Edubuntu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Edubuntu
Edubuntu 8.04 menjalankan GNOME
PembangunCanonical Ltd. dan penyumbang komuniti
Keluarga OSLainan Ubuntu
Keadaansemasa
Model sumberPerisian bebas dan sumber terbuka
Keluaran terbaru14.04 / 17 April 2014; 10 tahun yang lalu (2014-04-17)
Jenis IntiInti Linux Monolit
Antaramuka pengguna
terasal
GNOME
LesenTerutamanya GNU GPL dan lain-lain (bebas tetapi sebilangan komponen tersekat)
Laman rasmiwww.edubuntu.org

Edubuntu, juga dikenali sebagai Ubuntu Education Edition, ialah terbitan rasmi sistem pengendalian Ubuntu yang direka untuk kegunaan sekolah.

Edubuntu telah dibangunkan dalam kerjasama antara para guru dan ahli teknologi di berbilang negara. Edubuntu dibina di atas tapak Ubuntu, menerapkan seni bina pelanggan kecil LTSP dan beberapa aplikasi khusus pendidikan, untuk pengguna berumur 6 hingga 18 tahun.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Edubuntu disertakan Linux Terminal Server Project, sebilangan besar aplikasi pelajaran termasuk GCompris, KDE Edutainment Suite, dan Schooltool Calendar. Keluaran Edubuntu pertama adalah serentak dengan keluaran Ubuntu 5.10 (nama kod Breezy Badger) pada 13 Oktober 2005. CD pemasangan Edubuntu pernah didapati secara percuma melalui perkhidmatan Shipit, tetapi mulai versi 8.10, pemasangnya hanya boleh dimuat turun dari Internet.

GUI asalnya ialah GNOME, tetapi mulai versi 7.10, KDE juga disediakan sebagai Edubuntu KDE.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Pakej Edubuntu 7.04

Matlamat utama Edubuntu adalah membolehkan tenaga pengajar yang kekurangan pengetahuan dan kemahiran teknikal mendirikan makmal komputer atau persekitaran pembelajaran Internet dalam masa sejam kurang, kemudian mentadbir persekitaran tersebut dengan secekapnya.

Matlamat rekabentuk utama Edubuntu adalah memusatkan pengurusan konfigurasi, pengguna dan proses, bersama kemudahan bekerja sama dalam persekitaran bilik darjah. Turut ditekankan ialah pengumpulan perisian percuma dan bahan-bahan pendidikan digital yang paling mudah didapati. Edubuntu juga bertujuan membolehkan persekitaran yang kekurangan sumber untuk memaksimumkan penggunaan kelengkapan (lama) yang sedia ada.

Versi[sunting | sunting sumber]

Sejak keluaran 8.04 Hardy Heron, Edubuntu diberi nama Ubuntu Education Edition[1] dan berbentuk sekadar tambahan pada pemasangan Ubuntu biasa dan bukannya Live CD. Mulai versi 9.10, Edubuntu disediakan dalam bentuk DVD sebagai ganti CD.[2] Edubuntu masih boleh dipasang dalam bentuk pakej "edubuntu" untuk semua edaran yang menggunakan repositori Ubuntu yang rasmi (terutamanya Ubuntu dan Kubuntu).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ubuntu Education Edition 8.04 Released". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-28. Dicapai pada 2008-04-24.
  2. ^ "Edubuntu 9.10 Release Announcement". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-28. Dicapai pada 2009-10-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]