Dzulkefly Ahmad
| Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
| Yang Berhormat Dr. Dzulkefly Ahmad |
|
![]() |
|
|
Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS
|
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Mohd Daud Tarihep (BN) |
|---|---|
| Majoriti | 860 |
|
|
|
| Tarikh lahir | 1 Januari 1956 (57 tahun) |
| Tempat lahir | Rembau, Negeri Sembilan |
| Parti politik | |
| Pasangan | Puan Azlin Hj Hezri |
| Anak | 7 orang anak dan 4 orang cucu |
| Tempat tinggal | Shah Alam, Selangor |
| Pekerjaan | Bekas pensyarah |
| Agama | Islam |
| Laman web | http://blog.drdzul.com |
Dr. Dzulkefly Ahmad merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Selangor.
Isi kandungan |
Pendidikan [sunting]
Dzulkefly Ahmad mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Imperial College (St. Mary’s Hospital Medical School), Universiti London (1993) dalam bidang Sains Perubatan (Toksikologi) dan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Surrey dan Ijazah pertama dari Universiti Birmingham, England (1980) dalam bidang yang sama. Beliau mengikuti kursus dalam Ekonomi dan Kewangan Islam dalam tahun 1998-99.
Kerjaya [sunting]
Dzulkefly Ahmad pernah menjadi pensyarah di Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang (1984-1989) dan HUSM, Kelantan (1993-1997). Beliau menjadi pensyarah tamadun Islam di USM (1987-1997).Dzulkefly adalah bekas anggota British Toxicology Society (BTS) dan bekas Asia Pacific Association of Medical Toxicology (APAMT).Beliau juga pengasas dan Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Jaiputra, Kelantan (1999-2003), IPTS pertama berakreditasi penuh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjalankan kursus bersepadu antara profesional dan agama. Beliau juga Konsultan di sebuah syarikat pengurus asset di Kuala Lumpur (1999-2001), bekas Pengarah (2003-2004) sebuah Syarikat Awam Tersenarai (PLC-Main Board). Penasihat Kanan sebuah syarikat hartanah milik rakyat Saudi di Kuala Lumpur (2005-2007).
Politik dan khidmat sosial [sunting]
Dr Dzulkefly pernah menjadi pemimpin Pergerakan Mahasiswa di United Kingdom (70-80an),[[Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) 1997-1998),Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (1998-2009),AJK Kerja PAS Pusat (2004 sehingga kini), AJJK Lujnah Politik PAS Pusat (2004 sehingga kini),AJK Pemandu Gabungann Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH, 2006 sehingga kini).Beliau luga dapat sempat menulis dan mengulas isu-isu semasa di media cetak dan elektronik dan membentang kerta kerja di peringkat nasional dan antarabangsa (pembangunan ekonomi, perhubungan kaum dan pertembungan tamadun Islam-Barat, Political Islam dll).
Buku himpunan analisis politik berjudul ”BLIND SPOT” – 2008 merupakan hasil pemerhatian beliau.
Pilihan raya [sunting]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Jahaya Ibrahim dengan majoriti sebanyak 860 undi. Beliau memperolehi 18,796 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,936 undi.
