Dusun Labuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

'Dusun Labuk merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah. Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa. Kebanyakan, orang Dusun Labuk tinggal di kawasan Beluran. Sekitar kawasan Telupid, Beluran, dan Sandakan. Kaum Dusun Labuk mengamalkan perayaan tradisi Ka'amatan, pakaian yang digunakan ialah pakaian tradisi magalai labuk. Tarian yang amat popular bagi kaum dusun labuk ini tarian "magalai" dan diiring dengan muzik tradisi yang dinamakan titik tungkil dan dialek bahasa juga hampir sama seperti suku kaum Kadazan-Dusun yang lain. Ianya hanya dibezakan oleh alunan sebutan bahasa.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.