Dusun Tua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dusun Tua ialah sebuah perkampungan Melayu yang paling tua, terletak di mukim Hulu Langat, Selangor. Perkampungan ini dikenali ramai kerana adanya pusat latihan belia di sana. Belia-belia dan IKBN Dusun Tua mengambil bahagian dalam perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos setiap tahun.

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Dusun Tua bermaksud kebun buah-buahan yang telah lama ditanam. Memang Dusun Tua membekalkan banyak buah-buahan yang berkualiti terutama sekali durian , rambutan dan langsat.

Panduan jalan[sunting | sunting sumber]

Jika anda dari Kuala Lumpur menuju ke Kajang, selepas Cheras Sentral (dulu dikenali sebagai Plaza Phoenix), anda perlu membelok ke sebelah kiri di Pekan Batu 9 selepas tol Batu 9. Teruskan perjalanan ke arah Sungai Congkak. Anda akan temui Pekan Batu 14 dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) sebelum berjumpa Pekan Batu 18. IKTBN tersebut terletak di Dusun Tua. Jadi, anda telah tiba di Dusun Tua. Selepas itu anda akan berjumpa dengan Kampung Dusun Tua. Jika anda teruskan perjalanan, anda akan terus ke Sungai Congkak dan Pangsun.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Istimewanya Dusun Tua ialah adanya :

Di Pekan Batu 14, ada simpang menuju ke Semenyih, Ampang dan ke Kuala Lumpur. Jadi jika anda menghadapi kesesakan jalan raya di Jalan Cheras-Kajang (menuju ke Kuala Lmpur), bolehlah anda mengambil jalan pintas ini. Anda akan jumpa kawasan bukit yang berbelok-belok, Menara Tinjau dan mungkin juga ada kabus pada waktu subuh. Kini, Lebuhraya SUKE Fasa 1 telah pun dibuka secara percuma selama 1 bulan bermula 16 September 2022.