Earthrise

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambar Earthrise ("Bumi terbit") yang diambil pada 24 Disember 1968

Earthrise ("Bumi terbit") ialah nama sebuah gambar Bumi yang dirakam angkasawan William Anders dalam tahun 1968 semasa misi Apollo 8. Ahli fotografi alami Galen Rowell mengtakan bahawa gambar ini ialah "satu daripada gambar alam sekitar yang paling berpengaruh yang pernah dirakam."[1]

Perincian[sunting | sunting sumber]

"Earthrise" ialah nama yang diberikan kepada imej AS8-14-2383 NASA, yang dirakamkan oleh angkasawan William Anders semasa misi Apollo 8, jelajah manusia pertama yang mengorbit Bulan.[1] [2]

Pada awalnya, sebelum Anders menjumpai filem warna 70 mm yang sesuai, komander misi, Frank Borman sempat merakamkan sebuah gambar pemandangan dengan menggunakan filem hitam putih [3]; pemandangan menunjukkan penamat Bumi mencecah ufuk. Posisi tanah bumi dan corak-corak awan dalam imej ini sama dengan gambar warna yang bergelar "Earthrise". [4]

Gambar dirakam dari orbit qamari pada 24 Disember 1968 dengan kamera Hasselblad 500 EL yang diubah suai dengan pendorong elektrik. Kamera dilengkapi dengan sebuah peranti tenang berbentuk cincin yang ringkas dan tidak dengan pmidang tilik refleks, dan dimuatkan dengan lelopak filem 70 mm yang mengandungi filem Ektachrome khas yang dibekalkan oleh Kodak. Rakaman audio peristiwa[5] ini beserta transkripsinya[6] dapat diperoleh dan di bawah ini ialah cebisan daripada rakaman tersebut:

Borman: Ya Tuhan! Lihat gambar itu! Nampak Bumi sedang terbit. Wow, cantiknya.
Anders: Hei, jan ambiak gambar tu, io indak masuak jadual.
Borman: (tertawa) Sanak ado filem warno, Jim?
Anders: Capek, bagi ambo filem warno tu...
Lovell: Wah, cantik bana!

Asal

Borman: Oh my God! Look at that picture over there! Here's the Earth coming up. Wow, is that pretty.
Anders: Hey, don't take that, it's not scheduled.
Borman: (laughing) You got a color film, Jim?
Anders: Hand me that roll of color quick, will you...
Lovell: Oh man, that's great!

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 The Earthrise Photograph
  2. APOD: 24 December 2005 - Earthrise
  3. Australian Broadcasting Corporation
  4. Poole, Robert (2008). Earthrise: How Man First Saw the Earth. New Haven, Connecticut, USA: Yale University Press. ISBN 0-300-13766-4. 
  5. NASA audio tape encoded in MP3
  6. Apollo 8 Command Module audio transcription


Ciptakan templat Tunas-aeroangkasa
 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.