Duong Van Minh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Duong Van Minh
Presiden Republik Vietnam
Fail:GeneralDuongVanMinh.JPG
Dalam jawatan
1. 2 November 1963 - 30 Januari 1964
2. 8 Februari-16 Mac 1964
3. 8 September 1964 - 26 Oktober 1964 –
4. 28-30 April 1975
Didahului oleh1. Ngo Dinh Diem (1955-1963)
2. Nguyen van Thieu (1964)
3. Jawatankuasa Pimpinan Sementara (1964)
4. Tran Van Huong (1974)
Digantikan oleh1. Nguyen Khanh (1964)
2. Nguyen Khanh (1964)
3. Phan Khac Suu (1964-1965)
4. tidak ada
Butiran peribadi
Lahir16 Februari 1916
Wilayah My Tho
Meninggal dunia5 Ogos 2001
Pasadena, California

Dương Văn Minh (16 Februari 1916-6 Ogos 2001), lebih dikenali sebagai "Minh Besar", memimpin tentara Vietnam Selatan di bawah Perdana Menteri Ngo Dinh Diem. Pada tahun 1963, beliau menjadi pemimpin Vietnam Selatan setelah sebuah rampasan kuasa di mana Diem dibunuh. Kepemimpinan Duong hanya berlangsung selama dua bulan, namun dalam waktu singkat, beliau kembali memimpin Vietnam Selatan sebelum menyerahkan bangsa itu kepada kekuatan Komunis.

Nama panggilan "Minh Besar" didapat disebabnya beliau memiliki ketinggian setinggi 1.83 meter dan berat 91 kg. Beliau menyebabkan semua tentara Vietnam lain kelihatan lebih kecil. Perbezaan fizikal ini juga membezakan dirinya dengan Jeneral askar Vietnam Selatan lainnya, Tran Van Minh.