Dumpas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dumpas
Sungai Dumpas
Jumlah penduduk
5,000
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia
(Daerah Telupid, Sabah)
Bahasa
Bahasa Dumpas, Bahasa Melayu
Agama
Islam (100%)
Kumpulan etnik berkaitan
Sukang, Orang Sungai, Dusun, Suluk

Dumpas adalah kumpulan etnik asli minoriti yang terdapat di Pantai Timur Sabah, Malaysia Timur di pulau Borneo. Etnik Dumpas mendiami kawasan sekitar Daerah Telupid, Beluran dan Sandakan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bahasa Dumpas[sunting | sunting sumber]

Bahasa Dumpas dikatakan mempunyai persamaan leksikal dengan bahasa beberapa suku Dusunic dan Paitanic lainnya, dikatakan dialek bahasa Dumpas secara leksikostatistikal (perbandingan leksikal-kognat) dengan bahasa rumpun Dusunic adalah antara 55-75% dan dengan bahasa rumpun Paitanic antara 61-79%. Akan tetapi, penelitian leksikal-kognat ini masih belum dapat dijadikan bahan kesimpulan apakah bahasa Dumpas ini lebih mirip dengan Dusunic atau Paitanic.

Agama dan Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Dumpas adalah salah satu etnik yang beragama Islam di Sabah.

Penempatan[sunting | sunting sumber]

Etnik Dumpas merupakan salah satu daripada etnik-etnik minoriti di Negeri Sabah. Etnik Dumpas kebanyakannya bermukim di Mukim Sapi Nangoh, Daerah Telupid. Antara perkampungan Orang Dumpas adalah seperti berikut ;

  • Kampung Bakong-Bakong
  • Kampung Biru-Biru
  • Kampung Gana Jati
  • Kampung Perancangan
  • Kampung Rancangan Nangoh
  • Kampung Tembidong-Bidong
  • Kampung Terasak

Selain itu Kaum Dumpas juga dapat ditemui di kawasan Daerah Beluran dan Sandakan serta Tawau.

Pertikaian[sunting | sunting sumber]

Etnik Dumpas telah di claim (tuntut) sebagai sebahagian daripada kumpulan Sub-Etnik Kadazandusun, di sebabkan oleh Sejarah dan Bahasanya yang mirip dengan kebanyakan Sub-etnik Dusun yang lain. Namun begitu, secara umumnya etnik Dumpas lebih dikenali sebagai Orang Sungai, ini kerana Bahasa dan Budaya Masyarakat Dumpas lebih banyak persamaan dengan Orang Sungai berbanding dengan Kadazandusun.