Dublin Unting Ak. Ingkot
Datuk Dublin Unting Ak. Ingkot atau Dublin Unting merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Batang Ai, Sarawak. Kematiannya mencetuskan pilihan raya kecil Batang Ai 2009.
Peribadi[sunting | sunting sumber]
Beliau berkahwin dengan Datin Froline Moriah Demies Impoi pada 1998 dan sehingga tahun 2009, mereka mendapat 3 orang anak, iaitu Damian, 11, Deandra Faith, lapan, dan Dillion Abit, lima tahun.[1]
Bidang politik[sunting | sunting sumber]
Beliau menjadi timbalan menteri pertanian negeri (Penyelidikan dan Koordinasi), beliau menewaskan pencabarnya Nicholas Bawin dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di dalam pilihan raya Negeri Sarawak 2006.