ERYX

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tentera Darat Malaysia juga menggunakan ERYX

Senjata ERYX adalah sejenis misil (peluru berpandu) anti-kereta kebal jarak dekat yang menggunakan sistem kawalan SACLOS (akronim untuk Semi-Automatic Command to Line of Sight atau kawalan separa automatik mengikut garis nampak). Senjata ini dihasilkan oleh syarikat MBDA. Senjata ini digunakan oleh angkatan-angkatan tentera Kanada, Perancis, Norway dan juga Angkatan Tentera Malaysia.

Walaupun dihasilkan sebagai senjata anti-kereta kebal, ERYX juga boleh digunakan untuk menewaskan perkubuan seperti bunker dan kubu kecil (pillbox). Ia juga boleh digunakan untuk menembak helikopter yang terbang rendah dengan menggunakan sistem kawalan wayar.

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Misil ini menggunakan teknologi pelancaran perlahan atau “soft launch” pelancaran peluru pada kelajuan rendah. Kaedah ini membolehkan Eryx digunakan di dalam persekitaran tertutup, dan menjadikannya efektif dalam pertempuran dalam kawasan bandar. Selepas dilancarkan, misil ini akan menghidupkan motor roket yang menujah misil kepada kelajuan maksimum 245 meter per saat. Senjata ini berkesan sehingga jarak 600 meter yang diliputi dalam jangka masa 4.3 saat.

Eryx menggunakan kawalan SACLOS , di mana pelancarnya menjejak satu lampu pada bahagian belakang misil ini. Misil ini membandingkan kedudukannya dengan bahagian tengah pembidiknya, dan menggunakan isyarat pembetulan yang disalurkan menggunakan wayar kawalan.

Sistem misil ERYX menggunakan kepala peledak berganda ("tandem" warhead) untuk membolehkannya mengatasi sistem perisai reaktif (reactive armour), dengan menggunakan kepala peledak kecil di bahagian hadapan misil dan kepala peledak yang lebih besar di bahagian belakang misil tersebut. MBDA mendakwa sistem misil ini berjaya mencapai kadar ketepatan setinggi 95% berdasarkan ujian semasa 1,000 kali pelancaran ujian.

Tentera Darat Turki tidak berpuas hati dengan prestasi ERYX semasa sesi-sesi ujian yang dijalankan dan enggan menerima pengiriman banyak kumpulan misil yang dihantarkan kepadanya. Kelewatan jadual penghantaran akhirnya memaksa Tentera Darat Turki membatalkan projek pembelian sistem misil ini. Perselisihan di antara Turki dan Perancis dibawa untuk penyelesaian di mahkamah.

Negara-Negara Pengguna[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]