Dutar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dutar
Pengelasan
Alat muzik berkaitan

Dutar ( Bahasa Parsi: دو تار , Bahasa Uzbek: dutor) (juga dotar atau doutar) ialah kecapi tradisional yang bertangkai panjang dan bertali dua yang dijumpai tersebar di Asia Tengah. Namanya datang daripada perkataan Parsi bagi "dua tali" (do "dua", tar "tali"), walaupun dutar Herati Afghanistan mempunyai 14 tali. Apabila ia dimainkan, tali biasanya dipetik oleh orang Uyghur di China Barat dan dipetik sembarangan oleh orang Uzbek, orang Tajik, orang Turkmen dan orang Afghan. Pada permulaan kurun ke-15, para pengembala membuat talinya daripada gat. Dengan kewujudan Laluan Sutera, tali-tali tersebut dibuat daripada sutera yang dipintal. Alat-alat muzik yang moden juga mempunyai tali sutera atau nilon.

Dutar menghasilkan ton yang suam dan merdu. Saiz biasa bagi alat muzik yang berbentuk pir adalah dari 1 hingga 2m.

Pemain ternama[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Alat muzik Iran