Edmund Langgu Saga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Edmund Langgu Anak Saga)

Edmund Langgu Anak Saga merupakan ahli politik dari Sarawak, Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Saratok, negeri Sarawak. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.

Dato' Seri

Edmund Langgu Anak Saga
Timbalan Menteri Pertanian
Dalam jawatan
1978–1982
MenteriShariff Ahmad (1978-1981)
Abdul Manan Othman (1981-1982)
Digantikan olehChin Hon Ngian
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Saratok
Dalam jawatan
1971–1986
Didahului olehKawasan diwujudkan
Digantikan olehPeter Tinggom Kamarau
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
1974–1975
Didahului olehJames Wong Kim Min
Digantikan olehLim Kit Siang
Butiran peribadi
Lahir1936 (88 tahun)
Parti politikParti Sarawak Bersatu[1]
PekerjaanAhli Politik

Biodata[sunting | sunting sumber]

Dato Sri Edmund Langgu ak Saga, berusia 74 tahun telah dilahirkan di Rumah Ulak, Sungai Kelampai, Daerah Saratok, Sarawak. Sebelum menyertai politik beliau merupakan seorang guru lepasan Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak

Beliau telah terpilih sebagai ahli parlimen Saratok setelah memenangi pilihan raya umum 1978. Beliau mempertahankan jawatan ahli parlimen selama 5 penggal berturut-turut iaitu 25 tahun.

Selain itu beliau pernah memegang 2 jawatan penting untuk 2 parti politik yang pernah disertainya iaitu sebagai Setiausaha Agung Sarawak National Parti (SNAP)dan juga Naib Presiden bagi Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

Beliau pernah memgang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertanian Persekutuan dan juga menjadi Pemimpin Pembangkang di parlimen Malaysia

Kini beliau telah bersara dari dunia politik dan sekarang beliau merupakan Penasihat kepada Yayasan Tun Jugah. Selain itu beliau juga seorang penulis dan penyumbang kepada kajian Bahasa Iban, budaya dan tradisi masyarakat Iban.

Dengan pengetahuan yang mendalam berkenaan budaya Iban, sejarah,lagu, peribahasa masyarakat Iban, undang-undang beliau acap kali dijemput untuk memberikan ceramah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]