ETiQa Takaful

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Etiqa Insurance Berhad
Jenis/bentuk sahSyarikat awam berhad
Industri
Ditubuhkan2005; 19 tahun yang lalu (2005)
Ibu pejabatDataran Maybank
Jalan Maarof, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh penting
  • Y. Bhg. Datuk R. Karunakaran (Pengerusi)
  • Kamaludin Ahmad (CEO Maybank Ageas Holdings Berhad)
  • Zaharudin Daud (CEO)
Keluaran
Hasil RM03.36 bilion (2014)[1]
Pendapatan bersih RM00.36 bilion (2014)[1]
Jumlah aset RM18.95 bilion (2014)[1]
Jumlah ekuiti RM02.78 bilion (2014)[1]
Syarikat indukMaybank Ageas Holdings Berhad
Tapak webetiqa.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

eTiQa Insurance & Takaful merupakan sebuah rangkaian insurans dan takaful untuk Kumpulan Maybank. Ia menawarkan insurans hayat dan am serta produk keluarga dan takaful am melalui 14,000 ejennya, 30 cawangan dan 450 cawangan Maybank menggunakan model bancassurance.[2] Etiqa Insurance adalah salah satu syarikat insurans konvensional terkemuka di Malaysia dengan premium kasar yang ditulis; manakala Etiqa Takaful adalah pemimpin pasaran takaful dengan 47 peratus dan 21 peratus saham pasaran masing-masing dan takaful keluarga masing-masing pada tahun 2014.[3]

Pengertian takaful[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan 'Takaful' ialah 'Kafala' yang bermaksud untuk manjamin, menjaga atau memelihara. Menurut akta Takaful 1984, "Takaful" maksudnya satu Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan Bantuan bersama yang menyediakan Pertolongan dan Bantuan Kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Secara amnya Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrument untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.

Sejarah perkembangan takaful[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Jun 1972, satu pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional di mana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan bahawa insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa itu adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) dan tidak sesuai dengan prinsip/prinsip islam dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (ketidak tentuan), maisir (judi), dan riba (faedah).

Para ulama telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada insurans konvensional. Dasar 'Tabarru' menjadi teras utama membina paksi Takaful. Pengendali Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1984. Sejajar dengan itu parlimen telah meluluskan Akta 312 yang dinamakan Akta Takaful 1984.

Sejak daripada penubuhan syarikat pertama takaful hinggalah kini, industri takaful telah berkembang dengan pesatnya. Mengikut rekod Bank Negara Malaysia, terdapat 12 buah syarikat Takaful pada 2012 termasuk Etiqa Takaful Berhad. [4]

eTiQa Takaful[sunting | sunting sumber]

eTiQa Takaful dahulunya dikenali sebagai Takaful Nasional Sdn. Bhd. kini telah menjadi salah sebuah Ahli Kumpulan Maybank Berhad. eTiQa Takaful menyediakan pelbagai jenis produk Takaful Keluarga, antaranya MESRA, PRIMA, WARISAN, AFIAH, SAKINAH dan SARJANA. Satu sistem Perancangan Kewangan Islam yang pasti mampu memenuhi permintaan pasaran masa kini. Baru-baru ini eTiQA Takaful juga telah melancarkan Kad Perubatan Islamnya iaitu Takaful Medic Save Rider.

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

eTiQa Takaful melalui penjenamaan baru telah dipasarkan melalui pengiklanan yang begitu meluas di media massa. Kebanyakan iklan bertemakan kecepatan melakukan proses tuntutan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Annual Report 2014 (PDF), Etiqa Insurance Berhad, 2014-12-31, diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2015-09-24, dicapai pada 2015-08-23
  2. ^ Zaharudin Daud (2015-02-20). "Etiqa leads the Malaysian insurance market". World Finance. Dicapai pada 2015-08-23.
  3. ^ Annual Report 2014, Malayan Banking Berhad, 2014-12-31, dicapai pada 2015-08-23
  4. ^ "Takaful Operators". BNM List of Licensed Banking Institutions in Malaysia. Bank Negara Malaysia. 14 Ogos 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-17. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  5. ^ "Etiqa storms ahead to meet the priorities advocated by BNM". 2018-05-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 2018-05-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]