Dungun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Dungun
Bendera Daerah Dungun
Lokasi daerah Dungun di Terengganu
Lokasi daerah Dungun di Terengganu
Dungun is located in Bumi
Dungun
Dungun (Bumi)
Koordinat: 4°45′N 103°25′E / 4.750°N 103.417°E / 4.750; 103.417Koordinat: 4°45′N 103°25′E / 4.750°N 103.417°E / 4.750; 103.417
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
PusatKuala Dungun
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Dungun
Keluasan
 • Jumlah2,735.03 km2 (1,056.00 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah158,130
 • Kepadatan58/km2 (150/batu persegi)
Poskod
23+++

Dungun merupakan sebuah daerah yang terletak di selatan negeri Terengganu, Malaysia. Daerah ini berpusat di Kuala Dungun dan mempunyai keluasan sebanyak 2,735 kilometer persegi, kedua terbesar di negeri Terengganu.

Daerah Dungun bersempadan dengan daerah Kemaman di selatan, daerah Marang dan Hulu Terengganu di utara, daerah Jerantut, Pahang di barat dan Laut China Selatan di timur.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama Dungun dikatakan berasal dari nama sejenis pokok, iaitu pokok Dungun (Heritiera littoralis Dryand).[3]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Dungun ditadbir oleh satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Dungun. Majlis ini telah dinaik taraf ke peringkat perbandaran pada 20 Ogos 2008.[3]

Daerah Dungun juga dibahagikan kepada 11 buah mukim;

Peta daerah Dungun
  1. Mukim Kuala Jengai (78,311.6 hektar)
  2. Mukim Besol (14,252.2 hektar)
  3. Mukim Kuala Paka (14,385.7 hektar)
  4. Mukim Jerangau (41,632.5 hektar)
  5. Mukim Sura (2,897.5 hektar)
  6. Mukim Kuala Dungun (6,345.5 hektar)
  7. Mukim Kuala Abang (3,315.2 hektar)
  8. Mukim Rasau (19,568.2 hektar)
  9. Mukim Pasir Raja (49,164.3 hektar)
  10. Mukim Kumpal (10,764.6 hektar)
  11. Mukim Hulu Paka (32,817.9 hektar)

Perwakilan rakyat[sunting | sunting sumber]

Daerah Dungun meliputi satu kawasan persekutuan iaitu Dungun yang merangkumi empat kawasan negeri; Bukit Besi, Rantau Abang, Sura dan Paka.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991102,897—    
2000128,709+25.1%
2010149,851+16.4%
2020158,130+5.5%
Sumber: [2]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Dungun ialah seramai 158,130 orang dengan kepadatan penduduk 58 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah Dungun berbangsa Melayu, seramai 151,114 orang.[4][5]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 151,114
Bumiputera lain 267
Cina 3,337
India 131
Lain-lain 309
Bukan warganegara - 2,972
Jumlah 158,130

Agama[sunting | sunting sumber]

Di daerah Dungun, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 97 peratus diikuti agama Buddha sebanyak dua peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[5]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Dungun. Terdapat sebanyak 72 buah sekolah di daerah ini;[6]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 45
Sekolah Jenis Kebangsaan 3
Sekolah Menengah Kebangsaan 19
Sekolah Menengah Agama 2
Sek. Men. Kebangsaan Agama 1
Sekolah Berasrama Penuh 1
Kolej Vokasional 1

Daerah Dungun juga mempunyai 11 buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, tujuh klinik kesihatan dan 14 klinik desa di sekitar daerah.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Administrator. "Pengenalan Daerah Dungun". pdtdungun.terengganu.gov.my.
  2. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  3. ^ a b penjaga. "Info Dungun". mpd.terengganu.gov.my. Dicapai pada 2023-12-21.
  4. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  6. ^ "Sekolah di PPD Dungun-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
  7. ^ Buku Terengganu Molek Doh sempena Ekspo Terengganu 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]