Zu al-Suwaiqatain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dzu as-Suwayqatayn)
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Dzu as-Suwayqatayn (Arab: ذوالسويقتين, Inggeris: Sueqtin[1]) dalam eskatologi Islam adalah kaum dari Habasyah yang akan menghancurkan Kaabah menjelang hari kiamat.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Secara bahasa Dzu as-Suwayqatayn bermaksud orang yang kedua-dua betisnya kecil. Mereka dinamakan Dzu as-Suwayqatayn dengan wazan (bentuk kata) yang menunjukkan bahawa kedua kakinya ringkih, kurus dan lemah. Julukan itu diberikan oleh Muhammad melalui beberapa hadis.

Ciri-ciri Dzu as-Suwayqatayn[sunting | sunting sumber]

Muhammad telah menjelaskan sifatnya secara cermat, ia menyebutkan bahawa mereka berkulit hitam, kedua kakinya renggang dan ini termasuk ciri orang-orang Habasyah, ia juga menyatakan bahawa mereka rata-rata botak, ubun-ubunnya licin, persendian tulangnya bengkok sebagian keluar dari tempatnya.

Pernyataan tersebut sesuai di dalam hadis sahih dari Ibnu Abbas berkata, saya telah mendengar Rasulullah bersabda, "Seolah-olah diriku melihatnya berkulit hitam, kedua kakinya saling berjauhan, dia mencongkel Kaabah, batu demi batu."[2]

Dari Abdullah bin Amru bin al-Ash berkata, saya telah mendengar Rasulullah bersabda, "Kaabah akan dirosakkan oleh Dzu as-Suwayqatayn dari Habasyah (Ethiopia), dicopotinya perhiasan Kaabah dan dilepas kiswah (penutup)nya. Seolah-olah aku menyaksikan Dzu as-Suwayqatayn itu seorang berbadan kecil, botak, lagi berkaki pengkor (bengkok). Ia menghantam Kaabah dengan sekop dan linggisnya."[3]

Waktu terjadinya penghancuran[sunting | sunting sumber]

Mengenai bila masanya akan terjadinya, para ulama berselisih pendapat tentang hal ini. Beberapa pendapat mengatakan;

Sebagaimana hal itu termaktub di dalam hadis Abu Said Al-Khudri berkata, Rasulullah bersabda, "Demi Allah, sungguh akan dilaksanakan haji dan umrah kepada rumah ini (baitullah) sesudah keluarnya Ya’juj dan Ma’juj."[4]

Setelah membunuh Dajjal, Isa bin Maryam akan singgah di Rauha’ iaitu sebuah tempat di antara Madinah dan lembah Shafra di jalan ke Mekkah. Di sana Isa berniat haji atau umrah atau menggabungkan antara keduanya. Dari Abu Hurairah berkata, saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Ibnu Maryam akan berihlal di jalan Rauha’ untuk menunaikan haji atau umrah atau menggabungkan keduanya."[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sueqtin in Datehookup.com
  2. Hadis riwayat Imam Bukhari.
  3. Hadis riwayat Imam Ahmad dan at-Thabrani.
  4. Hadis riwayat Imam Bukhari.
  5. Hadis riwayat Imam Muslim.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]