Edmund Bon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Edmund Bon Tai Soon (40 tahun) merupakan seorang peguam dan pernah menjadi ahli parlimen [[]]. Beliau adalah Penyelaras Pusat Perlembagaan dan Hak Asasi Malaysia . Edmund merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Edmund Bon lulusan undang-undang dari Universiti College London/ Lincoln's Inn , London pada 1997 dan disahkan di Malaysia pada 1998. Kemudian mendapat ijazah sarjana dari Universiti Oxford.[1]

Beliau terlibat menjadi peguam bela beberapa ahli politik termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Firma guamannya Bon Advocates turut membela tahanan ISA seperti KMM, Jemaah Islamiyah yang dianggap kerajaan sebagai pengganas tetapi tidak dibicarakan di mana-mana mahkamah. Antaranya ialah bekas pemimpin JI, Mohamad Iqbal Abdul Rahman dan Nik Adli Nik Abdul Aziz. Secara bandingan ,Abu Bakar Basyir pemimpin JI telah dibicarakan di Indonesia. Lain-lain tahanan ialah Abdullah Minyak Silam, Abdullah Mohamed Noor, Abdul Murad Sudin, Abdul Razak Baharudin, Mat Sah Mohd Satray, Mohammad Sha Sarijan, Nordin Ahmad, and Samsuddin Sulaiman.[2]

Pertahan kain rentang DBKL[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Mei 2010, Edmund Bon dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Hakim S. M. Komathy Suppiah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan menghalang pekerja DBKL daripada menjalankan tugas. Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menggugurkan dakwaan itu setelah menerima representasi daripada Edmund. Edmund didakwa menghalang pegawai penguat kuasa DBKL daripada menanggalkan kain rentang di hadapan pejabat Peguam Negara di Jalan Lebuh Pasar pada pukul 12.15 malam, 9 Disember 2007. Dakwaan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Edmund diwakili peguam bela, M. Puravelan dan Amer Hamzah Arshad. Kain rentang hendaklah dipulangkan kepada Jabatan Peguam Negara.[3]

Peguam kepada Suhaimi Shafie[sunting | sunting sumber]

Barisan peguam seperti Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Mohamad Yusmadi Mohd. Yusof, N. Surendran, Latheefa Koya, Fahrir Azzar dan Nizam Bashir membela Adun Sri Muda Suhaimi Shafie yang menulis blog pada 30 Disember 2011. Kononnya Suhaimi menyatakan pelantikan jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).[4]

Krisis politik Perak 2009-2010[sunting | sunting sumber]

Selaku peguam, beliau mewakili bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam kes Krisis politik Perak 2009. Dalam kes Mahkamah Persekutuan melibatkan Nizar lawan Zambry pada 2010, terdapat dua perkara penting iaitu undi tidak percaya dalam DUN dan permohonan perbincangan atau mesyuarat dengan Sultan untuk menunjukkan undi majoriti. Namun dalam kes di Selangor, kedua-duanya belum berlaku. Walaupun ada surat akaun bersumpah namun bagi anak guam saya, PAS masih belum membuat keputusan muktamad.

Dari segi sejarah melibatkan krisis politik di Perak dan Sabah, sudah ada pengajaran bahawa surat akuan bersumpah lazimnya boleh ditandatangani tetapi akhirnya wujud keraguan dari segi kebenaran ia dilakukan. Surat akuan bersumpah merupakan satu publisiti untuk memberi tekanan kepada rakyat. Ini tidak seharusnya dikelirukan dengan apa dinyatakan dalam udang-undang. [5]

Hak kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

Pada 9 September 2013, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membidas kenyataan Edmund Bon , Edmund Bon yang menyarankan ibu bapa menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah disoal siasat oleh pasukan itu tanpa kebenaran. Khalid menegaskan bahawa polis mempunyai hak untuk menyoal siasat kanak-kanak di bawah umur tanpa kebenaran atau kehadiran ibu bapa dan penjaga mereka bagi kes-kes tertentu. PDRM mempunyai Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) yang dikhususkan bagi siasatan kes melibatkan kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dengan kehadiran pegawai kebajikan, penjaga atau ibu bapa.

Dalam kes-kes tertentu PDRM boleh soal kanak-kanak ini tanpa perlu memanggil ibu bapa mereka. Kenyataan Edmund di dalam sebuah portal berita pada 5 September 2013, yang mendakwa tindakan polis menyoal murid Sekolah Kebangsaan Sri Pristina Sungai Buloh berhubung kontroversi pelajar makan dalam tandas adalah menyalahi Seksyen 113 Akta Kanak-Kanak 2001.[6]

Didakwa menghasut[sunting | sunting sumber]

Pada 12 September 2014, Edmund Bon disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung rencana dan kenyataan yang ditulis berkenaan Fatwa dan Mahkamah Shariah. ASP Zaidi Rahman di Pulau Pinang memanggil beliau untuk menjawab beberapa pertanyaan .Kini Edmund Bon mewakili Malaysia dalam Bengkel Amalan Undang-Undang Antarabangsa, di Bangkok, Thailand .[7]

Beliau menjelaskan bahawa orang bukan Islam tidak tertakluk kepada fatwa atau Mahkamah Syariah. Bukan Islam tidak perlu patuh kepada titah diraja atau fatwa. Twitter itu disiarkan pada 20 Januari 2014 . Fatwa tidak boleh digunakan terhadap bukan Islam kerana ia melanggar hak beragama dan undang-undang. Orang bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah.Sebarang Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh digunakan terhadap bukan Islam," katanya. Perlembagaan Persekutuan Malaysia bersifat sekular, oleh itu, fatwa itu tidak perlu dipatuhi. Kenyataan Bon itu dikeluarkan sehari selepas Yang di-Pertuan Agong memberikan peringatan berkenaan fatwa pada 1986 yang melarang penggunaan kalimah Allah daripada digunakan oleh bukan Islam. [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Endmund Bon Tai Soon". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-12. Dicapai pada 2014-09-12.
  2. ^ "Malaysia: ISA detainees demand a hearing". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada 2014-09-12.
  3. ^ Pertuduhan ke atas peguam digugurkan
  4. ^ Shuhaimi didakwa menghasut
  5. ^ "Khalid masih sah Menteri Besar Selangor - Peguam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-12. Dicapai pada 2014-09-12.
  6. ^ Ketua Polis Negara bidas Edmund
  7. ^ Lawyer Edmund Bon investigated over alleged seditious comment
  8. ^ "Kini giliran peguam disiasat mengikut Akta Hasutan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-12. Dicapai pada 2014-09-12.