Kepompong (drama lipur lara)

Laman dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Drama lipur lara Kepompong)

Kepompong
FormatDrama komedi remaja
Ditulis olehMia Amalia
Alim Sudio
Rachmat HC
Amalia Liot
Poppy Oktavianti
PengarahSuroso Mys
Cheppy Gober
Dibintangi oleh
Aryani Fitriana
Derby Romero
Dinda Kirana
Tania Putri
Mikha Tambayong
Frengky Wijaya
Lagu pembukaanKepompong, Sind3ntosca, Cintailah Diriku, Derby Romero
Lagu penutupGelora Asmara, Tuhan Tolong, Derby Romero, Cinta Pertama, Mikha Tambayong
Negara asal Indonesia
BahasaBahasa Indonesia
Bilangan episod293 episod
Penerbitan
PenerbitHugo Lekahena
LokasiJakarta
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Frame Ritz
Syarikat pengedaran
Surya Citra Media
Penyiaran
Saluran asalSCTV
Siaran asal17 November 20089 November 2009

Kepompong ialah sebuah drama lipur lara remaja yang ditayangkan di Surya Citra Televisi Indonesia (SCTV) dan diterbitkan oleh Frame Ritz. Drama ini mengisahkan kehidupan 5 orang sahabat dengan pelbagai masalah, bermula daripada persahabatan, cinta, pembangunan diri dan sebagainya. Drama ini mempunyai susulan (musim 2), yang berjudul Ulat Kepompong

Sinopsis

Drama lipur lara Kepompong ini menceritakan lima orang sahabat yang berjiran di mana mereka tinggal dalam satu perumahan. Ibu mereka bersahabat, hamil, dan lahir bersama dalam satu hospital, dan kemudian mereka membesar dan bermain bersama.

Lima orang sahabat ini mempunyai geng yang bernama de'Rainbow. Indra ialah satu-satunya lelaki yang menjadi anggota de'Rainbow dan dia juga satu-satunya anggota kumpulan tersebut yang bersekolah di tempat berbeza dan boleh memasak. Chacha merupakan gadis cantik dan bergaya yang menjadi ketua geng de'Rainbow. Berlainan dengan Beby, gadis yang banyak keletah ini seorang yang suka berfesyen. Tasya, ialah gadis bersifat keperempuanan yang hidup sederhana. Helen gadis pintar yang suka membaca pelbagai jenis buku dan sering mengambil semua keputusan dan jawapan daripada buku yang dibaca.

Geng de'Rainbow, menjadi geng paling terkenal di sekolah mereka. Kepopularan mereka membuat Claudya dan satu-satunya kawan rapatnya, Amanda cemburu akan kumpulan tersebut sehinggakan Claudya bercita-cita untuk membubarkan de'Rainbow kerana kepopularan kumpulan tersebut semakin tinggi. Salah satu perkara yang dilakukannya ialah membentuk geng baharu dengan nama de'rainbow juga, yang terdiri daripada Amanda, Beverly, Brenda dan Oyon, kerana Claudya beranggapan kepergian Helen untuk ke sekolah di luar negara dan gagalnya menjadikan Kania sebagai anggota de'Rainbow yang baru membuat geng de'Rainbow bubar. Geng de'Rainbow yang 'asli' dengan yang 'palsu' ini menyatakan ingin bersaing dalam segala hal untuk membuktikan mana yang asli.

Indra mempunyai sebuah kafe, di mana de'Rainbow bekerja di situ. Ibu mereka juga berkawan rapat dan sering keluar bersama. Kisah percintaan juga turut mewarnai drama Kepompong ini. Chacha yang sempat menyukai Indra, akhirnya jatuh cinta dan menjalinkan hubungan dengan Monky yang merupakan seorang mahasiswa. Helen si ulat buku akhirnya jatuh hati kepada Oyon yang bersikap tidak masuk akal dan juga seorang anak pemilik syarikat bunga api, meski Helen memutuskan akan menjalinkan perhubungan setelah menghabiskan persekolahan menengah atasnya. Tasya yang awalnya berpacaran dengan Virgo, akhirnya jatuh cinta dan berpacaran kepada Indra. Beby yang mudah suka dengan lelaki (termasuk Indra dan Oyon) pula akhirnya menemukan si "putera idamannya" iaitu Virgo yang merupakan lelaki hebat dan ketua majlis pelajar SMU Bintang.

Pelakon

Pelakon Watak
Aryani Fitriana Chacha
Mikha Tambayong Tasya
Dinda Kirana Beby
Derby Romero Indra
Tania Putri Helen
Rendy Samuel Oyon
Adipati Koesmadji Virgo
Detri Warmanto Monky
Sonia Eryka Issabella Moe Claudia
Rani Agustina Amanda
Cut Ratu Meyriska Beverly
Sabrina Chairunisa Brenda
Mona Moss Virka
Immanuel Kenneth Santana Rama
Elscant Wifesa Daniel
Christie Julia Ines
Frengky Wijaya Ojak

Lagu latar

Lagu-lagu yang menjadi runut lagu drama lipur lara ini ialah lagu yang dilancarkan oleh Sind3ntosca yang berjudul sama, "Kepompong". Lagu ini sebelumnya sudah terkenal terlebih dahulu. Lagu lain yang menjadi runut lagu drama ini ialah lagu "Gelora Asmara", "Tuhan Tolong", dan "Cintailah Diriku" yang dinyanyikan oleh Derby Romero, serta "Cinta Pertama" yang dinyanyikan oleh Mikha Tambayong, yang mana kedua-duanya merupakan para pelakon drama itu sendiri.

Idea awal drama ini sudah digarap sejak Oktober 2007, namun diterima pada 2008 oleh sebuah stasen televisyen untuk dijadikan drama bersiri. Tajuk awal drama ini ialah D'Rainbow. Walau bagaimanapun stesen TV tersebut memilih lagu "Kepompong" sebagai runut lagu (kerana seni katanya yang sama iaitu tentang persahabatan) dan akhirnya mengusulkan supaya tajuk drama ini diganti kepada Kepompong.

Siaran semula

Oleh sebab begitu banyak permintaan di rangkaian sosial Facebook dan Twitter, SCTV menyiarkan ulangan drama ini pada 13 Ogos 2012, setiap hari pukul 16:30 WIB.

Pautan luar