Duit syiling dua pence British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

:Rencana ini membincangkan duit syiling dua pence perpuluhan British, diedarkan sejak 1971. Untuk dua pence pra-perpuluhan, diedarkan antara 1660 dan 1798, sila lihat rencana mengenai wang Maundy.

Dua pence
United Kingdom
Nilai2 penny sterling
Jisim7.12 g
Diameter25.9 mm
Ketebalan(Gangsa) 1.85 mm
(Keluli) 2.03 mm
TepiBiasa
KomposisiGangsa (1971–1991)
Keluli bersadur tembaga (1992–kini)
Tahun pencetakan1971–kini
Nombor katalog
Bahagian hadapan
RekaanPotret Ratu Elizabeth II
PerekaIan Rank-Broadley
Tarikh rekaan1997
Bahagian belakang
RekaanSegmen Perisai Diraja
Pereka Matthew Dent
Tarikh rekaan2008 (lihat teks utama untuk reka bentuk yang terdahulu)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Duit syiling 1971 memaparkan potret Elizabeth II oleh Arnold Machin
Duit syiling 1997 memaparkan potret oleh Raphael Maklouf
Duit syiling 2000 memaparkan potret oleh Ian Rank-Broadley

Duit syiling dua pence (2p) perpuluhan British – sering disebut "dua pee" – telah diedarkan oleh Royal Mint pada 15 Februari 1971, hari mata wang British diperpuluhankan. Dari segi praktik ia boleh ditukar di bank dalam beg £1 sejak beberapa minggu sebelumnya. Pada Disember 2005 terdapat anggaran 6,421 juta duit syiling 2p dalam peredaran.[1]

Duit syiling ini pada mulanya ditempa dari gangsa, tetapi sejak 1992 ia telah ditempa dari keluli bersadur-tembaga kecuali untuk beberapa bulan sahaja pada 1998 apabila gangsa digunakan kembali. Disebabkan keluli berplat-tembaga kurang tumpat berbanding gangsa, duit syiling selepas 1992 telah menjadi lebih tebal. Duit ini beratnya 7.12 gram dan berdiameter 25.9 milimeter.

Bahagian belakang asal duit syiling, direka bentuk oleh Christopher Ironside, ialah Lambang Putera Wales: bulu burung unta dalam sebuah mahkota kecil, di atas cogan kata Bahasa Jerman ICH DIEN ("I serve"). Nombor "2" ditulis di bawah lambang, dan sama ada NEW PENCE (1971–1981) atau TWO PENCE (dari 1982) ditulis di atasnya. Akan tetapi, sebilangan kecil "New Pence" 1983 wujud. Duit syiling ini agak jarang ditemui, dan dianggap bahan pengumpulan.

Tiga bahagian hadapan berlainan telah digunakan setakat ini – dari 1971 hingga ke 1984 kepala Ratu Elizabeth II oleh Arnold Machin, dari 1985 hingga ke 1997 kepala baginda oleh Raphael Maklouf, dan sejak 1998 oleh Ian Rank-Broadley. Dalam semua kes, inskripsinya ialah ELIZABETH II D.G.REG.F.D. diikuti oleh tarikhnya.

Oleh kerana peningkatan harga lagam pada awal 2006, pada Mei pada tahun itu duit syiling pra-1992 (97% tembaga) mengandungi nilai tembaga 3p setiapnya. Sehingga Mei 2006, sekitar 2,551 juta duit syiling seperti itu tinggal dalam peredaran.[2] Bagaimanapun, Royal Mint memberi amaran bahawa mengubah duit syiling menyalahi undang-undang di UK.[3]

Reka bentuk semula 2008[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk semula 2008

Pada Ogos 2005 Royal Mint melancarkan suatu persaingan untuk mencari reka bentuk baru pada bahagian terbalik untuk semua duit syiling peredaran terkecuali duit syiling £2.[4] Pemenangnya, diumumkan pada April 2008, adalah Matthew Dent, yang reka bentuknya akan bermuncul pada pencetakan duit syiling British dari musim panas 2008.[5] Reka bentuk untuk duit syiling 1p, 2p, 5p, 10p, 20p dan 50p menggambarkan bahagian Royal Shield yang membentuk keseluruhan perisai apabila dicantumkan. Perisainya dalam keseluruhannya dicirikan pada duit syiling £1. Duit syiling 2p menggambarkan suku kedua perisai, menunjukkan Lion Rampant dari Royal Banner of Scotland, dengan kata-kata TWO PENCE di atas.

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

  • 1971 ~ 1,454,856,250
  • 1972-1974 ~ tiada
  • 1975 ~ 145,545,000
  • 1976 ~ 181,379,000
  • 1977 ~ 109,281,000
  • 1978 ~ 189,658,000
  • 1979 ~ 260,200,000
  • 1980 ~ 408,527,000
  • 1981 ~ 353,191,100
  • 1982-1984 ~ tiada
  • 1985 ~ 107,113,000
  • 1986 ~ 168,967,500
  • 1987 ~ 218,100,750
  • 1988 ~ 419,889,000
  • 1989 ~ 359,226,000
  • 1990 ~ 204,499,700
  • 1991 ~ 86,625,250

komposisi ditukar kepada keluli berplat-gangsa

  • 1992 ~ 102,247,000
  • 1993 ~ 235,674,000
  • 1994 ~ 531,628,000
  • 1995 ~ 124,482,000
  • 1996 ~ 296,278,000
  • 1997 ~ 496,278,000
  • 1998 ~ 213,830,000
  • 1999 ~ 353,816,000
  • 2000 ~ 563,643,000
  • 2001 ~ 551,886,000
  • 2002 ~ 168,556,000
  • 2003 ~ 260,225,000
  • 2004 ~ 356,396,000
  • 2005 ~ 131,133,000

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]