Dua qullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dua qullah, atau dalam bahasa Arab قلتان qullatān, adalah satu sukatan minimum yang mana air kekal menjadi air mutlak, mengikut fahaman mazhab Syafi'i. Oleh kerana air boleh berubah rupa, bau ataupun rasa setelah digunakan, air mutlak boleh berubah menjadi air musta'mal. Sekiranya bekas air itu melebihi dua kolah dan najis jatuh masuk kea dalamnya, sifat air tersebut tidak berubah dan masih kekal sebagai air mutlak dan tidak ada najis di dalamnya) sekiranya tidak berubah warna, rasa ataupun baunya.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Istilah dan signifikan istilah “dua qullah” ini berasal daripada hadis Rasullulah s.a.w dalam menerangkan kesucian air. Dari Abdullah bin Umar r.a dia berkata : Telah bersabda Rasullulah s.a.w. , apabila air itu ada dua kolah maka tidak akan mengandungi najis . Ibnu Khuzaemah, Al-Hakim dan Ibnu HIbban mensahihkan hadis ini. Di dalam satu lafaz lain dikatakan "Tidak membawa najis".

Tuntutan air melebihi dua kolah hanya diwajibkan dalam mazhab Syafi'i apabila air tersebut telah bercampur dengan sesuatu benda najis sehingga bertukar sifatnya dari 3 sudut, sama ada rasa atau bau atau warna. Apabila satu dari sifat ini telah berubah maka untuk menggunakan air tersebut kuantitinya wajib melebihi 2 kolah. (Mazhab Maliki berpegang bahawa air masih mutlak sekiranya tiga sifat air itu tidak berubah (bau, rasa dan warna) walaupun jumlahnya sedikit.

Qullah dalah satu jenis bekas yang digunakan oleh orang-orang Arab di masa lampau untuk mengisi, membawa dan menyimpan air. Dua abad selepas kewafatan Rasullulah s.a.w., para ulama fikah di Baghdad dan di Mesir sudah tidak lagi menggunakan ukuran qullah. Mereka menggunakan ukuran rithl Baghdad. Tetapi ukuran rithl ini jug tidak menjadi standard kelamaannya, rithl Baghdad dan rithl Mesir tidak lagi sama. Sukatan rithl ni sudah lama ditinggalkan.

Dalam banyak kitab fikah disebutkan bahawa ukuran isi padu dua qullah itu adalah 500 rithl Baghdad. Dua kolah berdasarkan sukatan lama Iraq iaitu 500 rithl. Satu rithl bersamaan dengan 375 ml. (Ulama bercanggah pendapat dengan jumlah rithl dalam dua kolah, ada yang mengatakan 400 rithl dan ada yang menyatakan sampai 1000 rithl. Orang Mesir mengukur 2 qullah dengan ukuran rithl mereka dan jumlahnya hanya 446 3/7 Rithl).

Jumlah sukatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pendapat yang berbeza di kalangan ulama mengenai jumlah air dua qullah ini.

Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu menyatakan jumlah ini sebagai 270 liter. Jadi bila air dalam jumlahnya kurang dari 270 liter digunakan untuk berwuduk, mandi atau bercampur dengan air yang sudah digunakan untuk berwuduk`, maka air itu dianggap sudah mustakmal. Walaupun air itu suci, air itu tidak lagi boleh digunakan untuk menyucikan. Majlis Agama Islam Singapura juga mentakrifkan dua kolah sebagai 270 liter [1]

Ada pendapat menyatakan jumlah dua qullah ini adalah sebanyak 216 liter. (Hafiz Firdaus Abdullah) [2]

Mengikut Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, dari Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ukuran dua kolah adalah isi padu air kira-kira 9 ¾ tin minyak tanah atau 192.121 kilogram. Ukuran takungan atau bekas air bagi bekas empat persegi tepat pula ialah 22 ½ inci atau 57 sentimeter, manakala bekas yang berbentuk bulat pula garis pusat 18 inci atau 45.75 sentimeter dan tinggi atau dalamnya 25 inci (63.542 sentimeter). [3]

Mengikut Jabatan Mufti Negeri Melaka, jumlah dua kolah kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin ataupun kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg. dan jika dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm. [4]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]