Dushanbe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dushanbe
Душанбе
Istana Presiden Dushanbe
Istana Presiden Dushanbe
Jata Dushanbe
Negara Tajikistan
Pentadbiran
 • Datuk BandarRustam Emomali
Penduduk
 (2012)
 • Jumlah747,500
Laman sesawanghttp://www.dushanbe.tj/

Dushanbe (Tajik: Душанбе, IPA: [duʃæmˈbe], "Isnin") merupakan bandar raya terbesar dan juga ibu negara bagi Tajikistan.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama bandar ini diambil daripada sebuah pasar besar yang dibuka pada hari Isnin yang bernama Dushanbe-Bazar (Tajik: Душанбе Бозор, Dushanbe Bozor). Nama Dushanbe bermaksud hari Isnin dalam bahasa Parsi, secara khusus, hari kedua (du) selepas hari Sabtu (shambe).

Pada 1826, nama bandar ini ialah Dushanbe Qurghan (Tajik: Душанбе Қурғон, Dushanbe Qurghon), qurghon berasal daripada qurğan, "kubu" dalam bahasa Turki.

Pada 16 Okotber 1929, yakni ketika zaman Republik Sosialis Soviet Tajikistan, bandar ini dinamakan sebagai Stalinabad (Rusia: Сталинабад; Tajik: Сталинобод, Stalinobod) sempena Joseph Stalin. Nama bandar ini diubah semula kepada Dushanbe pada 10 November 1961 dan kekal hingga kini.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Catatan terawal tentang kewujudan Dushanbe adalah pada akhir 1676.[2]

Zaman Soviet[sunting | sunting sumber]

Pada 1920, Amir Bukhara terakhir berlindung di Dushanbe buat seketika selepas dikalahkan oleh revolusi Bolshevik. Baginda lari ke Afghanistan pula selepas Tentera Merah menguasai kawasan itu.[3] Pada permulaan 1922, bandar ini dikuasai oleh pihak tentera Basmachi yang diketuai Enver Pasha, tetapi dikuasai semula oleh pihak Bolshevik pada 14 Julai 1922 dan Dushanbe dijadikan sebagai ibu kota Republik Sosialis Soviet Autonomi Tajikistan yang berada di bawah Republik Sosialis Soviet Uzbekistan. Republik Sosialis Soviet Tajikistan pula diasaskan dan Dushanbe menjadi ibu kota republik berkenaan. Pada masa ini, bandar ini mengalami pembangunan yang pesat.

Pihak Soviet menjadikan Dushanbe sebagai pusat penghasilan kapas dan sutera dan memindahkan puluhan ribu orang penduduk ke Dushanbe. Jumlah penduduk juga bertambah akibat migrasi ribuan orang Tajik ke Tajikistan disebabkan oleh penyerahan Bukhara dan Samarkand ke Republik Sosialis Soviet Uzbekistan.[4]

Kejadian rusuhan yang besar berlaku pada Februari 1990 selepas tersebarnya khabar angin bahawa kerajaan Soviet ingin memindahkan puluhan ribu orang pelarian Armenia ke Tajikistan. Rusuhan Dushanbe berkembang akibat kebimbangan tentang kekurangan tempat tinggal kepada penduduk Tajikistan, tetapi bertembung dengan gelombang nasionalisme yang melanda Transkaukasia dan negara-negara Asia Tengah lain ketika permulaan pemerintahan Mikhail Gorbachev.[5]

Dushanbe menjadi ibu kota Tajikistan yang merdeka pada 1991.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Dushanbe memiliki iklim Mediterranean (Köppen: Csa), dengan pengaruh iklim benua yang kuat (Köppen: Dsa).[6] Musim panas adalah panas dan kering manakala musim sejuknya dingin tetapi tidak terlalu sejuk. Iklim di sini lebih lembap berbanding dengan ibu-ibu negara Asia Tengah yang lain dengan purata taburan hujan melebihi 500 mm akibat aliran udara lembap yang ditentutan oleh lembah-lembah di sekeliling bandar ketika musim sejuk dan panas. Musim sejuk di sini tidak sesejuk kawasan utara disebabkan oleh perlindungan oleh pergunungan daripada udara sejuk dari Siberia.

Data iklim untuk Dushanbe (1961–1990, extremes 1951–2012)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 21.6
(70.9)
23.1
(73.6)
30.6
(87.1)
35.6
(96.1)
38.8
(101.8)
43.0
(109.4)
43.3
(109.9)
45.0
(113.0)
40.6
(105.1)
36.8
(98.2)
31.7
(89.1)
24.3
(75.7)
45.0
(113.0)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 7.9
(46.2)
10.2
(50.4)
15.2
(59.4)
22.1
(71.8)
27.0
(80.6)
33.1
(91.6)
35.8
(96.4)
34.3
(93.7)
30.7
(87.3)
24.2
(75.6)
17.1
(62.8)
10.8
(51.4)
22.4
(72.3)
Purata suhu harian, °C (°F) 2.1
(35.8)
3.8
(38.8)
9.2
(48.6)
15.4
(59.7)
20.0
(68.0)
25.3
(77.5)
27.1
(80.8)
24.9
(76.8)
20.1
(68.2)
14.3
(57.7)
8.9
(48.0)
4.8
(40.6)
14.7
(58.5)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) −2.0
(28.4)
−0.2
(31.6)
4.2
(39.6)
9.3
(48.7)
13.0
(55.4)
16.5
(61.7)
17.9
(64.2)
15.9
(60.6)
11.1
(52.0)
6.7
(44.1)
3.5
(38.3)
0.8
(33.4)
8.2
(46.8)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −26.6
(−15.9)
−17.3
(0.9)
−13.4
(7.9)
−7.8
(18.0)
1.2
(34.2)
8.4
(47.1)
10.9
(51.6)
8.1
(46.6)
1.9
(35.4)
−4.4
(24.1)
−13.5
(7.7)
−19.5
(−3.1)
−26.6
(−15.9)
Purata kerpasan, mm (inci) 66.3
(2.61)
75.4
(2.97)
107.5
(4.23)
105.0
(4.13)
66.0
(2.60)
5.5
(0.22)
3.2
(0.13)
0.5
(0.02)
3.1
(0.12)
30.6
(1.20)
44.7
(1.76)
59.8
(2.35)
567.6
(22.35)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1.0 mm) 8.5 9.1 13.4 9.8 7.8 1.5 0.7 0.1 0.8 3.7 5.3 8.1 68.8
Purata kelembapan relatif (%) 69 67 65 63 57 42 41 44 44 56 63 69 57
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 120 121 156 198 281 337 352 338 289 224 164 119 2,699
Sumber 1: Deutscher Wetterdienst[7]
Sumber 2: NOAA (sun, 1961–1990)[8]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Menurut bancian 2010, penduduk Dushanbe terdiri daripada 89.5% Tajik, 6.7% Uzbek, 0.3% Tatar, 0.1% Turkmen dan selebihnya ialah etnik lain.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Datuk Bandar terkini Dushanbe ialah Rustam Emomali, anak kepada Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon.

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Dushanbe dibahagikan kepada empat buah daerah seperti di bawah:

  1. Avicenna (Tajik: Абӯалӣ Ибни Сино, Abūali Ibni Sino)
  2. Ferdowsi (Tajik: Фирдавсӣ, Firdavsi)
  3. Ismail Samani (Tajik: Исмоили Сомонӣ, Ismoili Somoni)
  4. Shah Mansur (Tajik: Шоҳмансур, Shohmansur)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bangunan Universiti Kebangsaan Tajikistan.

Dushanbe menjadi pusat bagi Akademi Sains Tajikistan dan menempatkan 17 buah institut kajian, 17 buah universiti dan lebih daripada 100 buah institusi pendidikan umum.[9] Institusi-institusi pengajian tinggi utama di Dushanbe termasuklah Universiti Kebangsaan Tajikistan dan Universiti Pertanian Tajikistan.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan darat[sunting | sunting sumber]

Automobil merupakan bentuk pengangkutan utama negara. Dushanbe memiliki jalan raya yang berhubung dengan negara-negara jiran, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Dua buah lebuh raya melintasi Dushanbe pada arah longitud dan latitud.

Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

Dushanbe memiliki sistem bas troli yang mengendalikan bas-bas di seluruh bandar dan ditubuhkan pada 1 Mei 1955. Dushanbe memiliki sebuah perhentian bas di pusat bandar yang dibuka pada 1976. Sebuah metro dijangka akan mula dibina di Dushanbe pada 2025.[10]

Pengangkutan udara[sunting | sunting sumber]

Bandar ini merupakan tempat bagi Lapangan Terbang Dushanbe yang merupakan ibu pejabat Tajik Air, syarikat penerbangan kebangsaan Tajikistan.[11] Selain itu, Somon Air juga beribu pejabat di sini.[12]

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Tempat tarikan[sunting | sunting sumber]

Tiang Bendera Dushanbe ialah tiang bendera bebas kedua tertinggi di dunia, selepas Tiang Bendera Jeddah, dengan ketinggian 165 m dan mengibarkan bendera Tajikistan.

Hubungan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bandar kembar[sunting | sunting sumber]

Dushanbe memiliki hubungan bandar kembar dengan bandar-bandar berikut:[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "1956- De-Stalinization - Mr. Whalen- Suffern High School". sites.google.com.
  2. ^ Официальный веб-сайт Государственного органа управления в сфере туризма Республики Таджикистан
  3. ^ "The Last Khan". 8 March 2016. Dicapai pada 18 January 2018.
  4. ^ "Dushanbe: History". Lonely Planet. Dicapai pada 10 May 2013.
  5. ^ Ethnic rioting in Dushanbe, New York Times, 13 February 1990. Retrieved 18 October 2008
  6. ^ "Updated Asian map of the Köppen climate classification system".
  7. ^ "Klimatafel von Duschanbe / Tadschikistan" (PDF). Baseline climate means (1961–1990) from stations all over the world (dalam bahasa German). Deutscher Wetterdienst. Dicapai pada 18 February 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Dushanbe Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 18 February 2016.
  9. ^ [1] Diarkibkan 2016-04-06 di Wayback Machine // 2shanbe.tj — Неофициальный сайт Душанбе
  10. ^ "Demolishing Dushanbe: how the former city of Stalinabad is erasing its Soviet past". The Guardian. 19 October 2017. Dicapai pada 7 November 2019.
  11. ^ "Directory: World Airlines." Flight International. 30 March-5 April 2004. 78. "Titov Street 31/2, Dushanbe Airport, Dushanbe, 734006, Tajikistan."
  12. ^ "Contacts Diarkibkan 29 Januari 2013 di Wayback Machine." Somon Air. Dicapai 4 Disember 2010. "Contacts: 40, Titova Str. Dushanbe, Tajikistan, 734012." Dalam Bahasa Tajik : "734012, Таджикистан, Душанбе, ул. Титова, 40" "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2013. Dicapai pada 2010-12-04.CS1 maint: archived copy as title (link) CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  13. ^ "Regions: Dushanbe & Surroundings". Official Website of the Tourism Authority of Tajikistan. Committee of Youth Affairs, Sports and Tourism. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2012. Dicapai pada 10 Mei 2013.
  14. ^ "Twin-cities of Azerbaijan". Azerbaijans.com. Dicapai pada 2013-08-09.
  15. ^ "Twin towns and Sister cities of Minsk [via WaybackMachine.com]" (dalam bahasa Russian). The department of protocol and international relations of Minsk City Executive Committee. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 May 2013. Dicapai pada 2013-07-21.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]