kiiiiiin" (bunyian seperti enjin kapal terbang)

Pernyataan tersebut menjadi terkenal dalam budaya Jepun kemudiannya. Malahan, cermin mata Arale memberikan ilham untuk frasa Jepun bagi "arare megane" (cermin mata Arale).

Dalam manga, Toriyama sendiri muncul sebagai burung ("tori" dalam namanya bermaksud "burung", yang kemudiannya menjadi nama studio produksinya iaitu Bird Studio), walaupun Toriyama asalnya melukiskan Senbe berdasarkan dirinya. Dia kemudian muncul dengan rupa robot dengan google gelap, dan orang dengan cermin mata dan memakai topeng pembedahan (sebagai menunjukkan yang dia bukannya sesiapa). Malahan, watak manusia sebenar turut dimasukkan seperti bos Toriyama (Torishima yang kemudiannya menjadi ilham kepada penghasilan watak Dr. Mashirit ), pembantu-pembantunya, isteri dan kawannya (seperti Masakazu Katsura).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]