Duluan kehakiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Duluan kehakiman (bahasa Inggeris Stare decisis) (sebutan bahasa Latin: [ˈstareː ˈdekisis], sebutan bahasa Inggeris: [ˈstaːɹi dəˈsaɪsɪs], "untuk mengikut apa yang telah diputuskan") (lebih panjang, "stare decisis et non quieta movere") adalah satu perkataan undang-undang dalam bahasa Latin, yang digunakan dalam common law untuk menerangkan tanggapan bahawa keputusan mahkamah yang dahulu mesti diterima sebagai mengikat menurut undang-undang kes.

Doktrin ini tidak diterima dalam bidang kuasa sistem perundangan sivil kerana ia dikatakan melanggar hak para hakim menafsir undang-undang dan hak legislatif membuat undang-undang. Kebanyakan sistem sebegini walau bagaimanapun mengiktiraf konsep jurisprudence constante yang mengemukakan argumentasi bahawa walaupun para hakim bebas dalam membuat keputusan, mereka haruslah membuat keputusan itu dalam cara yang boleh dijangka dan tidak mendatangkan huru-hara. Oleh demikian, hak para hakim untuk menafsir undang-undang tidak bermakna tiadanya sejumlah kecil undang-undang kes terpilih yang mesti dirujuk semasa menbuat keputusan dalam sesuatu kes.

Prinsip[sunting | sunting sumber]

Prinsip stare decisis boleh dibahagikan mengikut dua komponen:

Pertamanya merupakan peraturan bahawa satu keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi adalah duluan mengikat yang mahkamah rendah tidak boleh batalkan.

Keduanya merupakan prinsip yang satu mahkamah tidak seharusnya membatalkan suatu keputusan yang dibuat oleh dirinya sendiri pada suatu ketika dahulu kecualilah apabila terdapat satu alasan kuat untuk berbuat demikian. Prinsip kedua ini lebih berbentuk nasihat yang boleh dan sememangnya diketepikan mahkamah dari masa ke semasa.

Stare decisis secara menegak[sunting | sunting sumber]

Secara am, satu sistem common law mempunyai mahkamah perbicaraan, mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi. Mahkamah-mahkamah rendah mentadbirkan kebanyakan keadilan seharian. Mahkamah-mahkamah ini juga dimestikan mengikut duluan yang diputuskan mahkamah rayuan untuk bidang kuasa mereka dan mahkamah tinggi.

Mahkamah rayuan hanya dimestikan mengikut keputusan mahkamah tinggi. Aplikasi doktrin stare decisis dari satu mahkamah tinggi pada mahkamah rendah kadangkala dirujuk sebagai stare decisis secara menegak.

Stare decisis secara mendatar[sunting | sunting sumber]

Dalam sistem kehakiman persekutuan Amerika Syarikat, mahkamah rayuan perantaraan dibahagikan mengikut "litar". Setiap panel hakim mesti mengikut capaian keputusan dalam kes rayuan yang terdahulu. Duluan mahkamah rayuan Amerika Syarikat hanya boleh ditolak oleh mahkamah en banc, iaitu satu sidangan kesemua hakim rayuan aktif litar berkenaan, atau Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Apabila satu mahkamah mengikat dirinya, aplikasi doktrin duluan ini kadangkala dipanggil stare decisis secara mendatar. Negeri New York mempunyai struktur rayuan yang serupa kerana ia terbahagi dalam empat jabatan rayuan yang diselia oleh mahkamah rayuan tertinggi Negeri New York. Keputusan satu jabatan rayuan tidak mengikat jabatan lain, dan dalam sesetengah kes jabatan -jabatan berkenaan mempunyai perbezaan secara signifikasi dalam perkara-perkara asas undang-undang.

Tempat rayuan terakhir[sunting | sunting sumber]

Mahkamah tertinggi United Kingdom iaitu House of Lords tidak perlu mengikut keputusan lepasnya sendiri sehingga kes London Street Tramways lwn London County Council [1898] AC 375. Selepas kes ini sebarang perubahan pada undang-undang berkenaan sesuatu perkara hanya boleh dipinda oleh Parlimen melalui statut.

Situasi ini berubah selepas pengeluaran Penyataan Pengamalan pada tahun 1966. Ia membenarkan House of Lords meminda undang-undang Inggeris bersesuaian peristiwa semasa. Dalam kes R lwn G & R pada tahun 2003 House of Lords menolak keputusannya dalam kes Caldwell 1981 yang telah membenarkan dirinya mendirikan mens rea ("minda yang bersalah") dengan menyukat kelakuan seseorang defendan berbanding "seorang waras" dengan tidak mengira keadaan sebenar minda defendan itu.

Walau bagaimanapun, Penyata Pengamalan amat jarang diaplikasi House of Lords dan hanya digunakan sebagai pilihan terakhir. Dari tahun 2005 House of Lords menolak keputusannya yang terdahulu tidak lebih daripada 20 kali kerana bimbang penggunaannya secara berlebihan akan memperkenalkan ketidakpastian dalam undang-undang. Dalam R v Kansal (2002) umpamanya majoriti ahli House of Lords berpendapat bahawa R v Lambert (kes terdahulu) diputuskan secara tidak betul akan tetapi tidak mahu menolak keputusan terdahulu mereka.

Aplikasi pada sistem perundangan Inggeris dan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Doktrin duluan mengikat atau stare decisis amat penting kegunaannya pada sistem perundangan Inggeris. Satu duluan merupakan kenyataan yang dibuat oleh seorang hakim dalam membuat sesuatu keputusan. Doktrin ini menyatakan bahawa satu keputusan yang dibuat oleh satu mahkamah atasan akan mengikat mahkamah-mahkamah bawahan. Ini bermakna apabila para hakim membicarakan satu kes mereka akan cuba mencari sama ada satu kes yang mempunyai fakta yang sama telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih tinggi atau sama statusnya terlebih dahulu dan sekiranya ada maka hakim berkenaan harus mengikuti kata putus dalam kes itu sebagai duluan yang telah diputuskan. Jika terdapat satu duluan dalam mahkamah yang lebih rendah, hakim berkenaan tidak perlu mengikutinya akan tetapi mungkin menimbangkannya. House of Lords di England tidak perlu mengikut duluannya sendiri dan begitulah juga keadaannya dengan mahkamah persekutuan di Malaysia, yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia.

Hanya kenyataan undang-undang mengikat, dan ini dikenali sebagai sebab keputusan atau dalam istilah bahasa Latin, ratio decidendi. Kesemua alasan lain yang tidak penting dikenali sebagai obiter dictum (atau obiter dicta sekiranya lebih daripada satu). Lihat kes Rondel lwn Worsley (1969) 1 AC 191. Satu duluan tidak mengikat satu mahkamah sekiranya ia didapati bahawa terdapat kurangnya perhatian dalam pengendalian kes itu ("Per Incuriam") sebagai contoh jika tiada provisi statut atau duluan lain yang dibawa dan diimbangi mahkamah dalam kes berkenaan. Jika mahkamah mendapati bahawa terdapat perbezaan material antara kes-kes maka ia boleh memilih untuk tidak mengikut duluan. Duluan menyakini pula merupakan mereka yang diputuskan oleh mahkamah-mahkamah rendah atau asing, dan mungkin menyakini tetapi tidak mengikat dalam pengaplikasian mereka. Perkara yang paling penting merupakan fakta bahawa duluan boleh ditolak oleh satu keputusan mahkamah yang lebih tinggi atau satu Akta parlimen. Keputusan kehakiman bersifat kebelakangan, manakala Akta parlimen sentiasa bersifat kedepanan kecualilah dinyatakan sebaliknya.

Situasi terakhir ini merupakan masalah sistem duluan yang paling besar dalam pada bahawa sekiranya satu mahkamah yang tinggi menolak satu duluan yang berusia, maka kemungkinan amat besar bahawa banyak kes yang didasarkan duluan berkenaan akan kembali ke mahkamah. Justeru itu, kebarangkalian satu duluan ditolak semakin kurang mengikut usianya.

Bagaimana para hakim menafsir duluan[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga peraturan di mana para hakim di United Kingdom dan Malaysia guna dalam menafsir undang-undang dan ini disenaraikan di bawah sebagai bantuan kebiasaan yang satu hakim punyai, termasuk akses ke semua kes lalu, di mana satu duluan diputuskan dan satu kamus bahasa Inggeris atau bahasa Melayu yang bagus.

Rukun Harafiah

Hakim seharusnya berlaku seperti kata perundangan berbanding cuba melakukan apa yang ia maksud, iaitu hakim seharusnya menggunakan maksud harian untuk kata-kata, sekalipun jika ini menjadikan keputusan yang tidak adil atau tidak dikehendaki. Satu contoh yang baik masalah kaedah ini adalah R v Maginnis (1987) dalam mana beberapa hakim menemui beberapa maksud berbeza perkataan "menyediakan" (supply).

Rukun Emas

Digunakan apabila pengaplikasian rukun harafiah akan menjadikan keputusan yang tidak logik. Mahkamah seharusnya menemui kesusuhan yang nyata sebelum menolak penggunaan rukun harafiah. Terdapat dua cara di mana Rukun Emas boleh diaplikasi;

a) Pengertian sempit

Apabila terdapat dua maksud berlawanan terhadap satu perkataan yang digunakan dalam satu provisi perundangan ataupun ia mempunyai maksud samaran. Dalam kes sebegini, maksud yang lebih logik digunapakai. Sebagai contoh dalam kes Adler lwn George (1964) defenden telah didapati bersalah dibawah Akta Rahsia Rasmi 1920 dan mahkamah memutuskan untuk tidak mengikuti maksud harafiah ayat-ayat Akta berkenaan.

b) Pengertian luas

Versi rukun emas ini digunakan hanya apabila terdapat satu cara di mana undang-undang yang diaplikasi boleh ditafsirkan. Sebagai contoh, apabila penggunaan Rukun Harafiah akan membawa maksud tidak logik. Sebagai contoh Re Sigsworth (1935).

Rukun Nakal

Merupakan kaedah yang paling fleksibel antara kaedah-kaedah lain yang berasal daripada Kes Heydon (Heydon's Case (1584)) kerana ia membenarkan pengaplikasian tujuan satu statut berbanding apa yang terkandung dalam statut berkenaan. Sebagai contoh dalam kes Corkery lwn Carpernter (1950) yang berkenaan satu lelaki yang didapati mabuk dalam pengawasan satu gerabak, meskipun dia hanya mempunyai satu basikal.

Sebagai tambahan kepada ketiga-tiga peraturan ini terdapat tiga lagi peraturan yang kurang penting, iaitu Ejusdem generis (penggunaan perkataan am seperti "kucing, anjing dan perkataan-perkataan lain" bermaksud haiwan belaan), Expressio unius est exclusio aleterius (kenyataan satu atau lebih perkara membawa makna pengecualian kesemua yang lain) dan Noscitur a sociis (satu perkataan mesti mengambil makna daripada konteks di mana ia dijumpai).

Pengelakan[sunting | sunting sumber]

Meskipun mahkamah-mahkamah rendah diikat oleh duluan mahkamah lebih tinggi secara teorinya, dalam realiti para hakim kadangkala cuba untuk mengelak duluan dengan membezakan mereka atas alasan-alasan remeh. Juga, aayuan satu keputusan yang tidak mengikut duluan mungkin tidak berlaku kerana kos perbelanjaan berbuat sedemikian akan melumpuhkan keupayaan pihak yang kalah membuat sedemikian. Maka keputusan mahkamah rendah mungkin berdiri meskipun ia tidak mengikut keputusan mahkamah atasan oleh sebab satu-satunya cara satu keputusan boleh dirayui adalah dengan permohonan salah satu daripada pihak-pihak yang terikat padanya.

…dan penentangan[sunting | sunting sumber]

Kadangkala juga satu hakim akan melafazkan rasa tidak setujunya terhadap keputusan-keputusan duluan yang dibuat mahkamah atasan akan tetapi harus mengikutinya oleh sebab duluan mengikat. Notakan juga yang duluan mengikat adalah berbeza dengan stare decisis yang merupakan keputusan mahkamah-mahkamah lateral, rendah, atau mahkamah yang sama, dan membolehkan pembezaan berdasarkan "alasan yang kukuh" (lihat Hilton v.s. Carolina Pub. Rys. Cmsn.m 502 U.S. 197, 202, 112 S. Ct. 560, 565 (1991).)

Kepincangan[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat, stare decisis boleh berinteraksi dalam cara yang berlawanan dengan sistem mahkamah persekutuan dan sistem mahkamah negeri. Dalam satu isu undang-undang persekutuan, satu mahkamah negeri tidak terikat dengan pentafsiran undang-undang persekutuan pada peringkat daerah atau litar tetapi terikat dengan pentafsiran Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Dalam pentafsiran undang-undang negeri, sama ada ia merupakan common law atau undang-undang statut, mahkamah persekutuan terikat dengan pentafsiran mahkamah negeri tertinggi negeri berkenaan, dan biasanya perlu merujuk duluan mahkamah menengah negeri juga.

Mahkamah boleh memilih untuk mengikut duluan bidang kuasa lain, tetapi ini bukan aplikasi doktrin stare decisis kerana keputusan asing tidak mengikat. Satu keputusan asing yang diikut atas sebab kemunasabahannya digelar autoriti berpengaruh — sekaligus menandakan bahawa pengaruhnya terhad kepada alasan yang dikemukakannya.

Stare decisis dalam sistem perundangan sivil[sunting | sunting sumber]

Stare decisis tidak lazim digunakan dalam sistem perundangan sivil kerana ia melanggar prinsip yang hanya legislatif boleh membuat undang-undang. Dalam teori, mahkamah rendah tidak terikat dengan duluan yang ditetapkan mahkamah tinggi. Walau bagaimanapun dalam realiti keperluan untuk kesinambungan dalam undang-undang memerlukan pengaplikasian duluan oleh mahkamah-mahkamah rendah dan dalam bidang kuasa undang-undang sivil mahkamah tingginya sebagai contoh Cour de cassation dan Conseil d'État di Perancis diiktiraf sebagai badan-badan kuasi-legislatif.

Doktrin stare decisis juga mempengaruhi bagaimana keputusan mahkamah disusun. Secara amnya, keputusan mahkamah dalam bidang kuasa common law amat panjang dan menerangkan secara terperinci bagaimana satu keputusan dicapai. Ini berlaku untuk menjustifikasikan satu keputusan berdasarkan undang-undang kes terdahulu disamping menyenangkan penggunaannya sebagai duluan dalam kes-kes masa depan.

Keadaan ini boleh dibandingkan dengan sususan mahkamah dalam bidang kuasa undang-undang sivil (antara yang paling prominen merupakan Perancis) yang pendek dan menotakan perundangan yang relevan serta tidak terus berhujah tentang bagaimana satu keputusan dicapai. Ini adalah keputusan pandangan teori yang menyatakan bahawa suatu mahkamah hanya mentafsirkan pandangan legislatif dan penerangan terperinci tidak perlu. Oleh sebab ini, kebanyakan penerangan mengenai undang-undang tidak dilakukan oleh para hakim, malah sebaliknya cendiakiawan-cendiakiawan akademik undang-undang yang membuat keterangan.

Dalam bindang kuasa undang-undang lain, seperti bidang kuasa Jerman, pandangan mahkamah lebih panjang daripada yang terdapat di Perancis dan mahkamah sering memetik keputusan kes-kes lepas dan tulisan akademik. Walau bagaimanapun, sesetengah mahkamah seperti mahkamah-mahkamah Jerman tidak menekankan fakta-fakta kes tetapi sebaliknya lebih mengambil berat mengenai argumentasi doktrin dan mencari pentafsiran undang-undang yang betul dan benar.

Ketulenan dan stare decisis[sunting | sunting sumber]

Ketulenan, iaitu doktrin yang menyatakan bahawa pengertian penulisan sesuatu teks mesti diaplikasi, merupakan satu lawan kepada stare decisis, tetapi tidak semestinya secara menyeluruh. Seperti yang dinotakan di atas, "Stare decisis tidak lazimnya merupakan satu doktrin yang digunakan dalam sistem undang-undang sivil kerana ia melanggar prinsip yang hanya legislatif berhak membuat undang-undang"; Hakim Antonin Scalia dalam bukunya A Matter of Interpretation (Suatu hal pentafsiran) yang Amerika merupakan satu negara undang-undang sivil dan bukannya negara common law dan dengan ini, para pemikir ketulenan tidak suka mengunapakai duluan apabila ia bertentangan dengan perlembagaan. Meskipun begini, Ketulenan adalah satu teori penafsiran berbanding pembinaan, dan masih terdapatnya ruang dalam pemikiran pentulen untuk stare decisis; apabila pengertian literal boleh membawa kepada maksud-maksud alternatif, keputusan lepas lazimnya dilihat sebagai satu panduan yang absah, dengan alasan bahawa ia tidak boleh menyangkal apa yang dikatakan oleh teks tulen.

Sesetengah pemikir ketulenan pergi dengan lebih jauh lagi. Dalam perbicaraan pengesahannya, Hakim Clarence Thomas menjawab soalan daripada Senator Strom Thurmond akan kesediaannya menolak satu duluan:

Saya berpendapat yang menolak satu kes atau menimbang semula satu kes adalah satu perkara yang berat. Semestinya, anda mestilah berpendapat yang satu kes itu diputuskan secara salah, tetapi saya fikir itupun tidak mencukupi. Stare decisis memberi lanjutan kepada sistem kita, ia memberikan kepastian, dan dalam prosis pembuatan keputusan dari satu kes ke satu kes, saya fikir ia satu konsep yang amat penting dan kritikal. Satu hakim yang hendak menimbang semula satu kes punyai beban yang ia bukan sahaja tidak langsung, tetapi ia perlu, dalam situasi berkenaan, dalam penglihatan stare decisis, untuk membuat langkah tambahan sedemikian.

Clarence Thomas (1991), [1]

Kemungkinan beliau telah mengubah pendiriannya, atau terdapat satu badan besar kes yang memerlukan "langkah tambahan sedemikian" tidak pedulikan doktrin itu; mengikut Scalia, "Clarence Thomas langsung tidak mempercayai doktrin stare decisis. Jika satu autoriti perlembagaan salah, dia akan berkata, marilah kita betulkannya."[2]

Kebaikan dan keburukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak perbincangan mengenai kebaikan dan keburukan pengunaan undang-undang kes dibawah sistem sebegini. Penyokong sistem ini seperti pengurang berpendapat yang pengikutan sistem duluan membuatkan keputusan "boleh diramal". Sebagai contoh, satu peniaga boleh dijamin keputusan yang menyelelahinya sekiranya fakta kesnya sama dengan fakta kes satu peniaga yang berjaya dalam satu kes lalu. Para pembangkang pula berpendapat yang sistem sebegini tidak demokratik kerana ia membenarkan para hakim yang tidak dipilih membuat undang-undang, atau bahawa ia memelihara kes-kes yang salah keputusannya. Satu balasan kepada bangkangan ini adalah jika legislatif ingin mengubah undang-undang kes (berlainan dengan pentafsiran perlembagaan) dengan statut, ia boleh berbuat sedemikian. Pengkritik kadangkala menuduh sesetengah hakim dengan pengaplikasian doktrin secara rawak, dengan meluluskan duluan yang dipersetujuinya, dan membiarkan duluan yang tidak dipersetujui.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [U.S.] Senate Confirmation Hearings. qtd. in On the Issues "Clarence Thomas on Abortion: Overruling previous cases is a very serious matter." Accessed 20:37, 22 September 2005 (UTC).
  2. Ringel, Jonathan (2004). "The Bombshell in the Clarence Thomas Biography". Fulton County Daily Report.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]