Drauf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Drauf ialah ketinggian garisan air dari dasar badan kapal. Ia menentukan kedalaman air yang minimum untuk pelayaran yang selamat bagi sesebuah kapal. Drauf juga digunakan untuk menentukan berat kargo di atas kapal dengan menghitung jumlah sesaran air menggunakan prinsip Archimedes. Terdapat jadual khas yang menunjukkan nilai sesaran bagi setiap drauf. Dalam pengiraan ini, ketumpatan air (air laut atau air tawar) dan kandungan bahan api kapal perlu juga diambil kira.

Jenis drauf[sunting | sunting sumber]

Tanda drauf pada haluan kapal
Skala haluan metrik
Sistem Inggeris dalam penomboran Roman pada skala haluan. Notasi dalam Bahasa Sepanyol pulgada=inci, pies = kaki
Gambaran grafik dimensi-dimensi kapal.
  • Drauf belakang (buritan) dihitung pada serenjang buritan.
  • Drauf hadapan (haluan) dihitung pada serenjang haluan.
  • Drauf pengimbang diperolehi selepas mengira purata drauf buritan dan haluan, dengan membuat pembetulan untuk variasi paras air dan nilai posisi F berkenaan dengan purata serenjang.


Drauf sesebuah kapal boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, tanpa mengira naik dan turun nilain sesaran.

  • Variasi drauf oleh sengetan (list)
  • Variasi drauf oleh perubahan paras air.
  • Izin variasi drauf air tawar oleh laluan dari air tawar ke air laut atau sebaliknya.
  • Variasi peningkatan suhu ketika pengemudian di perairan cetek.

Skala drauf[sunting | sunting sumber]

Drauf dikira dari haluan ke buritan, dan untuk sesetengah kapal, purata pengiraan serenjang juga digunakan. Skala ini lazimnya menggunakan sistem tradisional Inggeris iaitu sistem metrik. Dalam skema penandaan metrik, setiap tanda drauf berketinggian satu desimeter.

Implikasi drauf[sunting | sunting sumber]

Kapal besar[sunting | sunting sumber]

Kapal besar akan cuba mengekalkan purata drauf air apabila membawa muatan ringan (atau tiada muatan), bagi menempuh laut dengan baik dan mengurangkan kesan kuasa angin. Untuk mencapainya, pengimbang akan digunakan untuk menstabilkan kapal.

Drauf air untuk kapal besar tidak membawa kesan yang besar kepada kestabilan, kerana kestabilan kapal bergantung sepenuhnya kepada posisi metapusat badan kapal dan pusat graviti. Bagaimanapun, kapal yang kurang muatan berkemungkinan besar akan mempunyai kurang kestabilan dan akan beroleng dengan lebih kerap. Kapal dengan muatan penuh (dengan drauf yang besar) boleh mencapai kestabilan yang baik atau sebaliknya, bergantung kepada susun atur muatan.

Drauf sesebuah kapal boleh bertambah ketika dalam pergerakan hadapan, satu fenomena yang dikenali sebagai squat; istilah nautika untuk pergerakan buritan ke bawah apabila kuasa tujah ked depan ditingkatkan

Bot kecil[sunting | sunting sumber]

Drauf yang kecil membolehkan bot kecil melalui laluan cetek. Ini membolehkannya sampai ke pelabuhan kecil, melalui sungai dan mendarat di tebing.

Drauf yang besar memastikan paras kestabilan yang baik ketika angin kencang, kerana pusat graviti yang rendah (pengimbangan pada bahagian lunas bot).

Bot seperti katamaran mengatasi masalah kestabilan dalam drauf yang rendah, tetapi bot sebegini mempunyai kelebaran yang lebih besar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Hayler, William B. (2003). American Merchant Seaman's Manual. Cornell Maritime Pr. ISBN 0-87033-549-9. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Turpin, Edward A. (1980). Merchant Marine Officers' Handbook (ed. 4th). Centreville, MD: Cornell Maritime Press. ISBN 0-87038-056-X Check |isbn= value: checksum (bantuan). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)