Ejaan Republik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ejaan Republik ialah ejaan bahasa Indonesia yang diamalkan sejak 17 Mac 1947.

Dipanggil juga sebagai Ejaan Soewandi, sempena nama Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia ketika itu, Ejaan Republik menggantikan ejaan Ejaan van Ophuijsen yang digunakan sejak tahun 1901. Pada 16 Ogos 1972, Ejaan Republik digantikan pula dengan Ejaan Yang Disempurnakan (EYD), berdasarkan Keputusan Presiden No. 57 Tahun 1972.


Perbezaan antara Ejaan Republik dengan Ejaan Van Ophuijsen[sunting | sunting sumber]

Perbezaan-perbezaan antara Ejaan Republik dengan Ejaan Van Ophuijsen adalah seperti yang berikut:

  • huruf 'oe' menjadi 'u', seperti pada goeroeguru.
  • bunyi hamzah dan bunyi sentak yang sebelumnya dinyatakan dengan (') ditulis dengan 'k', seperti pada kata-kata tak, pak, maklum, rakyat.
  • kata ulang boleh ditulis dengan angka 2, seperti ubur2, ber-main2, ke-barat2-an.
  • awalan 'di-' dan kata depan 'di' kedua-duanya ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya. Kata depan 'di' pada contoh dirumah, disawah, tidak dibezakan dengan imbuhan 'di-' pada dibeli, dimakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]