Edwin van der Sar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Edwin van der Sar
Edwin van der Sar side.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Edwin van der Sar
Tarikh lahir 29 Oktober 1970 (43 tahun)
Tempat lahir Voorhout, Netherlands
Tinggi 1.98 m (6 ka 6 in)[1]
Posisi permainan Penjaga gol (bola sepak)
Kerjaya remaja
1990–1992 Ajax Amsterdam
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1990–1999
1999–2001
2001–2005
2005–2011
Ajax Amsterdam
Juventus
Fulham
Manchester United
226 (1)
066 (0)
126 (0)
0186 (0)
Pasukan kebangsaan
1994– Belanda 123 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 11:54, 22 Mei 2011 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 17 November 2007

Edwin van der Sar (lahir 29 Oktober, 1970 di Voorhout, Belanda) merupakan pemain bola sepak profesional Belanda dalam posisi penjaga gol. Beliau bekas permain untuk pasukan Manchester United dalam Liga Inggeris. Beliau merupakan pemegang cap terbanyak bagi pasukan bola sepak kebangsaan Belanda dan salah seorang daripada beberapa pemain yang pernah memenangi kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dengan dua pasukan berbeza, iaitu dengan Ajax Amsterdam pada 1995 dan Manchester United pada 2008.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax[sunting | sunting sumber]

Van der Sar memulakan kariernya di kelab bandar kelahirannya Foreholte dan seterusnya VV Noordwijk. Beliau menarik perhatian Louis van Gaal dan seterusnya menandatangani kontrak dengan Ajax Amsterdam. Karier beliau menyinar dalam skuad utama, memenangi Piala UEFA pada 1992 dan Liga Juara-Juara Eropah pada 1995, selain memperoleh anugerah Penjaga Gol Terbaik Eropah 1995. Beliau merupakan penjaga gawang Ajax pada final Liga Juara-Juara 1996, namun terpaksa berpuas hati selaku naib juara setelah tewas dalam penentuan sepakan penalti menentang Juventus. Beliau membuat 226 penampilan keseluruhan bersama Ajax dan menjaringkan satu penalti untuk melengkapkan kemenangan 9-1 ke atas De Graafschap pada musim 1997-98.

Juventus[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1999, Van der Sar berpindah ke kelab gergasi Itali, Juventus di mana beliau membuat 66 penampilan Serie A sebelum kehilangan posisi penjaga gol utama kepada Gianluigi Buffon. Van der Sar merupakan warga bukan Itali pertama yang menjadi penjaga gol utama bagi kelab berpangkalan di Turin tersebut.

Fulham[sunting | sunting sumber]

Tidak berpuas hati setelah sekadar memanaskan bangku simpanan di Juventus, Van der Sar berhijrah ke kelab Liga Perdana Inggeris, Fulham pada 2001, dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar £7.1 juta. Menandatangani kontrak 4 tahun, beliau membuat 127 penampilan liga.

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Van der Sar berhijrah ke Manchester United pada 1 Jun 2005, dengan bayaran perpindahan dilaporkan sekitar £2 juta, walaupun jumlah sebenar tidak dinyatakan. Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menyatakan beliau adalah penjaga gol terbaik pernah bermain untuk United sejak Peter Schmeichel.

Pada 5 Mei 2007, beliau telah menyelamatkan satu sepakan penalti yang mana membantu United memastikan kemenangan 1-0 ke atas Manchester City dalam pertembungan setempat Manchester. Hari seterusnya, kegagalan Chelsea menewaskan Arsenal di Stadium Emirates memastikan trofi Liga Perdana kesembilan buat United dan yang pertama buat Van der Sar. Beliau juga dinamakan dalam Pemain Terbaik Tahunan PFA 2006-07. 3 bulan kemudian, beliau merupakan watak penting dalam kemenangan kali ke-16 Perisai Komuniti, setelah menyelamatkan tiga sepakan penalti berturut-turut dalam penentuan sepakan penalti selepas Manchester United dan Chelsea terikat 1-1 dalam tempoh masa sebenar.

Musim 2007-08 merupakan musim terbaik bagi Van der Sar setelah ketibaannya ke Manchester United, yang mana beliau menampilkan beberapa persembahan menarik walaupun bergelut dengan kecederaan paha. Beliau kemudiannya membantu United muncul juara liga buat kali kedua berturut-turut dan menjadi wira pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2008 apabila menyelamatkan sepakan penalti Nicolas Anelka yang membawa United muncul juara.

Pada 12 Disember 2008, Van der Sar menandatangani sambungan kontrak dengan Manchester United, yang bermakna dia akan kekal di kelab sehingga akhir musim 2009-10.

Pada 27 Januari 2009, Van der Sar membantu Manchester United mencipta rekod baru kelab dan Liga Perdana dengan rekod tidak dibolosi terbanyak. Ia tercipta sejurus kemenangan 5-0 ke atas West Bromwich Albion, yang mana mereka telah melalui 11 perlawanan dan 1,032 minit tanpa melepaskan sebarang gol, mengatasi rekod sebelumnya yang dicatatkan oleh Petr Čech pada musim 2004-05.

Pada 31 Januari 2009, setelah kemenangan 1-0 ke atas Everton, Van der Sar mengatasi rekod Steve Death yang mencatatkan rekod liga British sebelumnya tanpa dibolosi sebanyak 1,103 minit yang dicatatkan pada tahun 1979. Pada 8 Februari 2009, beliau meneruskan rekodnya kepada 1,212 minit selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas West Ham. Ini memecahkan rekod liga British yang sebelumnya dipegang oleh Bobby Clark, yang mencatatkan 1,155 minit pada 1971. Pada 18 Februari 2009, selepas kemenangan 3-0 ke atas Fulham di Old Trafford, beliau meneruskan rekodnya kepada 1,302 minit dan ini telah mengatasi rekod dunia yang dicatatkan oleh Jose Maria Buljubasich, selama 1,289 minit yang dicapai dalam Liga Premier Chile pada tahun 2005.

Karier Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Van der Sar disenaraikan dalam skuad kebangsaan Belanda dalam kejohanan Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat, namun beliau tidak membuat sebarang penampilan. Penampilan antarabangsa pertamanya adalah pada 7 Jun 1995 menentang Belarus. Beliau seterusnya menjaga gawang Belanda dalam tiga kejohanan besar seterusnya, iaitu Euro 96, Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 yang kesemuanya berakhir dengan penyingkiran Belanda melalui penentuan sepakan penalti. Kegagalan Belanda melayakkan diri ke Piala Dunia 2002 memaksa Van der Sar menunggu sehingga 4 tahun lagi untuk kejohanan besar seterusnya.

Euro 2004[sunting | sunting sumber]

Ketika penentuan sepakan penalti pada peringkat suku akhir menentang Sweden, Van der Sar menyelamatkan sepakan penalti Olof Mellberg yang membawa Belanda memenangi penentuan tersebut 5-4 dan mara ke separuh akhir, hanya untuk ditewaskan oleh tuan rumah Portugal 2-1.

Piala Dunia 2006[sunting | sunting sumber]

Sehingga perlawanan peringkat kumpulan menentang Ivory Coast, Van der Sar tidak melepaskan sebarang gol dalam sembilan perlawanan kompetitif.

Beliau telah mencatatkan 130 caps antarabangsa, yang menjadikan beliau sebagai pemain Belanda paling banyak mencatatkan penampilan. Ini meletakkan beliau dalam kedudukan Top 30 pemain yang mencatatkan penampilan antarabangsa melebihi 100. Selaku kapten pasukan kebangsaan Belanda, beliau turut memecahkan rekod Frank de Boer ketika pusingan kedua Piala Dunia 2006 menentang Portugal.

Euro 2008[sunting | sunting sumber]

Pada hari lahirnya yang ke-37, Van der Sar telah ditemuramah oleh Radio 538 dan beliau menyatakan hasratnya untuk bersara daripada arena antarabangsa setelah Euro 2008. Beliau merupakan kapten Belanda ketika kemenangan 3-0 mengatasi juara dunia Itali pada 9 Jun 2008, dan juga pada 13 Jun ketika Belanda mencatatkan kemenangan menentang naib juara dunia Perancis 4-1. Pada 21 Jun, beliau menjaga gawang ketika kekalahan Belanda 1-3 kepada skuad Rusia, yang mana dipercayai merupakan perlawanan antarabangsa terakhirnya. Ianya merupakan penampilan ke-16 beliau dalam pusingan akhir Euro, yang mana beliau menyamai rekod Lilian Thuram beberapa hari sebelumnya.

Kelayakan Piala Dunia 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Oktober 2008, atas usaha pengurus baru Belanda Bert van Marwijk, Van der Sar bersetuju untuk keluar daripada persaraan untuk membantu Belanda dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Iceland dan Norway setelah kecederaan yang menimpa Maarten Stekelenburg dan Henk Timmer. Beliau tidak ditembusi sebarang gol dalam kedua-dua perlawanan, yang masing-masing dimenangi Belanda dengan 2-0 dan 1-0. Gol jaringan Mark van Bommel di Oslo memastikan Van der Sar menerima penghargaan sewajarnya setelah membuat penampilan ke-130 beliau untuk perlawanan tersebut.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Annemarie van Kesteren di Amsterdam pada 20 Mei 2006. Pasangan tersebut mempunyai dua orang anak iaitu Joe, dan Lynn. Joe berada di padang meraikan bapanya setelah Van der Sar menyelamatkan sepakan penalti penting dalam kemenangan 5-4 menerusi penentuan penalti di antara Belanda dan Sweden pada pusingan suku akhir Euro 2004.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Edwin Van Der Sar Football Profile". Yahoo! Sport. http://uk.eurosport.yahoo.com/football/edwin-vandersar.html. Capaian 2007-07-20. 



Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Anugerah
Didahului oleh
Belgium Michel Preud'homme
Penjaga Gol Terbaik UEFA
1995
Diikuti oleh:
Jerman Andreas Köpke
Didahului oleh
Belanda Ed de Goey
Penjaga Gol Terbaik Belanda
19941998
Diikuti oleh:
Poland Jerzy Dudek
Didahului oleh
Belanda Jaap Stam
Kasut Emas Belanda
1998
Diikuti oleh:
Belanda Michael Mols